Teks Khutbah Jumaat (WP): Budaya Tular: Saring Sebelum Sebar

Dalam menghadapi fenomena masyarakat yang suka kepada budaya tular ini, hendaklah kita berwaspada daripada terjebak dalam kejelikan, unsur fitnah dan adu domba yang boleh memecah belahkan masyarakat. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seorang mukmin, maka Allah akan menempatkannya di dalam Radghatal Khabal (iaitu neraka yang penuh nanah dan darah penghuninya) sehingga dia menarik balik apa yang dikatakannya.”

Adakah Hibah Merupakan Helah Untuk Lari Daripada Faraid?

Pada dasarnya, hibah banyak memainkan peranan penting terhadap sistem faraid khususnya dalam situasi tertentu seperti contoh memberikan keutamaan kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan, menjaga kebajikan anak angkat ataupun memberikan bahagian kepada individu yang tidak layak menerima pusaka tanpa menyalahi prinsip dan ketentuan faraid.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Damba Redha Di Hari Arafah 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru radhiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi)

Teks Khutbah Jumaat (WP): Mujahadah Arafah: Menyulam Taubat Meraih Maghfirah

Sempena Hari Arafah ini carilah keampunan dan kembalilah kepada Allah. Perbanyakkan zikir mengagungkan nama Allah, lantunkanlah doa-doa dengan penuh pengharapan dan kerendahan diri, tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran yang menenangkan jiwa, dan hulurkanlah tangan membantu sesama sebagai wujud kepedulian dan kasih sayang. Marilah kita bersatu hati memohon keampunan atas segala dosa dan noda, serta mengharap agar Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. Semoga air mata taubat kita di hari ini menjadi saksi kerinduan kita kepada-Nya.

Blog at WordPress.com.

Up ↑