Hukum Abang Kandung Menjadi Wali Sedangkan Ayah Masih Hidup

Anak perempuan mahu abang kandung menjadi wali sedangkan bapa kandung masih hidup tetapi menetap di negeri lain. Adakah kuasa wali tu hanya terletak pada bapa yang masih hidup atau perlu meminta persetujuan dengan bapa anak perempuan tersebut untuk menjadikan abang atau anak lelaki menjadi wali kepada anak perempuan itu?

Miqat Umrah: Penjelasan

Saya sekeluarga bercadang untuk bercuti di Arab Saudi dan di samping itu ingin menunaikan ibadah umrah. Dari Malaysia kami ke Kota Jeddah untuk melancong 4 hari 3 malam sebelum menunaikan ibadah umrah dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke kota Madinah sebelum pulang. Bilakah saya perlu berniat ihram? Dan di mana lokasi saya perlu berniat ihram?

Hukum Terima Makanan & Hadiah Yang Diberi Oleh Peniaga Sumber Haram

Saya mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina. Saya dimaklumkan ada waris pelajar saya yang menjalankan perniagaan judi nombor ekor. Waris tersebut bagaimanapun sering memberi hadiah dan belanja makan kepada guru-guru termasuk saya. Adakah saya boleh makan makanan yang dibeli waris tersebut dan menerima hadiah yang diberi kepada saya? Jenis makanan yang dibeli antaranya kfc, kek, buah-buahan atau makanan yang dibeli dari gerai orang Islam.

6 Doa Ketika Kebimbangan dan Kemurungan 

Mengalami kemurungan tidak bermakna seseorang tidak mempercayai Allah SWT dan ketetapan-Nya atau membuatkan seseorang itu kurang keimanan.  Hakikat bahawa seseorang itu masih sangat bergantung kepada Allah, walaupun menghadapi cabaran mental, menunjukkan betapa teguhnya iman yang ada dalam dirinya.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Terima Kasih Pembayar Zakat

Pengurusan Zakat Selangor mengucapkan jazakumullahu khairan wabarakallahu fiikum dan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat di negeri Selangor atas kesetiaan dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini. Lembaga Zakat Selangor menyeru agar kita semua berganding bahu untuk menjadikan pengurusan zakat di negeri ini terus kekal sebagai institusi pengurusan zakat contoh kepada pihak lain, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Cegah Normalisasi Kemungkaran

Perbuatan maksiat dan perlakuan dosa seperti zina sangat dilarang oleh agama Islam. Ia membawa kepada kerosakan nasab keturunan dan dalam masa yang sama meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam. Sebagai umat Islam, mimbar mengingatkan kita agar tidak menormalisasikan kemungkaran yang membawa kepada keruntuhan masyarakat.

Haram Podcast Berunsurkan Persundalan

Penggunaan podcast sebagai platform untuk membuka aib peribadi seseorang adalah termasuk dalam perbuatan menzahir kemaksiatan dan perbuatan ini diharamkan oleh syarak. Apatah lagi menjadikan penzina sebagai tetamu undangan untuk menceritakan perbuatan maksiatnya tanpa rasa malu dan berdosa.

Cara Menyambut Ramadan

Ramadan hampir menjelma tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya mempersiapkan diri untuk menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik dengan ibadah dan amal soleh.

Pendidikan Anak Dengan Solat

Tujuan serangan perosak remaja pada zaman ini ialah untuk mengasingkan generasi Islam itu sendiri daripada syariat Islam yang mana telah memprogramkan untuk penganutnya satu manhaj yang mampu menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Lantaran menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk menyelamatkan ahli keluarganya daripada kehancuran. Marilah kita mendidik anak-anak dengan solat.

Blog at WordPress.com.

Up ↑