Doa Ketika Menimba Ilmu

Dalam perjalanan mencari dan menimba ilmu, kita mungkin menghadapi kesukaran, cabaran serta halangan. Halangan mental, kekurangan minat atau pelbagai jenis gangguan mungkin menghalang kita daripada meneruskan pembelajaran. Oleh itu, mohonlah pertolongan daripada Allah SWT, bersama-sama dengan niat yang betul dengan harapan usaha kita sentiasa konsisten. 

7 Langkah Praktikal Amalan Tawakul

Tawakul sering dibincangkan sebagai konsep teori. Kebanyakan orang Islam tahu bahawa kita perlu mempunyai Tawakul (bertawakal kepada Allah) tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukannya. Dalam artikel pendek ini, saya berharap dapat menunjukkan beberapa langkah praktikal yang akan membantu menjadikan Tawakul sebagai realiti di dalam kehidupan kita.

Apakah Hukum Memfitnah Orang Kafir? 

Kewujudan media sosial telah menjadikan fitnah berleluasa kerana ada unsur ‘baling batu sembunyi tangan'. Jelas bahawa hukum memfitnah ini ialah haram dan berdosa tetapi ramai yang tidak jelas apakah hukum ini terpakai jika fitnah dilontar ke arah yang bukan Islam. Mari kita baca penjelasan ini supaya kita jelas dan tidak terjebak ke dalam dosa fitnah yang sangat merbahaya. 

Agong Dan Raja Permaisuri Agong Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 355 orang bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji TH, Sepang (Movenpick) hari ini.

Etika Orang Beriman

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ؛ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ؛ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْم الْآخِرِ ؛ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ. Maksudnya: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang... Continue Reading →

Hukum Makan “Ageing Meat”

Dewasa ini banyak restoran steak yang mempromosikan “ageing meat” atau daging yang telah melalui proses penuaan kering. Apakah hukum Islam terhadap “ageing meat” ini? Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang topik ini.

Blog at WordPress.com.

Up ↑