Ayat ini menjadi peringatan keras kepada sesiapa yang sengaja menyebarkan cerita, gosip atau fitnah yang menjatuhkan maruah orang lain sama ada benar atau tidak. Menyebarkan keburukan orang lain bukan tanda keimanan, sebaliknya tanda hati yang sakit kerana seorang mukmin sejati akan berusaha menutup aib saudaranya, bukan membuka atau memperbesarnya.
3 Amalan Penyucian Hati
Hati yang bersih ialah sumber ketenangan, keikhlasan dan kedamaian hidup. Namun, untuk mencapainya memerlukan usaha yang berterusan. Dalam Islam, penyucian hati (tazkiyah al-nafs) adalah jihad dalaman yang paling sukar, kerana ia menuntut kita menentang hawa nafsu, sifat mazmumah dan keinginan dunia.