8 Ciri Mesti Ada Pada Penuntut Ilmu

Menuntut ilmu bukan sekadar mengumpulkan maklumat, tetapi satu perjalanan pembentukan jiwa dan akhlak. Dalam tradisi Islam, para ulama menekankan bahawa keberkatan ilmu tidak hanya terletak pada apa yang dipelajari, tetapi bagaimana ilmu itu dituntut, diamalkan, dan disampaikan. Berdasarkan hadis dan Al-quran, berikut adalah antara ciri penting yang mesti ada pada setiap penuntut ilmu.

Kisah Berkaitan Sabar Dalam Agama

Kesabaran amat penting di saat manusia makin jauh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Kita juga perlulah menjaga nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat dan golongan selepas daripada mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.

Sifat Tercela: Marah 

Ketahuilah bahawa marah itu adalah nyalaan api yang diambil daripada api Allah yang dinyalakan, yang dapat membakar sehingga sampai ke hati. Dan barangsiapa yang hatinya dikuasai dengan perasaan marah, sesungguhnya hatinya telah bersegera ke saluran syaitan. 

Sifat Tercela: Bercakap Berlebihan (Bahagian 1) 

Bercakap berlebihan perlu diatasi kerana keseluruhan amalan yang dilakukan oleh anggota badan memberi kesan kepada hati. Lidah pula antara anggota khusus yang memberi kesan terhadap hati. Jika seseorang itu bercakap berlebihan, maka hatinya akan hitam dan gelap sehingga mematikan hati.

Blog at WordPress.com.

Up ↑