Imam al-Sanusi, seorang ulama akidah terkenal, dalam kitab al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis. Pemahaman terhadap pembahagian ini amat penting agar kita dapat menjaga akidah dan memurnikan ibadah kepada Allah SWT.
Pendirian Islam Berkenaan Sihir
Apakah pendirian Islam berkenaan sihir?
Apakah Amalan yang Berada dalam Syirik Aghrad
Berkaitan dengan Syirik Aghrad, yang didefinisikan sebagai beramal kerana selain daripada Allah SWT, sejauh manakah skop amalan yang dimaksudkan itu?
Kemurnian Akidah Dalam Menangani Budaya Khurafat Dan Tahyul
Mengapakah masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya orang Melayu, yang mudah mempercayai cerita-cerita tahyul dan hantu seperti kisah "Cikgu Nina dan pocong" yang tular baru-baru ini, sedangkan kepercayaan seperti ini jelas menyeleweng daripada ajaran Islam dan boleh menyesatkan akidah umat?
Status Agama Individu
Setahu saya, kita dilarang panggil seseorang yg kafir itu sebagai Muslim. Contohnya jika seseorang itu jelas menolak Islam, maka kita tak boleh panggil dia muslim kerana jelas dia kafir. Kenapa sistem di Malaysia banyak menghalang orang kafir dari mendaftar status mereka sebagai kafir?
Bagaimana Melakukan Islah, Perubahan Ke Arah Kebaikan?
Bagaimanakan untuk melakukan islah iaitu perubahan ke arah kebaikan, melakukan yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar?
Adakah Memadai Keimanan Kepada Kewujudan Allah Swt Dengan Keyakinan Di Dalam Hati Sahaja Tanpa Mempunyai Dalil?
Saya suka baca buku agama dan saya berasa tenang dan yakin bahawa Allah SWT itu wujud tanpa saya ada hujah untuk membuktikannya. Adakah memadai keimanan saya kepada Allah SWT dengan rasa tenang dan tenteram walaupun jika ditanya, saya tidak tahu bagaimana untuk membuktikannya?
Sifat 20 Allah SWT Berserta Maksudnya
Untuk mencintai Allah SWT dengan lebih mendalam, adalah penting dan wajib bagi kita sebagai hamba-Nya untuk mengenal sifat-sifat-Nya. Sifat-sifat Allah mencerminkan kebesaran, keadilan, dan kasih sayang-Nya terhadap seluruh makhluk-Nya.
Adakah Boleh Kita Sandarkan Segala Keputusan Kepada Allah?
Terdapat sebahagian orang yang dilihat “beragama” sering menyandarkan tindakan dan keputusan yang mereka buat kepada Allah SWT. Adakalanya mereka mengatakan bahawa keputusan itu adalah pilihan Allah dan bukan pilihan mereka. Mereka hanya diibaratkan seperti pelakon sedangkan Allah adalah director sebenarnya. Adakah tanggapan sebegini tepat menurut agama?
Mengapa Kita Belajar Sifat 20
Ada sebahagian orang yang menentang pengajian sifat 20 sedangkan ianya telah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh umat Islam. Mereka yang menentang pengajian tersebut dengan pelbagai alasan yang sangat lemah sekali. Oleh itu begitu penting sekali kita mengetahui mengapa kita belajar sifat 20.
Penggunaan ‘Oh My God’ dalam Subtitle Rancangan TV
Ketika menonton filem dari negara barat ataupun filem Korea dengan subtitle dan kita membaca subtitle tersebut yang menulis Oh My God atau kita membaca di media sosial perkataan tersebut dan kita percaya bahawa God itu merujuk kepada ALLAH, adakah ini dibenarkan syarak?
Penyebaran Fahaman Aliran Abdullah Al Harari Atau Dikenali Ahbash Di Malaysia
Apakah fatwa terkini berhubung penyebaran fahaman aliran daripada pengasasnya Abdullah Al Harari atau lebih dikenali dengan panggilan Ahbash?
Hukum Beramal Untuk Mendapatkan Khadam Ayat
Khadam dari sudut istilahnya dalam konteks ini adalah pembantu manusia dalam kalangan jin.Khadam ayat ini terkenal dalam kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Jadi, sebagai muslim bolehkah kita mengamalkannya?
Adakah Mukjizat Dikhususkan Kepada Nabi Sahaja?
Saya mendengar di dalam ceramah yang mengatakan mukjizat tidak dikhususkan kepada para Nabi sahaja, tetapi juga turun kepada manusia selain nabi. Adakah maksudnya mukjizat boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada para sahabat, alim ulama dan orang awam?
8 Nama Syurga Yang Disebut Dalam Al-Quran
Syurga mempunyai tingkat dan penghuninya yang berbeza mengikut amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia. Terdapat 8 nama-nama syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT akan ganjaran oleh-Nya yang mentaati dan bertaqwa kepada-Nya yang disebut di dalam Al-Quran.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Nabi Isa Al-Masih As Dalam Al-Quran?
Agama Islam, Kristian dan Yahudi memiliki pemahaman yang berbeza tentang Nabi Isa al-Masih AS. Perbezaan yang demikian memberi implikasi yang besar dari aspek akidah terhadap Nabi Isa al-Masih AS. Ikuti perbahasan Nabi Isa al-Masih AS dalam al-Quran.
Syahadah Ulangan?
Apabila ada pemimpin dari sesuatu jemaah atau kumpulan mensyaratkan bahawa orang yang telah Islam perlu bersyahadah di hadapan ulama, ini bukanlah dari ajaran Islam yang sebenar, tetapi hanyalah hasil rekaan palsu kelompok tertentu. Mereka menyamakan antara syahadah dengan bai'ah, seolah-olah orang yang tidak berbai'ah dengan kelompok mereka, masih belum muslim. Syahadah ulangan hanya perlu dilakukan oleh mereka yang murtad, itu pun dengan adanya perintah rasmi dari pihak berkuasa agama.
Cerai Mubarat Bercanggah dan Menyeleweng Daripada Ahli Sunah Wal Jama’ah
Cerai Mubarat ialah proses amalan perceraian yang diamalkan oleh pengikut Mazhab Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jama'ah. Oleh itu dinasihatkan supaya menjauhinya dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu dan kumpulan yang mengamalkannya.
Adakah Saya Jatuh Murtad?
Baru-baru ini saya bergaduh dengan pasangan dan ini memberi tekanan pada saya sehingga terkeluar ayat "ya memang pun saya tak ada agama". Saya tidak bermaksud untuk keluar dari agama tetapi perasaan marah saya membuatkan saya meluahkan ayat tersebut. Adakah saya telah jatuh murtad?