Dabbatul Ard (دابة الأرض): Hakikat Dan Kemunculannya

Berdasarkan kepada himpunan nas, beberapa ciri Dabbatul Ardh, antaranya: Ia merupakan haiwan yang aneh, tidak seperti haiwan yang biasa, berbulu, berkaki empat dan berkuku, tidak berekor, bertanduk, tinggi dan besar. Ia boleh berkata-kata dan memahami bahasa manusia. Ia akan berkata kepada orang yang tidak beriman bahawa manusia telah tidak lagi meyakini ayat-ayat Allah seperti terakam dalam surah al-Naml ayat 82.

Dajjal: Hakikat Dan Tanda Akhir Zaman

Dajjal merupakan fitnah yang paling dahsyat yang akan berlaku di akhir zaman. Oleh itu, Nabi SAW sentiasa memberi pesanan kepada umatnya agar berjaga-jaga dengan fitnah ini. Semoga pencerahan ini dapat menjelaskan tentang Dajjal dan kemunculannya.

Demam Penghapus Dosa

Dalam kitab as-Sunan daripada Abu Hurairah RA berkata: “Suatu ketika ada orang yang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.” (Riwayat Ibn Majah).

Blog at WordPress.com.

Up ↑