Dalam menghadapi fenomena masyarakat yang suka kepada budaya tular ini, hendaklah kita berwaspada daripada terjebak dalam kejelikan, unsur fitnah dan adu domba yang boleh memecah belahkan masyarakat. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seorang mukmin, maka Allah akan menempatkannya di dalam Radghatal Khabal (iaitu neraka yang penuh nanah dan darah penghuninya) sehingga dia menarik balik apa yang dikatakannya.”
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Bersiap Menghadapi Kepastian
Orang yang banyak mengingati mati dan mempersiapkannya dengan iman yang benar, tauhid yang murni, amal yang soleh, dengan landasan niat yang ikhlas, itulah orang-orang yang paling berakal.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Damba Redha Di Hari Arafah
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru radhiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi)
Teks Khutbah Jumaat (WP): Mujahadah Arafah: Menyulam Taubat Meraih Maghfirah
Sempena Hari Arafah ini carilah keampunan dan kembalilah kepada Allah. Perbanyakkan zikir mengagungkan nama Allah, lantunkanlah doa-doa dengan penuh pengharapan dan kerendahan diri, tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran yang menenangkan jiwa, dan hulurkanlah tangan membantu sesama sebagai wujud kepedulian dan kasih sayang. Marilah kita bersatu hati memohon keampunan atas segala dosa dan noda, serta mengharap agar Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. Semoga air mata taubat kita di hari ini menjadi saksi kerinduan kita kepada-Nya.
Teks Khutbah (WP): Zulhijjah: Menguji Cinta Kepada Allah
Kita kini berada di ambang bulan Zulhijjah, bulan yang penuh dengan keutamaan dan keberkatan. Secara khusus, 10 hari pertama bulan ini memiliki kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula amalan padanya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid.”
Teks Khutbah (Khas): Dirgahayu Tuanku: Raja Dikasihi, Negara Diberkati
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemelihara agama, penyatu bangsa, dan pengaman negara. Kesetiaan kepada Raja bukan sekadar budaya, tetapi tuntutan agama yang dirakam dalam al-Quran. Kewajipan saling mendoakan di antara Raja (pemimpin) dan rakyat merupakan salah satu prinsip penting dalam Islam bagi mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan kasih sayang antara satu sama lain.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Kasih Ibu, Jalan Ke Syurga
Ibu bukan sekadar gelaran. Ibu ialah insan yang membawa kita ke dunia dengan penuh pengorbanan. Jadi marilah kita terus menghargai ibu, setiap hari dalam hidup kita. Teruslah taat, berbuat baik dan gembirakan hati mereka. Semoga dengan berbakti kepada ibu, Allah SWT membuka jalan ke syurga untuk kita semua.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Guru Jantung Bangsa, Pemacu Ummah Berjaya
Pada hari yang mulia ini, marilah kita menginsafi betapa pentingnya ilmu dalam membina insan dan umat. Ilmu adalah cahaya yang menghancurkan kejahilan, membimbing langkah menuju keredaan, meninggikan darjat insan, memajukan keluarga, dan menguatkan tiang masyarakat. Dan ilmu itu tidak akan sampai tanpa guru yang berjuang.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Amanah Dikhianati, Ibadah Dinodai
Dalam keghairahan untuk menunaikan ibadah Haji, jauhilah sebarang bentuk penipuan, walaupun dengan niat yang baik. Islam tidak pernah menghalalkan cara yang salah walau tujuannya mulia. Nabi Muhammad SAW telah memberi amaran keras. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis riwayat Imam Muslim)
Teks Khutbah Jumaat (WP): Hebahkan Pernikahan, Sempurnakan Tuntutan
Pernikahan adalah wadah untuk meraih kebahagiaan dalam kehidupan. Pastikan ia disempurnakan menurut pedoman syariat.
Apakah Hukum Jika Khatib Terlupa Duduk Antara Dua Khutbah?
Khatib dan imam di tempat saya terlupa untuk duduk di antara dua khutbah Jumaat. Para jemaah di masjid ini masin-masing tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Kami hanya mengikut imam dan khatib sehingga selesai solat. Apakah yang perlu kami lakukan adakah sah solat Jumaat kami?
Teks Khutbah Jumaat (Negeri Sembilan): Masjid, Medan Ibadah, Ilmu Dan Silaturahim
Secara asasnya peranan utama masjid ialah sebagai pusat ibadat dan lambang penyatuan ummah. Setiap jiwa menginginkan masjid yang dibina menjadi tempat yang mendamaikan, menyatukan hati umat dalam suasana penuh rahmat dan kasih sayang. Akan tetapi, kadangkala hasrat murni ini terganggu disebabkan oleh sikap segelintir pihak yang tidak dapat mengawal emosi yang didorong oleh kecenderungan peribadi.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Berkat Dalam Keringat
Bekerja merupakan satu tuntutan dalam Islam. Dengan bekerja, kita meraih pendapatan, nafkah isteri dan keluarga dapat dilunaskan, ekonomi negara bergerak seiring kemajuan serta rakyat dapat hidup penuh kecukupan dan kesyukuran. Justeru, bersifat amanahlah dalam bekerja. Laksanakan setiap tugasan tanpa culas, mematuhi peraturan waktu bekerja dan menjaga sehabis baik aset-aset dan kewangan pejabat yang dipertanggungjawabkan.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Bangkit Bersama Iman, Menuju Redha Ar-Rahman
Hari ini, kita hidup dalam zaman yang penuh fitnah dan mencabar. Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran sosial yang menggugat iman dan akhlak umat. Lantas, nasihati antara satu sama lain dan bimbinglah mereka yang telah tergelincir untuk masuk semula ke landasan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Noktahkan Normalisasi Maksiat
Apabila lisan biasa memaki hamun, mata atau telinga selalu melihat yang haram, lama-kelamaan akan tercabut rasa bersalah. Malah kadangkala menimbulkan ketagihan pada dosa sehingga sukar ditinggalkan. Solusi kepada normalisasi dosa hanyalah dapat dibasmi dengan normalisasi pahala. Biarlah trend yang tular adalah perkara berpahala dan bermanfaat.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Lisan Yang Berhikmah
Lisan kita merupakan anugerah Allah SWT yang sangat berharga. Dengannya, kita mampu mengucapkan kalimah syahadah, berzikir, menyampaikan ilmu dan kebenaran. Namun pada masa yang sama, lisan juga boleh menjadi punca kehancuran diri sendiri dan orang lain.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Solat Azimat Keramat
Solat menjadi tonggak utama kepada seluruh ibadah lain dan mesti dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Solat bukan sekadar kewajipan dan tanggungjawab, ianya penguat jiwa insan dalam menghadapi cabaran kehidupan. Namun, amat menyedihkan apabila masih ramai dalam kalangan umat Islam yang mengabaikan solat atau mendirikannya secara sambil lewa, tanpa ilmu dan tidak sempurna.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Dirai, Ukhuwah Dipeduli
Memeriahkan sambutan Syawal memberikan kita peluang yang besar untuk memperkukuhkan silaturahim bersama keluarga, jiran tetangga, dan rakan taulan. Oleh itu, sambutan secara berperingkat dalam tempoh sebulan ini selari dengan semangat Islam yang meraikan kepelbagaian dan memudahkan urusan umatnya.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Istiqamah Penyubur Jiwa Kehambaan
Nilai sebenar iman kita ialah istiqamah dalam ketaatan. Sedarlah, jika kita bersungguh-sungguh beribadah kerana Allah SWT bukan hanya kerana Ramadan, sudah pasti kesan tarbiah dan ibadah di bulan berkat itu dapat kita raih. Kesungguhan beramal tidak seharusnya terhenti dengan berakhirnya Ramadan, bahkan ia mesti berkesinambungan sepanjang masa selagi hayat dikandung badan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Muhasabah Keinsafan Di Penghujung Ramadan
Ukuran sebenar kejayaan Ramadan bukan pada jumlah solat atau sedekah kita. Ramadan hadir untuk membentuk jiwa hamba di dalam diri dan kekal menjadi hamba Allah meskipun selepas Ramadan berakhir. Jika selepas Ramadan kita kembali kepada kelalaian, maka di manakah nilai sebenar Ramadan kita?