Teks Khutbah Jumaat (WP): Menyulam Kemuliaan Dalam Kesederhanaan

Hari ini kita melihat terlalu banyak pertelagahan berlaku dalam kalangan umat Islam. Bercakap dengan kasar, menuduh tanpa ilmu, menyalahkan sesama sendiri bahkan memperlekehkan orang yang tidak sependapat. Sebahagiannya datang daripada golongan terpelajar, agamawan, juga pengguna media sosial yang ghairah menghukum. Adakah ini cerminan sebenar umat yang dijanjikan sebagai umat pertengahan?

Kafe Inchum & Aziz 

Kafe Inchum & Aziz di Beranang menawarkan suasana nostalgia dengan dekorasi vintaj dan lagu-lagu Melayu lama. Menu ringkas seperti Bihun Sup Nek Hijir, Mee Kicap Nek Kedong dan nasi lemak sambal pedas menjadi tarikan utama, sementara kopi O dan biskut tradisional disajikan percuma kepada pelanggan.

Short Reflection

True success is not our own making; our plans and talents are only tools. We strive, but tawfīq, the grace to succeed belongs to Him alone. Place your trust in His wisdom, work with sincere intention, and keep turning back to Him, for the greatest victory is His pleasure and the Hereafter.

Dunia ini Ladang untuk Akhirat

Dalam pandangan Islam, kehidupan di dunia hanyalah persinggahan sementara. Ia bukan destinasi akhir, tetapi tempat untuk menanam benih amal sebagai bekalan menuju kehidupan kekal di akhirat. Setiap detik di dunia merupakan peluang untuk kita menanam amal soleh yang akan dituai pahalanya di akhirat.

Teks Khutbah Jumaat  (JAKIM): Hidup Bermanfaat, Selamat Dunia Akhirat 

Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah negara seperti Malaysia, kita mestilah berusaha menjadi orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Orang yang paling dicintai oleh Allah ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia. Dalam konteks negara kita Malaysia, manfaat ini boleh diluaskan kepada usaha membina kesatuan nasional, iaitu dengan kita menghargai kepelbagaian dan bekerjasama untuk kemajuan bersama. 

Jadilah Orang Baik yang Baik

Dalam kehidupan yang singkat ini, setiap manusia sering mencari erti kebaikan. Ramai yang ingin dikenali sebagai “orang baik”, tetapi hakikatnya, tidak semua “orang baik” itu benar-benar menjadi “orang baik yang baik”. Perbezaannya mungkin halus, tetapi sangat besar kesannya.

Buli Siber: Luka Jiwa di Alam Maya

Buli siber bukan gurauan. 3 daripada 10 remaja Malaysia pernah mengalaminya, dengan kesan hingga kemurungan dan cubaan bunuh diri. Sebagai Muslim, jangan sesekali kita gunakan pancaindera yang dikurnia Allah SWT untuk menyakitkan, sama ada di alam nyata atau di alam maya. Gunakanlah untuk menyebarkan kebaikan, bukan untuk melukakan.

Benarkah Skandal Isteri Halal Dibunuh?

Terdapat perbincangan di sebuah thread mengenai isu terkini melibatkan kes suami membunuh lelaki yang dikatakan skandal isterinya. Dalam perbincangan tersebut, ada yang menafsirkan sebuah hadis dengan mendakwa bahawa halal darah isteri dan pasangannya sekiranya si suami mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain. Adakah tafsiran hadis ini benar, atau sebenarnya terdapat penjelasan lanjut yang perlu difahami?

Blog at WordPress.com.

Up ↑