Dalam Islam, perkahwinan bukan sekadar ikatan sosial, tetapi satu amanah dan ladang pahala. Menariknya, banyak amalan harian seorang suami yang kelihatan kecil, namun sebenarnya bernilai besar di sisi Allah SWT jika dilakukan dengan niat yang betul.
Mencari Cantik: Apakah Hukum Mengambil Suplemen Pemutih Kulit?
Keinginan untuk kelihatan cantik, kemas dan menarik merupakan fitrah semula jadi manusia. Dalam Islam, kecantikan tidak ditolak bahkan diraikan, selagi mana ia selari dengan tuntutan Syariah dan tidak membawa mudarat. Namun, kebelakangan ini timbul kebimbangan apabila penggunaan suplemen pemutih didapati terdedah kepada risiko keselamatan kesihatan. Jadi apakah hukumnya kepada umat Islam untuk menggunakan rawatan ini?
Tazkirah: Jangan Membuka Aib Orang Lain, Jangan ‘Spill Tea’
Di zaman sekarang, budaya “spill tea” atau membocorkan rahsia dan aib orang lain semakin mudah tersebar, terutamanya di media sosial. Kadang-kadang kita rasa sekadar bergurau atau berkongsi gosip, tapi sebenarnya ia menyebarkan fitnah, mencederakan hati, dan merosakkan ukhuwah.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Saat Bumi Menghimpit, Rahmat Terhampar Di Langit
Peristiwa Isra’ dan Mikraj mengajar kita bahawa ketika bumi menghimpit, rahmat Allah tetap terhampar di langit. Apabila manusia menolak, Allah memanggil. Bila dunia menutup pintu, Allah membuka ruang melalui ibadah sujud. Maka jangan berputus asa, kerana setiap ujian adalah undangan untuk kembali kepada-Nya.
Kenali Masjid Kampung Mahmoodiah Johor Bahru
Telah dibuka semula pada 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444 Hijrah, Masjid Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru kembali berfungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti setempat. Masjid ini dahulunya dikenali sebagai Surau Kampung Mahmoodiah dan telah dibina pada tahun 1926, menjadikannya antara rumah ibadat bersejarah yang kini mencecah usia satu abad.
Tazkirah: Ujian, Iman dan Ketenangan Hati
Dalam kehidupan moden yang penuh tekanan, ujian rumahtangga, kewangan, kesihatan dan emosi, ayat ini menyeru kita agar kembali memeriksa hubungan kita dengan Allah. Kerana ketenangan sebenar bukan datang daripada keadaan yang sempurna, tetapi daripada hati yang yakin bahawa Allah sedang memimpin langkah kita.
Bila Perkahwinan Menjadi Mudarat: Memahami Perceraian dari Perspektif Rahmah
Perkahwinan sering digambarkan sebagai destinasi kebahagiaan, tempat dua jiwa berteduh, berkongsi kasih dan membina ketenangan. Namun dalam realiti kehidupan, tidak semua perkahwinan berakhir dengan sakinah yang diimpikan. Dalam keadaan beginilah Islam tampil dengan pendekatan yang penuh hikmah: tidak memaksa seseorang terus bertahan dalam penderitaan, dan tidak juga menggalakkan perpisahan tanpa sebab yang wajar.
Hutang Dalam Islam: Antara Keperluan dan Larangan
Isu hutang sering dipandang negatif dalam masyarakat Islam kerana kesannya yang besar terhadap kehidupan dan ketenangan jiwa. Malah, Rasulullah SAW sendiri sering berdoa agar dilindungi daripada beban hutang. Namun begitu, Islam tidak mengharamkan hutang secara mutlak.
Tazkirah: Ciri-Ciri Orang Beriman yang Berjaya
Allah SWT menyenaraikan ciri-ciri orang beriman yang benar-benar berjaya dalam surah Al-Mu'minun ayat 1-11.
6 Port Sarapan Sedap Di Bangi & Kajang
Jom mulakan hari dengan sarapan yang betul-betul membuka selera! Bangi & Kajang menyediakan pelbagai pilihan.
MAIS Tegas Tolak Usaha Normalisasi Budaya LGBT
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam, undang-undang serta norma masyarakat di Malaysia.
Kenali Mesquita Brasil
Mesquita Brasil di São Paulo ialah antara masjid tertua dan paling berpengaruh di Brazil. Ia lahir daripada usaha awal komuniti Muslim imigran – khususnya dari Timur Tengah – yang mula menetap di bandar metropolitan ini pada awal abad ke-20.
Kefahaman Tentang Tafwid Al-Talaq
Lafaz yang diucapkan oleh pihak suami berbentuk memberi pilihan kepada isteri untuk meneruskan atau menamatkan perkahwinan. tergolong sebagai tafwīḍ al-ṭalāq, iaitu penyerahan hak talak kepada isteri, dan termasuk dalam kategori lafaz kināyah yang memerlukan niat serta penerimaan daripada pihak isteri.
Tajuk: Bapa Qawwam, Wira Tidak Didendang
Bapa ialah tiang dalam bangunan keluarga. Jika tiang itu condong, maka seluruh rumah akan retak. Tetapi jika tiang itu tegak dengan iman, sabar dan tanggungjawab, maka seisi rumah akan berdiri kukuh dengan kasih dan keberkatan. Menjadi qawwam bukan sekadar memberi arahan, tetapi memberi teladan. Bukan hanya mencari rezeki, tetapi mencari reda. Bapa bukan hanya penjaga di dunia, tetapi pembimbing menuju syurga.
Tazkirah: Surah Ar-Rahman Ayat 60
Ayat ini pendek, namun maknanya sangat mendalam. Allah SWT mengingatkan kita bahawa setiap kebaikan yang dilakukan, walaupun kecil, tidak akan sia-sia. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sama ada di dunia atau di akhirat, sama ada segera atau pada waktu yang Allah tetapkan.
Siapakah Imam Mahdi? Pandangan Ahlus Sunnah wal Jamaah
Isu berkaitan Imam Mahdi sering menjadi perhatian umat Islam, khususnya apabila muncul individu tertentu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Justeru, adalah penting untuk umat Islam memahami siapakah sebenarnya Imam Mahdi menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, berdasarkan al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para ulama muktabar.
Wuduk Atas Stoking: Boleh atau Tidak?
Isu berwuduk dengan menyapu di atas stoking sering menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila melibatkan kemudahan ketika bermusafir, bekerja atau berada di tempat awam. Persoalannya, adakah perbuatan menyapu stoking boleh menggantikan basuhan kaki ketika wuduk menurut hukum syarak?
Panduan Menghadapi Sihir Menurut Islam
Isu sihir merupakan antara ujian yang diakui kewujudannya dalam Islam. Namun begitu, Islam menetapkan garis panduan yang jelas dalam menangani dan merawat sihir agar akidah serta tauhid seorang Muslim sentiasa terpelihara.
Nuff Coffee – Hidangan Asli Sarawak Sedap Di Shah Alam
Nuff Coffee di Shah Alam merupakan sebuah kafe comel yang berjaya menarik perhatian pencinta kopi dan masakan Sarawak di sekitar Lembah Klang. Terletak di Seksyen 9, Shah Alam, kafe ini menawarkan gabungan unik citarasa tempatan Sarawak dan suasana santai yang menyenangkan.
Hukum Seorang Wanita Menunaikan Umrah Tanpa Mahram
Umrah merupakan salah satu ibadah yang wajib untuk ditunaikan. Hukum asal bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram adalah tidak dibolehkan berdasarkan kepada beberapa hadis yang sahih. Namun begitu para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan haji dan umrah.