Cara Mengimarahkan Masjid

Sabda Nabi s.a.w: “Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Guru Dan Kemuliaannya

Sebagai menghargai jasa para pendidik ini dalam bersusah payah dan berpahit jerih membentuk generasi hadapan, marilah kita membincangkan tajuk berkenaan kemuliaan seorang guru menurut perspektif Islam.

Bolehkah Menggunakan Mimpi Sebagai Hujah Dan Mempercayai Takwilannya?

Para ulama’ membahagikan mimpi kepada tiga bahagian. Tafsir mimpi tidak boleh dipelajari oleh sebarangan orang kecuali golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk mengetahui rahsia-rahsianya. Tafsir dan takwil mimpi hendaklah datang daripada orang yang beramal soleh, bersikap jujur dan sentiasa berkata benar. Hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja merupakan mimpi yang benar yang dijadikan sumber hukum serta merupakan hujah syarak, kerana mereka dilindungi Allah SWT dan terlepas daripada mainan syaitan.

Bilakah Azan Jumaat Yang Pertama Dikumandangkan, Ketika Masuk Waktu Atau Sebelumnya?

Mengapakah azan solat jumaat di Wilayah tidak sama waktu seperti yang dilaungkan pada zaman Saidina Usman RA, bukankah pada zaman beliau azan dilaungkan kira-kira 30 minit sebelum masuk waktu dan azan kedua semasa masuk waktu. Di Wilayah dan kebanyakan negeri, azan pertama dilaungkan pada masuk waktu dan azan kedua selepasnya dalam lebih kurang 10 minit. Mengapakah terdapat perbezaan dalam hal ini dan bolehkah ia diubah?

Nama Anak-Anak Iblis

Syaitan dan Iblis sentiasa berada di sekitar kita dan tujuan utama mereka ialah untuk menyesatkan anak Adam. Dengan mengetahui apa yang mereka tumpukan, peliharalah diri kita daripada syaitan yang direjam.

Adakah Jin Juga Mati Seperti Manusia?

Firman Allah SWT: أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِم مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ Maksudnya: Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi. (Surah al-Ahqaf 46:18)

Kenali London Central Mosque

Pada tahun 1940, Kerajaan British telah dipujuk untuk mempersembahkan tapak di London kepada komuniti Islam Great Britain. Kabinet perdana menteri Winston Churchill kemudian membenarkan pengambilalihan tapak untuk membina sebuah masjid di London pada 24 Oktober 1940. Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini hanya bermula pada tahun 1974.

Blog at WordPress.com.

Up ↑