Menjadi hamba Allah bukan sekadar mendirikan ibadah ritual tetapi membina jiwa yang tenang, akhlak yang mulia, dan hati yang sentiasa terpaut kepada Allah. Ia bermula dengan perkara kecil termasuk membaiki perangai, mengawal lidah, merendahkan hati, bersabar dengan manusia, menyempurnakan hak orang lain, dan sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ihsan Tanpa Batasan
Ihsan adalah sifat tertinggi dalam Islam, mengangkat manusia menjadi hamba yang sedar akan pandangan Allah dalam setiap amalnya. Ihsan menjadikan seorang mukmin bukan sahaja berbuat baik kepada Allah melalui ibadah, tetapi juga kepada manusia melalui kasih, tolong-menolong dan belas kasihan. Ihsan tidak terhad kepada ibadah, bahkan ia meliputi tutur kata, pekerjaan, perkhidmatan awam dan hubungan sosial.