7 Sifat Lelaki Yang Wanita Senangi

Dalam memilih pasangan hidup, bukan lelaki sahaja yang perlu berkenan dengan pasangannya, wanita juga diberi pilihan untuk memberi kata putus samada setuju atau tidak untuk memeterai sesebuah perkahwinan. Bagi lelaki yang sedang aktif mencari pasangan hidup, mymuslimin.com menyenaraikan 7 perangai lelaki yang kaum Hawa senangi pada bakal pasangannya. Jika merasakan diri perlu diperbaiki diri, berusahalah mulai hari ini. 

5 Cara Menghindari Hubungan Sulit Di Pejabat

Apakah penyebab hubungan sulit di pejabat terjadi dan bagaimanakah cara untuk mengelak daripada terlibat sama jika anda sudah mempunyai keluarga? Dan bagaimana untuk menjaga tatasusila jika anda masih bujang dan sedang mencari pasangan? Jangan dituding jari kepada lelaki sahaja, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 

6 Tanda Anda Sedang Berada di Dalam Perhubungan Toksik

Kadang-kadang kita pelik apabila melihat perkahwinan yang tidak bahagia tetapi kedua pasangan masih kekal bersama walaupun bertengkarnya dua puluh empat jam, berselisih fahamnya sudah bertahun, bermasam muka tiada keserasian sentiasa. Ini kerana, mereka sedang berada dalam perhubungan toksik tetapi keduanya tidak mencari jalan keluar dan membiarkan diri terseksa.

Mengawal Pergaulan Anak Lelaki Dengan Sepupu Perempuan

Saya tinggal bersama anak lelaki saya yang sudah remaja. Apabila sepupu perempuan datang ke rumah, anak lelaki saya kerap curi-curi. Masalahnya, rumah kami ada satu bilik sahaja dan kebiasaannya, saya tidur di ruang tamu bersama anak buah saya, sedangkan anak lelaki saya tidur di dalam bilik. Wajarkah saya menghalang anak buah saya daripada datang ke rumah saya kerana risau dengan perangai anak saya?

Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri Semasa Iddah 

Saya ingin bertanya tentang permasalahan iddah jika bercerai hidup. Apakah kewajipan dan tanggungjawab bagi suami semasa tempoh iddah? Apakah kewajipan dan tanggungjawab bagi isteri semasa tempoh iddah? Jika isteri minta untuk keluar terus dari rumah suami dan tinggal berasingan semasa tempoh iddah, adakah ini dibolehkan? 

Saya Murung. Adakah Talak Sudah Jatuh?

Saya bergaduh dengan isteri dan isteri menghantar Whatsapp nak bercerai. Dia tulis berkali-kali CERAI....CERAI.....CERAI. Saya baca, saya fobia, saya cuba nak padam mesej perkataan cerai tu, tapientah macam mana saya tertekan emoji tanda tangan "thumbs up". Saya takde niat nak bercerai pun, niat saya hanya nak padam mesej itu. Adakah sudah jatuh talak? Mohon bantu saya, saya murung sekarang.

Adakah Boleh Tarik Semula Lafaz Ta’liq?

Isteri menerangkan contoh lafaz ta’liq kepada suami seperti “ kalau kau keluar daripada rumah ini, kau tertalaq”, kemudian isteri bertanya kepada suaminya, adakah dia pernah melafazkan ta’liq tersebut, lantas suami menjawab “ada” dan terus kemudian berkata “mana ada, main-main sahaja”. Adakah jatuh talaq sekiranya tidak melafazkan dan hanya menjawab “ada”? Sekiranya sabit talaq, adakah dibolehkan tarik semula lafaz ta'liq?

Kaulah Sakina Ku

Salah satu sumber kebahagian terbesar di dunia ini ialah mempunyai pasangan penyayang yang soleh/solehah. Rasulullah SAW bersabda, “Segala sesuatu di dunia ini adalah sumber kebahagiaan, dan sumber kebahagiaan yang paling besar adalah pasangan yang solehah.” Usaha itu perlu datang dari kedua belah pihak kerana jika sebelah sahaja yang melakukannya, selalunya akan mengakibatkan kekecewaan dan kebencian.

Apakah Maksud Nikah Tahlil/Muhallil?

Mengikut jumhur ulama’ Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi menyatakan bahawa nikah tahlil/muhallil ini adalah pernikahan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi satu atau lebih syarat daripada syarat pada rukun nikah, kerana itu nikah ini tidak sah dan ia merupakan nikah fasid atau nikah batil.

Khuluk Dan Permintaan Cerai 

Perbezaan antara talak biasa dengan khulu’ ialah talak berlaku dengan kehendak suami manakala khulu’ berlaku dengan kemahuan isteri dan nekad untuk bercerai. Ikuti penjelasan tentang khulu’ dan natijahnya.  

Rahsia Bahagia: Cinta Utuh Kerana Konsistensi Dalam Membuat Keputusan

Apakah yang dinamakan cinta? Ada yang mendakwa cinta itu turun dari mata ke hati, pandangan pertama membibitkan rasa cinta dan kasih di sanubari. Ramai juga yang mengaitkan perasaan cinta dengan aksi romantis apabila pasangan kerap menghadirkan layanan istimewa di hari-hari bermakna. Tak kurang juga yang berkata cinta itu hadir dengan kemewahan, kemampuan, dan kesudian untuk memberi apa sahaja kepada pasangan pada bila-bila masa. Jadi, apakah sebenarnya cinta? 

Blog at WordPress.com.

Up ↑