Punca Hitamnya Hati

Dalam al-Qur’an dan hadis, “kehitaman hati” digambarkan sebagai keadaan rohani apabila hati menjadi keras, tertutup, dan sukar menerima kebenaran. Ia bukan hitam secara fizikal, tetapi kiasan kepada kegelapan jiwa yang jauh daripada hidayah dan rahmat Allah SWT.

6 Cara Muhasabah Diri

Muhasabah diri ibarat audit rohani, menilai niat, amalan dan masa agar sentiasa berada di landasan yang diredai Allah. Enam langkah praktikal ini membantu kita mengenal kelemahan, bertaubat, dan menyusun azam perubahan.

Port Sarapan Popular Di Batu Arang

Kalau berkunjung ke Batu Arang, jangan lupa singgah di port sarapan paling popular di sini. Sajian wajib cuba semestinya roti leleh yang jadi kegemaran ramai, tapi jangan risau -- hidangan lain seperti lemang dan rendang serta mee kari pun memang padu dan berbaloi!

Berterima Kasih kepada Manusia, Bersyukur kepada Allah

Dalam kehidupan seharian, kita sering menerima kebaikan daripada keluarga, rakan, guru, rakan sekerja, malah orang yang tidak kita kenali. Ada yang keliru dan berkata, “Mengapa perlu berterima kasih kepada manusia, bukankah semua datang daripada Allah?” Jawapannya: kerana mengucapkan terima kasih kepada perantara kebaikan itu sendiri adalah tanda kita sedar siapa yang menurunkan kebaikan tersebut, iaitu Allah SWT.

Hiduplah di Dunia Ini Umpama Pengembara yang Singgah Sebentar

Hidup di dunia hanyalah persinggahan, seperti musafir yang singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Rasulullah SAW mengingatkan kita: ‘Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang asing atau seorang pengembara.’ (Riwayat al-Bukhari) Ayat-ayat Al-Quran juga menegaskan bahawa dunia ini hanyalah tempat ujian yang dipenuhi dengan permainan dan senda gurau, sedangkan akhiratlah tempat tinggal yang kekal. Bekalan terbaik untuk perjalanan ini bukanlah harta atau pangkat, tetapi taqwa dan amal soleh yang mengangkat darjat kita di akhirat dan memastikan kita pulang dalam keredaan-Nya.

Kafe Inchum & Aziz 

Kafe Inchum & Aziz di Beranang menawarkan suasana nostalgia dengan dekorasi vintaj dan lagu-lagu Melayu lama. Menu ringkas seperti Bihun Sup Nek Hijir, Mee Kicap Nek Kedong dan nasi lemak sambal pedas menjadi tarikan utama, sementara kopi O dan biskut tradisional disajikan percuma kepada pelanggan.

Dunia ini Ladang untuk Akhirat

Dalam pandangan Islam, kehidupan di dunia hanyalah persinggahan sementara. Ia bukan destinasi akhir, tetapi tempat untuk menanam benih amal sebagai bekalan menuju kehidupan kekal di akhirat. Setiap detik di dunia merupakan peluang untuk kita menanam amal soleh yang akan dituai pahalanya di akhirat.

Jadilah Orang Baik yang Baik

Dalam kehidupan yang singkat ini, setiap manusia sering mencari erti kebaikan. Ramai yang ingin dikenali sebagai “orang baik”, tetapi hakikatnya, tidak semua “orang baik” itu benar-benar menjadi “orang baik yang baik”. Perbezaannya mungkin halus, tetapi sangat besar kesannya.

Benarkah Skandal Isteri Halal Dibunuh?

Terdapat perbincangan di sebuah thread mengenai isu terkini melibatkan kes suami membunuh lelaki yang dikatakan skandal isterinya. Dalam perbincangan tersebut, ada yang menafsirkan sebuah hadis dengan mendakwa bahawa halal darah isteri dan pasangannya sekiranya si suami mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain. Adakah tafsiran hadis ini benar, atau sebenarnya terdapat penjelasan lanjut yang perlu difahami?

Udara Segar, Kopi Sedap di koffeePOP

Tak jauh dari ibu kota, ada port chill di tengah kehijauan hutan Bukit Lagong, Selayang. Makanan simple tapi sedap, kopi pula memang mantap. Kalau bawa famili, anak-anak confirm teruja sebab boleh tengok kuda dan burung unta dari dekat. Air terjun pun tak jauh, sesuai untuk rendam kaki sekejap dalam air sungai yang sejuk menyegarkan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑