Rukun Iman ialah enam asas utama yang menjadi tunjang keimanan seorang Muslim. Ia bukan sekadar pengetahuan teori, tetapi panduan hidup yang membentuk cara berfikir, bersikap, dan bertindak dalam menghadapi cabaran dunia moden yang serba pantas, materialistik dan mencabar nilai spiritual.
3 Amalan Penyucian Hati
Hati yang bersih ialah sumber ketenangan, keikhlasan dan kedamaian hidup. Namun, untuk mencapainya memerlukan usaha yang berterusan. Dalam Islam, penyucian hati (tazkiyah al-nafs) adalah jihad dalaman yang paling sukar, kerana ia menuntut kita menentang hawa nafsu, sifat mazmumah dan keinginan dunia.
Turunnya Fitnah, Bagaikan Turunnya Air Hujan
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi di Madinah, lalu bersabda: “Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kerisauan Melanggar Lafaz Taklik Kepada Isteri
Suami isteri PJJ, isteri anggap suami curang selepas tahu suami tonton video wanita seksi sambil onani. Isteri tuntut cerai dan minta suami lafaz taklik — jika ulang perbuatan itu, jatuh talak. Suami lafaz tiga kali dengan maksud sama dalam keadaan terkejut dan bingung.
Warung Koppi 70’s Bangi Menggamit Nostalgia
Warung Koppi 70’s Bangi membawa pengunjung kembali ke suasana retro era 70-an dengan dekor klasik dan hidangan sarapan tradisional yang menyelerakan.
Bila Hati Ingin Berkahwin Lagi: Memahami Hukum dan Batas Dalam Keluarga
Ungkapan “cinta tidak mengenal batas” tidak terpakai di dalam Islam kerana Islam datang untuk memastikan bahawa cinta dan keinginan manusia tidak melanggar batas yang memelihara kehormatan.
Sarapan Hujung Minggu Dalam Dusun di The Shack @ DeRimba, Hulu Langat
Kalau nak lari sekejap dari hiruk-pikuk KL, try bersantai di The Shack @ DeRimba, Hulu Langat. Kafe ni terletak dalam dusun durian dengan suasana tenang, penuh kehijauan -- memang port healing hujung minggu.
Tukar 6 Habit Makan Kepada Cara Lebih Sihat
Dalam kesibukan hidup, ramai antara kita tidak sedar bahawa tabiat makan harian memberi kesan besar kepada tenaga, tumpuan, dan ibadah. Mengubah cara makan bukan soal diet semata-mata, tetapi usaha menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan. Berikut 6 tabiat makan yang boleh ditukar untuk hidup lebih sihat mudah, praktikal, dan berpaksikan kesederhanaan.
Muzium Lukut: Menyelusuri Sejarah Perlombongan dan Warisan Negeri Sembilan
Terletak kira-kira 6 kilometer dari Port Dickson, Muzium Lukut berdiri megah di atas Bukit Lukut, menawarkan pemandangan indah serta perjalanan menyeluruh ke zaman kegemilangan Lukut sebagai pusat perlombongan bijih timah abad ke-19.
Bahaya Fitnah Digital
Dalam dunia hari ini, hanya dengan menggunakan jari di skrin, tulisan boleh menjadi senjata yang melukakan. Satu komen atau tuduhan mampu menjatuhkan maruah seseorang tanpa kita sedar. Islam menegaskan bahawa menjaga maruah seseorang adalah amanah besar, dan dalam dunia digital ini, ia menuntut lebih daripada sekadar berhati-hati, ia menuntut kesedaran iman.
Doa: Tanda Kebergantungan, Bukan Sekadar Permintaan
Doa bukan sekadar permintaan, tetapi tanda hubungan antara hamba dan Pencipta. Tiada istilah terlalu banyak berdoa — Allah tidak jemu mendengar, malah menyukai hamba yang terus berharap kepada-Nya.
8 Amalan Harian Lelaki Muslim
Menjadi lelaki Muslim bukan sahaja tentang status, tetapi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, dan masyarakat. Amalan harian yang konsisten membina akhlak, iman, dan keberkatan dalam hidup. Berikut adalah lapan amalan yang seharusnya menjadi fokus lelaki Muslim.
Bani Israel: Cermin Umat, Bukan Sekadar Sejarah
Kisah Bani Israel bukan sekadar sejarah, tapi peringatan. Kuasa dan nikmat tanpa iman hanya membawa keangkuhan. Allah tidak menilai bangsa, tapi ketaatan dan hati yang tunduk kepada-Nya.
Makan Sampai Tersandar: Bila Budaya Foodie Melampaui Batas
Dalam industri makanan dan minuman (F&B), strategi pemasaran kini semakin canggih. Iklan bukan lagi menjual rasa, tetapi emosi dan keinginan. Slogan seperti “you deserve this”, “heaven in every bite”, atau “indulge without guilt” disusun untuk menormalisasi hedonisme dan self-indulgence. Namun, Islam menegur dengan tegas gaya hidup melampau ini.
Kafe ‘Hidden Gem’ di Port Dickson
Kalau singgah ke Port Dickson, jangan lupa cuba DINDA & SONS. Suasana cozy, menu penuh rasa tradisi, memang port santai untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Antara spot makan yang ramai kata “hidden gem” di PD!
Empati: Menyulam Hati dengan Kasih Sayang
Empati dalam Islam bukan sekadar simpati, tetapi merasai derita orang lain seolah-olah ia menimpa diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.’ (HR Bukhari & Muslim). Empati adalah cermin iman, akhlak Rasulullah, dan jambatan untuk menyatukan hati dalam dunia moden yang semakin individualistik.
5 Motivasi untuk Kekal Istiqamah
Istiqamah bukanlah sebuah titik, tetapi garis panjang yang kita lukis sepanjang hidup. Ada masa kita lemah, ada masa kita kuat, itu lumrah manusia. Namun yang penting, jangan berhenti melangkah. Walau sedikit, tetaplah bergerak.Teruslah melangkah meski perlahan, kerana istiqamah itu lebih bernilai daripada seribu semangat yang hanya seketika.
Seni Sabr dalam Islam: Mendidik Anak yang Kental Jiwa
Ketahanan bukanlah tentang melindungi anak-anak daripada ujian hidup, tetapi membekalkan mereka dengan kekuatan untuk menghadapinya. Dalam Islam, kekuatan ini terletak pada sabr — sabar, keteguhan, pengawalan diri, dan daya tahan. Dengan mengajar anak-anak kita untuk menyambut cabaran, menerima takdir Allah, dan berkembang melalui kegagalan, kita mempersiapkan mereka bukan hanya untuk kejayaan dunia, tetapi juga untuk sebuah kehidupan yang berteraskan iman dan keseimbangan.
Mengukuhkan Hubungan Insan di Tengah Kehidupan Moden
Di tengah kesibukan bandar, kita mudah rasa terasing walau tinggal berdekatan. Islam menuntut hidup berkomuniti kerana hubungan sesama manusia sebahagian daripada iman. Sapaan, bertanya khabar, atau berkongsi makanan menjadi jambatan hati dan jalan meraih rahmat Allah di tengah hiruk-pikuk kota.
Etika di Tempat Kerja: Elak Langkau Batas
Menjaga etika di tempat kerja bermula dengan komunikasi yang sopan, menghormati privasi, dan mengelak gurauan atau sentuhan yang boleh disalah tafsir. Pastikan urusan kerja dan persahabatan tidak bercampur sehingga menjejaskan objektiviti, serta rahsiakan maklumat syarikat dan rakan sekerja. Berhati-hati di media sosial dan selesaikan konflik secara berhemah. Profesionalisme dan rasa hormat inilah yang mengekalkan suasana kerja yang selamat, produktif, dan harmoni.