Apakah Maksud Nikah Tahlil/Muhallil?

Mengikut jumhur ulama’ Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi menyatakan bahawa nikah tahlil/muhallil ini adalah pernikahan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi satu atau lebih syarat daripada syarat pada rukun nikah, kerana itu nikah ini tidak sah dan ia merupakan nikah fasid atau nikah batil.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Integriti Cerminan Mukmin

Mimbar mengingatkan jemaah tentang kepentingan integriti kerana ia adalah petunjuk ketakwaan insan. Takwa itu termasuklah memiliki kesedaran tentang konsep ketuhanan yang tinggi bahawa Allah SWT sentiasa memerhati kita sepanjang masa sehingga kita tidak berani untuk lalai apatah lagi melakukan maksiat terhadapnya. Ia terbentuk melalui sifat jujur, bersungguh-sungguh dan kebolehpercayaan dalam melaksanakan sesuatu tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. 

Refleksi: Perihal Janji & Ancaman Allah SWT 

Syaikh duduk berhampiran dengan muridnya yang menghampiri ajal dan mula membaca Surah Ya Sin. Murid tersebut meminta ustaznya menghentikan bacaan. Syaikh kemudian menghentikan bacaannya. Selepas berhenti seketika dia mula mengimlak Kalimah 'Tiada Tuhan selain Allah' (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ). Murid itu berkata (Masya Allah), aku tidak akan membacanya. Aku berasa jijik dengannya. Selepas berkata demikian, murid itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tabayyun – Amalkan 5 Adab Menerima dan Menyampaikan Berita

Allah SWT memerintahkan supaya menyelidik serta mendapat kebenaran berita yang disampaikan seseorang. Firman Allah SWT maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” (Surah al-Hujurat 49:6)

Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sahabat Rasulullah SAW Yang Gagah & Jujur

Di dalam peperangan Uhud, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Rasulullah SAW yang terluka di pipi apabila dua rantai besi tertanam di penutup kepala Baginda SAW. Abu Ubaidah segera berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Rasulullah SAW dengan menggunakan giginya sehingga giginya patah, namun beliau tidak berputus asa. Ikuti kisah Abu Ubaidah Al-Jarrah, sahabat Rasulullah SAW yang gagah lagi jujur.

Blog at WordPress.com.

Up ↑