Apa Yang Menjadikan Dosa Kecil itu Dosa Besar?

Ketahuilah bahawa dosa-dosa kecil bertukar menjadi besar dengan perbuatan yang berterusan dan kegigihan untuk terus melakukannya. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn’ Abbad (RA) daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: “Tidak ada dosa kecil selama ianya diteruskan dan tidak ada dosa besar selama memohon ampun kepada Allah.” 

Doa Ketika Umur Mencapai 40 Tahun

Berdasarkan amalan salaf serta penjelasan para ulama tafsir, apabila kita mencapai umur 40 tahun, kita dianjurkan untuk membaca doa yang warid dalam ayat 15 surah al-Ahqaf sebagai tanda syukur, insaf dan pengharapan. 

Waspada Taktik Baharu ‘Scammer’ – Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’. Terbaharu, pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) kini menggunakan taktik dimana mereka mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.

Salahuddin Al-Ayyubi Membebaskan Baitulmaqdis

Salahuddin Al-Ayyubi RA merupakan seorang tokoh Islam yang telah berjaya membebaskan kota suci Baitulmaqdis daripada penaklukan tentera Salib. Berperwatakan hebat, Salahuddin adalah contoh pemimpin yang bertaqwa kepada Allah SWT dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin bertaraf dunia.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Bahana Makan Suap

Jenayah rasuah adalah suatu perbuatan yang telah membarah menyelinap dalam sistem kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Kesalahan rasuah ini merupakan pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan. Khatib mengingatkan jemaah tentang bahaya dan impak rasuah kepada masyarakat dan negara.

Zubair bin Awwam, Jiran Rasulullah SAW di Syurga

Apabila Zubair masuk Islam, bapa saudaranya Naufal berubah menjadi musuh yang paling kejam. Naufal seringkali membungkus seluruh badan Zubair menggunakan selimut, kemudian dia menyalakan api di sekelilingnya. Ketika Zubair tidak boleh bernafas kerana dipenuhi asap, Naufal yang kejam memaksanya untuk kembali ke ajaran nenek moyangnya.

Blog at WordPress.com.

Up ↑