Refleksi Konsep Qawwam 2:  Kunci Kepimpinan Lelaki Qawwam

Lelaki sejati tidak gentar dan lari dari tanggungjawab kelakian. Lelaki sejati menerima peranan dan segala tugas serta tanggungjawabnya. Mereka membawa diri dengan bermaruah dan memimpin dengan penuh tanggungjawab. Apabila seorang lelaki mempunyai sifat-sifat ini, dia tidak perlu menyuruh sesiapa pun untuk mengikut telunjuknya.

Adakah Saya Jatuh Murtad? 

Baru-baru ini saya bergaduh dengan pasangan dan ini memberi tekanan pada saya sehingga terkeluar ayat "ya memang pun saya tak ada agama". Saya tidak bermaksud untuk keluar dari agama tetapi perasaan marah saya membuatkan saya meluahkan ayat tersebut. Adakah saya telah jatuh murtad? 

Refleksi Konsep Qawwam 1: Apakah Qawwam?

Qawwam ialah perkataan yang digunakan untuk mendefinisikan peranan suami dalam sesebuah keluarga. Dalam mendefinisikan qawwam, skopnya, hadnya, dan tanggungjawabnya, kita boleh mengetengahkan peranan sebenar seorang lelaki dalam masyarakat Islam. Untuk artikel pengenalan ini, kita akan memberi tumpuan terutamanya kepada definisi qawwam mengikut tradisi ulama.

Merokok: Hukum Dan Penyelesaiannya

Benda seperti ini nyata diharamkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT: وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ Maksudnya: “Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”

Bagaimana Berinteraksi Dengan Sunnah? 

Masyarakat sudah mula sedar akan kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Namun, sebelum seseorang mengamalkan sunnah, perkara yang utama perlu dititikberatkan adalah pemahamannya terhadap sunnah itu sendiri agar ia tidak menyimpang daripada maksud sebenar sebagaimana yang diinginkan oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.

Hukum Khitbah 

Bolehkah seorang lelaki melamar seorang perempuan secara terus tanpa orang tengah atau ibu bapa pasangan? Apakah hukum melamar melalui internet/media sosial/mesej/panggilan telefon?  

Tazkiyat Al-Nafs: Jalan Taqarrub Kepada Allah S.W.T – Bahagian II

Tazkiyat al-nafs merupakan satu proses pembersihan rohani manusia daripada perkara-perkara yang menghalang seseorang itu mencapai kesempurnaan `ubudiyyah yang merupakan tujuan asal kejadian manusia. Bahagian II ini menerangkan proses tazkiyah al-nafs, wasilah dan tujuan melakukannya, kerana akhirnya, kehambaan yang berpaksikan ketaqwaan merupakan nilaian harga diri dan kemuliaan manusia di sisi Tuhannya.

8 Cara Semarakkan Cinta 

Perhubungan yang sihat memerlukan usaha berterusan daripada kedua belah pihak. Ijab kabul itu wajib tetapi ianya bukanlah kunci ajaib yang memastikan perhubungan akan kekal bahagia selama-lama. Ya, janjinya ‘I love you til Jannah’ tetapi hakikatnya ramai pasangan yang terpisah walaupun kedua sosok ini masih di atas bumi?

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Kasih Seluas Lautan

Tugas anak kepada kedua ibu bapa merupakan tugas yang sangat agung dan utama. Ibu bapa ialah anugerah kepada kita untuk mengumpul sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah SWT. Justeru, Allah SWT memerintahkan untuk kita bersyukur kepada Allah SWT dan berbakti kepada kedua ibu bapa kerana merekalah syurga dan dalam masa yang sama mereka juga ujian buat kita. Bagaimana kita berbakti dan melayani mereka, itulah yang menjadi penentu kepada kesudahan hidup kita di dunia dan akhirat kelak.

Hukum Menghasilkan Fake Review Untuk Melariskan Jualan

Penipuan dalam jual beli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan antaranya penipuan yang telah dirancang oleh penjual itu sendiri kerana ingin melariskan produknya atau menarik perhatian bakal pembeli untuk mendapatkannya, dan perbuatan menipu sebegini disebut sebagai al-tadlis.

Cara Mewujudkan Mental Yang Sihat

Mental yang sihat sangat dititikberatkan di dalam Islam. Mental yang sihat menurut Islam melibatkan pendekatan holistik yang mencakupi aspek spiritual, mental, emosional dan sosial. Islam memberikan panduan jelas untuk mencapai keseimbangan dan keharmonian dalam kehidupan.

Melawan Gangguan Syaitan

Bagaimana cara untuk menghindari gangguan jin? Saya telah mengalami gangguan ini terlalu lama. Apabila mendapat rawatan, ia hilang seketika selepas itu ia kembali semula. Mohon bantuan dan penjelasan untuk meredakan gangguan ini.

Blog at WordPress.com.

Up ↑