Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Waspada Jarum Beracun

Dunia Islam hari ini berhadapan dengan “perang saraf” atau serangan pemikiran yang meliputi fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme, hedonisme dan bermacam lagi yang memberi impak sangat besar terhadap umat Islam dari aspek kepercayaan mahupun amalan dalam beragama. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dengan dakyah dan tipu daya hiasan iblis melalui golongan ingkar yang sentiasa berusaha memadam cahaya kebenaran (Islam) walaupun Allah SWT telah menjamin keselamatan dan pemeliharaan cahaya Islam di muka bumi ini. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Anak Amanah Berharga

Khutbah hari ini mengingatkan jemaah tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita hendaklah sentiasa memberikan penjagaan dan didikan yang terbaik kepada mereka serta memastikan keselamatan mereka walau di mana mereka berada dan dalam apa jua keadaan.

Zikir Dan Peranannya Dalam Pembentukan Sakhsiah

Zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Ternyata bahawa amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat terhadapNya.

4 Women of Paradise

These four women are acknowledged by our beloved Prophet Muhammad s.a.w. as exemplary women in Islam. What lessons can we draw from them and why are they highly praised?

Peringatan Al-Quran

Klik untuk membaca tafsir ringkas Surah al-Anbiya' 21:83-84 yang mengajar manusia tentang pentingnya kesabaran dalam menempuh ujian Allah SWT seperti kesabaran Nabi Ayyub a.s.

Juadah Melayu Sedap di Tingkap Cafe, PJ

Tingkap Cafe membawa pengunjung menikmati pelbagai juadah Melayu yang sedap dengan harga yang berpatutan. Bertempat di sebuah deretan kedai di PJ Old Town, kafe ini menggamit kenangan masa silam apabila menampilkan konsep vintaj dengan tatarias barangan antik masyarakat Malaysia.

Halal Tetapi Ragu-Ragu

Kebelakangan ini tular di media sosial berkenaan produk makanan yang tertentu yang dikatakan menjadi penyumbang dana kepada aktiviti pembunuhan umat Islam di Palestin. Saya musykil berkenaan hukum memakannya kerana produk tersebut jelas disahkan halal oleh pihak berautoriti.

Dakwaan Menyamakan Ulama Dengan Pendeta Gereja Di Zaman Gelap Eropah

Terdapat golongan aliran pemikiran di Malaysia mengkritik ulama sebagai individu yang memiliki autoriti dalam bidang agama dan beranggapan bahawa sebahagian masyarakat Islam melakukan kesilapan dengan mendewakan ulama yang dianggap sebagai maksum dan memutuskan semua persoalan yang timbul dalam kehidupan mereka. Benarkah dakwaan menyamakan ulama dengan pendeta gereja di Zaman Gelap Eropah?

Menghormati Kedudukan Ulama Dan Imam Mazhab

Baru-baru ini telah berlakunya perdebatan di media sosial berkenaan keharusan untuk mengkritik secara terbuka pandangan ulama yang bergelar imam mazhab dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat apabila terdapat segelintir pihak yang tidak segan silu melemparkan cacian, makian serta menimbulkan persepsi negatif terhadap ulama yang bergelar imam mazhab dan bertaraf mujtahid mutlak dalam dunia keilmuan Islam. Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kali ini bertujuan memberikan penjelasan mengenai adab-adab ketika bersama ulama, keperluan masyarakat untuk bermazhab dan nasihat kepada umum.

Tazkiyah Al-Nafs Dalam Ilmu Tasawuf

Tazkiyah Al-Nafs penting kerana manusia itu hakikatnya bukannya semata-mata keadaan fizikalnya tetapi yang membezakannya dengan kehidupan lain ialah kekuatan jiwanya. Tubuh badan yang jiwanya cerah hasil dari limpahan cahaya hidayah yang diberikan oleh Allah selepas melalui tazkiyah barulah dinamakan manusia sejati. Hidupnya benar-benar sebagai manusia, tidak lagi dikuasai oleh sifat alam rendah dan kebinatangan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑