Hari raya ini adalah hadiah daripada Allah SWT selepas sebulan kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Tiada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang mukmin selain daripada amal ibadahnya diterima oleh Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca Mymuslimin.com. Semoga kita semua diampunkan dosa dan diberkati oleh-Nya. Amin amin ya rabbal alamin. تقبل الله منا ومنكم
Amalan Yang Disunatkan Pada 1 Syawal
Berikut adalah amalan yang disunatkan pada 1 Syawal, semoga bermanfaat.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ramadan Dirindui Pengampunan Diraih
Hakikatnya, Ramadan adalah bulan latihan manakala Syawal pula adalah bulan ujian. Jika Ramadan melatih kita untuk bangun malam, Syawal pula akan menguji kita sama ada kita masih lagi menjaga solat malam tersebut. Jika Ramadan membiasakan lidah kita dengan zikir dan tilawah, Syawal pula menguji kita sama ada al-Quran itu masih menjadi teman setia atau sebaliknya.
Teks Khutbah Jumaat (Wilayah Persekutuan): Lailatul Qadar: Malam Seribu Bulan
Lailatul Qadar dirahsiakan oleh Allah SWT agar kita tidak memilih malam tertentu sahaja, tetapi bersungguh-sungguh menghidupkan seluruh sepuluh malam terakhir Ramadan. Inilah ujian keikhlasan. Hamba yang benar-benar mengidamkan Lailatul Qadar ialah mereka yang berusaha memperbaiki solatnya, mendekatkan diri dengan al-Quran, memperbanyakkan istighfar, serta membersihkan hati daripada dosa sesama manusia.
Doa Berbuka Puasa: Adakah Ia Bersandar kepada Hadis?
Setiap kali tiba waktu berbuka puasa, kebanyakan umat Islam di Malaysia akan membaca doa berbuka yang sangat terkenal. Namun, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat: adakah doa tersebut benar-benar bersandar kepada hadis Nabi SAW?
Kenali Masjid East Plano Islamic Center (EPIC), Dallas, USA
East Plano Islamic Center (EPIC) ialah sebuah masjid yang terletak di bandar Plano, dalam kawasan metropolitan Dallas–Fort Worth Metroplex, Amerika Syarikat.
Siapa Layak Terima Harta Pusaka Jika Tiada Ibu Bapa dan Anak?
Dalam pengurusan harta pusaka, ramai yang menyangka bahawa jika seseorang meninggal dunia tanpa anak dan ibu bapa, maka harta tersebut hanya akan jatuh kepada adik-beradik yang masih hidup. Namun dalam hukum faraid, pembahagian waris sebenarnya lebih terperinci daripada itu.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Nuzul Al-Quran: Dari Langit ke Hati
Islam meletakkan al-Quran sebagai mukjizat agung yang wajib dipandu oleh setiap Muslim dalam setiap gerak geri kehidupan. Kandungan al-Quran bebas daripada keraguan, tidak mengandungi kesesatan serta menjadi pembeza antara hak dan batil, tidak melibatkan hawa nafsu dan tidak berkaitan dengan perkara yang menjauhkan hamba daripada Penciptanya.
Bolehkah Makmum Masbuk Membaca Doa Iftitah Selepas Al-Fatihah?
Bagaimana hukumnya jika seseorang terlewat bersolat bersama imam, lalu terus membaca surah Al-Fatihah tanpa membaca doa Iftitah? Jika imam membaca surah panjang, adakah dibolehkan membaca doa Iftitah selepas Al-Fatihah?
Adakah Dosa Di Bulan Ramadan Berganda?
Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan. Segala amal kebaikan dilipatgandakan, namun timbul persoalan: adakah dosa juga digandakan dalam bulan ini?
Zakat Fitrah Anak Perempuan Belum Berkahwin: Siapa Perlu Membayarnya?
Bagi seorang wanita yang belum berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, persoalan sering timbul: siapa yang bertanggungjawab membayar zakat fitrah?
Zikir Pagi & Petang
Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang maka tidak ada sesuatu pun yang boleh memudharatkannya.