Larangan Mempercayai Bulan Sial & Mandi Safar

Sekarang ini sedang tular di media sosial kononnya akan turun beribu-ribu bala pada 13 September 2023 yang jatuhnya pada Rabu terakhir bulan Safar. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini ingin menghidupkan semula kepercayaan sial pada Rabu terakhir bulan Safar dan kemudian menyarankan ‘amalan-amalan’ yang perlu dilakukan masyarakat untuk menolak bala seperti mandi safar. Jauhilah kepercayaan dan amalan khurafat ini. Marilah kita berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang khurafat Amalan Bulan Safar ini. 

Mendalami Ilmu Sains Membawa Kepada Iman 

Sesungguhnya ilmu sains bukanlah musuh iman dan bukan lawannya. Malah ilmu merupakan bukti yang membawa kepada beriman. Ini kerana seorang ahli ilmu lebih berkemampuan dari yang lain dalam memerhatikan ikatan keselarasan dan kemantapan yang wujud dalam alam kejadian ini.

The Faith Conference Returns!

The Faith Conference will be making its comeback on 16 & 17 September 2023! Insya Allah, three notable speakers will be sharing valuable knowledge and reminders -- Yahya Ibrahim, Ali Hammuda and Dunia Shuaib.

Mengenali 8 Ciptaan Allah SWT Yang Unik

Sebagai hamba Allah SWT, kita disarankan untuk melihat ciptaan alam semesta, langit, bumi, bintang serta makhluk-makhluk Allah SWT untuk mengenali pencipta kita yang satu. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran di mana Allah SWT menyuruh manusia memerhatikan penciptaan-Nya untuk menambah taqwa kepada-Nya. Mymuslimin.com membawakan 8 makhluk unik untuk kita merenung kebesaran Allah SWT.

Tahukah anda ‘Earth’ itu Bahasa Arab أرض? 

Kata pinjaman ialah perkataan yang diterima pakai daripada bahasa asing dengan sedikit atau tiada pengubahsuaian. Sebilangan besar perkataan Inggeris yang berasal dari bahasa Arab berpunca daripada perdagangan antarabangsa, penaklukan, penerokaan dan penghijrahan. Kali ini Mymuslimin.com membawakan 12 perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Arab untuk menambah pengetahuan am kita semua.

Blog at WordPress.com.

Up ↑