Negeri Sembilan memang sohor dengan masakan lemak cili padinya yang sedap lagi mantap! Walaupun bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan masak lemak cili padi tidaklah serumit mana, air tangan orang Negeri Sembilan menjadikan masakan ini digemari ramai warga Malaysia.
8 Aktiviti & Tarikan Menarik Di Kota London (Bahagian 1)
Dari taman-taman indah ke pusat membeli-belah, muzium percuma dan tanda ikonik Kota London, mymuslimin.com membawa anda menelusuri ibukota negara Britain ini dalam video terbaru kami.
KLY (KayLee) Cakes Cafe, Kafe Comel di Seremban Dua
Selain manisan, KLY Cakes Cafe juga menyediakan makanan tengahari seperti hidangan pasta, sandwich, bagel, nasi dan sebagainya. Dekor kafe ini memang menawan dan menyediakan banyak sudut sesuai untuk anak muda yang gemar membuat konten dan OOTD.
Satu Pagi Di Pintasan Saloma
Pintasan Saloma merupakan tarikan terbaharu pengunjung di Kampong Bharu dan dibuka kepada orang awam pada 5 Februari 2020. Seni bina jambatan ini diilhamkan oleh konsep sireh junjung (susunan daun sirih) yang merupakan sebahagian daripada perkahwinan Melayu.
Jomput Singgah Makan Lomak Salai di Tampin, Negeri Sembilan
Berkonsepkan masakan Melayu kampung Negeri Sembilan, Lomak Salai mengadaptasi konsep troli IKEA di mana pelanggan memilih makanan pilihan, letakkan di atas troli, bayar, dan makan.
Gastrohub – Port Makan Sedap Di Bandar Baru Nilai
Gastrohub menyediakan bukan sahaja beraneka jenis masakan tetapi juga pengalaman menikmati makanan dalam suasana yang berbeza. Restoran ini dikenali sebagai Kafe Kaca kerana di tengah-tengah restoran ini terdapat ruang makan berkaca berhawa dingin yang berlatarbelakangkan pepohon menghijau dan sebatang sungai kecil di tepi.
12 Port Makan Sedap Di Selangor
Mencari tempat makan yang sedap memang cabaran kepada ketua keluarga kerana kalau tak sedap, bukan sahaja duit melayang, penat badan memandu, dan akhirnya ahli keluarga pun tak teruja. Untuk memudahkan para ibu bapa, atau kepada anak-anak yang ingin belanja ayah bonda, kami tampilkan 12 restoran yang sedap untuk dicuba di Kota Darul Ehsan ini.
Reviu: Masakan Vietnam Asli Halal Yang Lazat di MyViets
MyViets ialah rangkaian restoran Vietnam yang menawarkan pelbagai jenis makanan Vietnam popular dan halal bagi rakyat Malaysia. Mempunyai 12 cawangan di seluruh Malaysia, MyViets menjadi pilihan mereka yang sukakan hidangan dari negara “Mutiara Timur Jauh” ini.
Nasi Cargas Penang Dah Sampai Kuala Lumpur!
Nasi Kandar Cargas dah sampai Kuala Lumpur! Terbaru, Cargas membuka sebuah cawangan di ibu kota yang bertempat di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail yang dinamakan Cargas Nasi Kandar, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat nasi kandar tegar dan orang Penang yang nak pekena Cargas di Kuala Lumpur.
Hidangan Tulang Rusuk Menggiurkan di Simply Ribs, TTDI
Hidangan tulang rusuk memang istimewa kerana tukang masak perlu ada kemahiran mengolah rempah ratus serta perlu mempunyai masa yang mencukupi agar daging tulang rusuk itu fall of the bone dan ‘cair di mulut’. Sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan tulang rusuk sedap dan menggiurkan ialah restoran Simply Ribs yang terletak di Lorong Rahim Kajaii Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Sarapan Kari di Kafe Suhaimi, Ipoh, Perak
Kafe Suhaimi ini memang viral, seawal pagi lagi memang sudah dipenuhi orang ramai yang menanti dan sepanjang kami di sana, barisan pengunjung tidak pernah reda.
5 Tempat Makan Sedap di Miri, Sarawak
Kenali Miri, Sarawak dengan meneroka hidangan popular masyarakat tempatan seperti Linut, Umai, Serabey, Laksa, Mi Kolo, dan macam-macam lagi. Jom bersama Mymuslimin.com ke 5 tempat makan yang sedap di bandar raya 'Pekan Minyak' ini.
Mencuba Manisan Eropah Timur di Torte by Linda
Jarang sekali kita menjumpai manisan dari negara-negara Eropah Timur di negara ini. Di Torte by Linda, pemiliknya menyediakan pelbagai kek dan manisan Rusia yang berasaskan madu untuk dicuba dan dinikmati orang Malaysia.
Melawat Muzium Adat di Kuala Klawang
Muzium Adat di Kuala Klawang, Negeri Sembilan ini merupakan muzium pertama di negara kita yang menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia.
Roti Sarang Burung Daging Selambak di Roti Canai Pokok Cempedak
Kerak yang dihasilkan di luar roti sarang burung ini memberi tekstur rangup tetapi rotinya masih lembut untuk menyerap kari yang dihidangkan bersama. Roti Sarang Burung Daging Selambak datang bersama daging cincang, sambal dan sebiji telur dadar separuh masak yang dilambak di atas roti.
Restoran Kapitan Penang Kini Sudah Sampai TTDI, Kuala Lumpur
Restoran Kapitan di Penang memang restoran legenda. Kalau dah sampai Penang tak pekena Kapitan di Georgetown, memang lawatan itu ada sedikit cacat. Restoran Kapitan menghidangkan menu segalanya kari, nasi kandar beraneka lauk pilihan, protein panggang dan bakar, serta pelbagai hidangan India yang lain tetapi Kapitan sohor dengan beriani claypot, ayam tandoori dan tentunya naan mereka.
Mi Sup Sedap & Halal di Mee Hiris China Muslim, Pavilion Bukit Jalil
Mee Hiris China Muslim menyediakan mi tradisional istimewa yang terkenal di kalangan masyarakat Cina Muslim di China Utara. Mi hiris ini mi buatan tangan yang dihasilkan apabila doh dihiris ke dalam air mendidih untuk mi yang anjal lagi menyelerakan.
Bungaa & Gula: Kafe Comel di Seremban 2
Melangkah masuk, Bungaa & Gula membawa kepada memori sebuah kafe kecil di deretan kedai di pekan Brighton, England. Kafe kecil itu dihias comel dengan kek dan pastri yang berwarna-warni serta teh dan kopi yang dihidang dalam teko dan cawan molek beraneka rona. Bungaa & Gula juga menghidangkan persekitaran yang comel serta pilihan kek dan pastri yang mengujakan!
Seronok Mencuba Linut Di Miri, Sarawak
Di antara keseronokan ketika melancong ialah mencuba masakan tempatan yang unik. Baru-baru ini ketika kami berada di Miri, Sarawak, kami mencari restoran yang menghidangkan Linut, masakan tradisi masyarakat Melanau yang tentunya lain daripada biasa.
Menjelang Merdeka: 8 Makanan Terbaik Malaysia
Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Mymuslimin.com membawakan antara 8 makanan terbaik Malaysia.