8 Ciri Mesti Ada Pada Penuntut Ilmu

Menuntut ilmu bukan sekadar mengumpulkan maklumat, tetapi satu perjalanan pembentukan jiwa dan akhlak. Dalam tradisi Islam, para ulama menekankan bahawa keberkatan ilmu tidak hanya terletak pada apa yang dipelajari, tetapi bagaimana ilmu itu dituntut, diamalkan, dan disampaikan. Berdasarkan hadis dan Al-quran, berikut adalah antara ciri penting yang mesti ada pada setiap penuntut ilmu.

4 Must-Read Books on Islamic History

Islamic history is vast, layered, and endlessly fascinating --- a tapestry of empires, scholars, explorers, poets, and visionaries who transformed the world. But where do you even begin? Whether you’re a casual reader or someone looking to deepen your understanding of the Muslim world, these four essential books offer rich insights, compelling narratives, and a clearer sense of how Islamic civilisation evolved over the centuries.

Syaitan: Musuh Manusia Yang Nyata

Setiap manusia di dunia ini tidak pernah sunyi daripada ujian. Ada ujian yang datang daripada kelemahan diri sendiri, ada yang datang daripada manusia lain, dan ada juga yang datang daripada makhluk yang Allah sendiri nyatakan sebagai musuh paling nyata, iaitu syaitan.

Satu Dosa, Satu Titik Hitam Terpalit di Hati

Manusia sering merasakan dosa kecil itu remeh. Namun, agama melihat dosa bukan sekadar tindakan yang salah, tetapi perbuatan yang meninggalkan kesan halus pada jiwa. Gelapnya hati berlaku beransur-ansur sehinggalah seseorang merasa tenang dalam dosa dan janggal dalam ibadah.

Menyandarkan Segala Keputusan Kepada Allah

Trend yang menjadikan manusia sebagai pelakon pasif dan Allah sebagai “director” setiap keputusan hidup nampak spiritual, tetapi ia sebenarnya mengelirukan. Islam tidak pernah mengajar kita menyerah tanpa usaha. Menyandarkan semuanya kepada “arah Tuhan” tanpa ikhtiar menjadikan agama alasan untuk lari daripada tanggungjawab. Hakikatnya, Allah menetapkan takdir, tetapi kitalah yang tetap perlu berfikir, memilih dan berusaha.

Post-Partum Depression: Perkara yang Perlu Diketahui oleh Pasangan Muda

Tempoh selepas melahirkan anak sepatutnya menjadi saat penuh bahagia, namun bagi sebahagian ibu, ia juga boleh menjadi fasa paling mencabar dalam hidup. Post-partum depression (PPD) atau kemurungan selepas bersalin adalah keadaan emosi yang serius dan boleh menjejaskan kesejahteraan ibu, anak serta keluarga jika tidak ditangani dengan betul. Berikut beberapa perkara penting yang pasangan muda perlu tahu.

Ibu Susuan Dalam Islam: 5 Perkara Perlu Tahu

Dalam Islam, penyusuan bukan sekadar memberi makanan kepada bayi, tetapi mempunyai implikasi hukum yang besar. Menjadi ibu susuan bermaksud wujud hubungan mahram yang sah seperti hubungan darah, dan ia memberi kesan kepada nasab, perkahwinan serta kekeluargaan. Berikut adalah lima perkara penting yang perlu difahami oleh semua ibu bapa Muslim.

Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal

Hukum mencari yang halal adalah wajib. Namun begitu, makan di restoran yang tidak mempunyai logo halal sama ada di pusat membeli-belah mahupun di tepi jalan adalah diharuskan selagi makanan tersebut diyakini tidak mengandungi bahan yang haram dan proses penyediaannya menepati kehendak syarak. Sekiranya terdapat keraguan berkenaan status halal makanan tersebut, maka perlu ditinggalkan dan mencari restoran makanan halal yang lain.

Bahasa Kasar Tidak Menghalalkan Dakwah: Menjaga Adab dalam Membela Agama dan Bangsa

Dalam dunia digital hari ini, ruang komunikasi semakin terbuka dan pantas. Setiap individu mempunyai peluang menyuarakan pandangan, membela agama atau bangsa, dan memberi teguran terhadap isu-isu yang dirasakan melemahkan kedudukan umat. Namun dalam keghairahan mempertahankan sesuatu, sebahagian masyarakat terperangkap dalam budaya komunikasi kasar – mencarut, melabel, menghina dan memaki pihak lawan atas alasan “supaya mesej lebih sampai.”

Cape Malay Culture: A Vibrant Legacy in South Africa

The Cape Malay community in South Africa stands as a vivid testament to resilience, cultural fusion, and identity. Originally formed from the forced migrations of enslaved and exiled Muslims — many brought from the Dutch East Indies (now Indonesia), Madagascar, India, and other parts of Asia and Africa during the Dutch colonial era — this group carried faith, traditions and skills into the Cape of Good Hope. Their story is one of hardship, creativity and survival.

Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Tandus Iman, Kemarau Jiwa 

Kita hidup di zaman yang serba maju, namun ramai yang berasa kosong. Teknologi berkembang, tetapi jiwa manusia semakin rapuh. Bangunan semakin tinggi, tetapi nilai semakin runtuh. Kita berhubung setiap detik melalui gajet, tetapi semakin jauh antara hati. Inilah yang dinamakan tandus iman dan kemarau jiwa iaitu apabila manusia kehilangan makna hidup walau dikelilingi nikmat yang melimpah. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑