Kenali Masjid Jamek Tanjong Malim

Masjid Jamek Tanjong Malim di Tanjung Malim, Perak, adalah sebuah mercu tanda agama dan sejarah yang telah menjadi saksi perjalanan masyarakat setempat selama hampir seabad. Masjid ini mula dibina pada 10 Disember 1918, di Kampung Kubu (dulu dikenali sebagai Tanjung Jambu), kawasan penempatan awal penduduk. 

Sonny Bill & Masjid Bersejarah Australia

Baru-baru ini Sonny Bill Williams berkongsi gambar di akaun X beliau ketika berada di Masjid Broken Hill di New South Wales, Australia. Lawatan itu mencuri perhatian kerana masjid tersebut bukan sekadar tempat ibadah, tetapi sebahagian daripada sejarah awal komuniti Muslim di pedalaman Australia.

Kenali Masjid: Masjid India Muslim, Ipoh

Masjid India Muslim Ipoh mula dibina pada tahun 1905 atas usaha komuniti pekerja India yang dibawa masuk oleh seorang tokoh hartawan India Muslim, Shaik Adam Mohammad Ghaus. Beliau bukan calang-calang orang – pengasas Kinta Ice Works dan Kinta Aerated Water Factory, serta dipercayai pembekal tunggal ais di Ipoh ketika itu.

Kenali Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong

Terletak di Bandar Kinrara 5, Puchong, Masjid Al-Ehsan merupakan pusat ibadah dan komuniti utama bagi masyarakat setempat. Pembinaannya bermula pada 1 Januari 2001 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 9 Jun 2006. Dibina di atas tanah seluas 1 ekar, masjid ini mampu menampung sehingga 5,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Kenali Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Negara dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965 oleh Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Jamalullail. Dibina sebagai simbol kemerdekaan negara, ia menjadi mercu tanda Islam moden di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Kenali Masjid Jamek Batu Arang

Di tengah-tengah pekan kecil Batu Arang, Selangor – sebuah tempat yang suatu ketika dahulu menjadi pusat perlombongan arang batu terbesar di Tanah Melayu – berdirilah Masjid Jamek Batu Arang. Dibina pada tahun 1970-an dengan konsep seni bina Melayu tradisional, masjid ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah, tetapi juga penanda sejarah bagi komuniti Muslim setempat.

Kenali Masjid: Masjid Al-Muhtadin, Bidor, Perak

Di tengah pekan Bidor, Perak, berdiri teguh sebuah rumah ibadat yang bukan sekadar tempat solat – tetapi juga saksi bisu kepada sejarah dan perpaduan masyarakat setempat. Masjid Al‑Muhtadin, yang asalnya dikenali sebagai Masjid Bidor, dibina sekitar tahun 1930 hasil gotong‑royong penduduk kampung di tebing Sungai Bidor.

Kenali Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Masjid Jamek Cina Muslim Klang yang terletak di Bandar Botanik merupakan hasil inisiatif bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan agensi-agensi kerajaan lain. Masjid mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah dengan kos pembinaan sekitar RM30 juta.

Kenali Brick Lane Jamme Masjid, London

Pernah menjadi gereja dan kemudian sinagog, Brick Lane Jamme Masjid di London mencerminkan sejarah migrasi dan kepelbagaian agama selama berabad-abad. Kini sebagai masjid yang aktif di Tower Hamlets, ia menjadi pusat rohani komuniti Muslim serta simbol perpaduan antara budaya dan kepercayaan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑