Tazkirah: Surah Ar-Rahman Ayat 60

Ayat ini pendek, namun maknanya sangat mendalam. Allah SWT mengingatkan kita bahawa setiap kebaikan yang dilakukan, walaupun kecil, tidak akan sia-sia. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, sama ada di dunia atau di akhirat, sama ada segera atau pada waktu yang Allah tetapkan.

Siapakah Imam Mahdi? Pandangan Ahlus Sunnah wal Jamaah

Isu berkaitan Imam Mahdi sering menjadi perhatian umat Islam, khususnya apabila muncul individu tertentu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Justeru, adalah penting untuk umat Islam memahami siapakah sebenarnya Imam Mahdi menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, berdasarkan al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para ulama muktabar.

Wuduk Atas Stoking: Boleh atau Tidak?

Isu berwuduk dengan menyapu di atas stoking sering menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila melibatkan kemudahan ketika bermusafir, bekerja atau berada di tempat awam. Persoalannya, adakah perbuatan menyapu stoking boleh menggantikan basuhan kaki ketika wuduk menurut hukum syarak?

Hukum Seorang Wanita Menunaikan Umrah Tanpa Mahram

Umrah merupakan salah satu ibadah yang wajib untuk ditunaikan. Hukum asal bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram adalah tidak dibolehkan berdasarkan kepada beberapa hadis yang sahih. Namun begitu para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan haji dan umrah.

Cara Mengurus Luqatah

Apakah hukum dan tatacara mengurus barang yang dijumpai apabila pemiliknya tidak diketahui? Dalam satu keadaan, seseorang telah menjumpai barangan kemas di tempat awam, namun tidak mengetahui cara untuk menghebahkan penemuan tersebut dan menyimpannya dalam tempoh yang lama.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Azam Dilaung, Amal Dijunjung 

Kita kini berada di permulaan tahun yang baharu, satu perjalanan yang mengingatkan kita bahawa masa terus berlalu, umur terus berkurang, dan peluang untuk beramal semakin  singkat. Perginya tahun lalu bukan sekadar pergantian angka, tetapi tanda bahawa sebahagian dari umur kita telah pun berlalu dan tidak akan kembali lagi. Soalnya hari ini adakah kita benar-benar bertambah baik, atau sekadar bertambah usia?

Blog at WordPress.com.

Up ↑