Teks Khutbah Jumaat: Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Perceraian

Perkahwinan merupakan suatu ibadah dalam Islam. Ia juga merupakan satu ikatan perjanjian yang diikat oleh Allah SWT antara seorang lelaki (suami) dengan seorang perempuan (isteri). Pimpin dan bimbinglah keluarga kita ke jalan yang diredai Allah SWT agar bersama-sama mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta perkahwinan yang diimpikan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Hukum Nafkah Pasangan Yang Berniaga Berkongsi Keuntungan

Keuntungan berniaga untuk bayar rumah, bil, barang dapur dan lain-lain keperluan. Selebihnya kami bahagikan sama rata. Jadi perlukah lagi saya memberikan nafkah duit kepada isteri? Saya rasa terbeban, sebab nak buat simpanan sendiri lagi dan nak hulurkan kepada ibu bapa di kampung. Wajibkah lagi saya memberi nafkah wang kepada isteri?Jika isteri tidak reda macam mana? 

Bagaimana Menentukan Kenajisan Darah?

Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa darah itu merupakan salah satu najis, dan wajib mencucinya terlebih dahulu sebelum melakukan solat, sekiranya tidak maka solatnya adalah tidak sah. Kenajisan darah itu telah tsabit dalilnya di dalam al-Quran. Jadi bagaimana menentukan kenajisan darah dan bagaimana menguruskannya?

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Betulkan Akidah Pengikut GISBH

Isu GISBH sedang hangat diperkatakan sekarang. Persoalannya GISBH ini adakah sama dengan Al-Arqam dahulu yang telah diharamkan segala fahaman dan ajarannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor? Adakah Buku Aurad Muhammadiah yang diharamkan sebelum ini masih diamalkan oleh pengikut GISBH? Jawapannya adalah sama jika fahaman dan ajarannya masih sama antara Al-Arqam dan GISBH yang diamalkan oleh ahli-ahli GISBH sekarang. Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah berhati-hati dan dilarang berpegang serta beramal dengan fahaman dan ajaran GISBH ini. 

Meteor: Alat Merejam Syaitan

Manusia zaman dahulu sering memohon kepada 'bintang yang jatuh' atau dikenali oleh kita kini sebagai meteor sedangkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menjelaskan tentang peranan meteor (Ibn Asyur), dan salah satunya ialah sebagai alat merejam syaitan.

Penyelewengan Dalam Ajaran Al-Arqam

Al-Arqam merupakan salah satu ajaran salah yang terawal difatwakan di Selangor dan ajaran kedua difatwakan selepas Fatwa Ajaran Salah (Haji Kahar) sebagaimana direkodkan di dalam buku Warta Kerajaan Fatwa Ajaran Sesat terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Justeru umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Selangor mestilah sentiasa cakna dan peka serta menjauhkan diri dari sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas serta mengelakkan diri dari segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑