Ketaatan kepada Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah suatu yang telah diputuskan dalam Islam dan ia termasuk urusan kutipan zakat. Walaupun ketaatan kepada Ulil Amri ini tuntutan syarak, masih lagi terdapat kes ejen yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri tertentu telah mengutip zakat di negeri Selangor, iaitu di luar kawasan yang diperuntukkan. Cuba kita bayangkan, zakat yang dibayar kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, yang disangka sah rupa-rupanya tidak sah dan kewajipan berzakat masih lagi belum tertunai.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Makanan Di Neraka
Apabila disebut “neraka”, kita terus tergambar keadaan yang mengerikan dan seksaan yang teramat pedih. Neraka, dengan pelbagai macam seksa di dalamnya semakin terbayang mengerikan apabila kita mengetahui makanan-makanan yang disediakan untuk penghuninya berupa makanan dan minuman yang amat menjijikkan dan semakin menambah pedihnya seksa. Apakah makanan dan minuman yang disediakan di neraka nanti?
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bahaya Ancaman Ateis
Fahaman Ateis bertitik tolak dari kegagalan untuk mengenali Allah SWT sebagai Pencipta alam. Ada yang mendapat sedikit pendedahan tentang agama tetapi kerana tidak menambah ilmu, mereka hanya mengkaji sendiri lalu membuat kesimpulan mudah bahawa Allah SWT, alam ghaib dan akhirat tidak pernah wujud. Fahaman Ateis sangat merbahaya dan fahaman ini terus berkembang sehingga hari ini. Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama Islam dengan sempurna dan tidak berhenti menuntut ilmu dan perlu cakna dengan perkembangan pemikiran menyeleweng terutama dalam media atas talian.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Nasihat Buat Umat
Kebelakangan ini, mimbar melihat wujud suasana kurang harmoni dalam kalangan masyarakat terutamanya kalangan umat Islam sendiri dalam beberapa isu. Perbezaan pendapat merupakan lumrah dan berlaku disebabkan oleh terdapat perbezaan ilmu, kefahaman, pengalaman, persekitaran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jika tidak dikawal dengan bijak, akan mewujudkan jarak sempadan dalam kalangan masyarakat.Perbahasan dan pertelingkahan yang diheret di media-media sosial hanya akan mengundang fitnah dan kesan buruk yang lebih besar. Bukankah Islam sangat mengutamakan kasih sayang dan budaya saling menghormati antara satu sama lain?
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Imam Mahdi: Antara Kebenaran Dan Penyelewengan
Kita perlu mengenal pasti perbezaan antara tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dengan pengakuan palsu dan karut individu atau kelompok tertentu berhubung dakwaan Imam Mahdi sehingga sanggup membuat takwilan yang tidak berasas dengan mengaitkannya dengan bangsa Melayu serta mentakwilkan hadis sesuka hati untuk menyokong dakwaan yang dikeluarkan, walaupun ianya jelas menyeleweng dari tafsiran muktabar dalam kalangan ulama.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Berbicara Penuh Hikmah, Budayakan Kalimah Tayyibah
Budayakan kalimah tayyibah dalam berbicara dan berinteraksi secara lisan atau tulisan. Kita rindukan kehidupan bermasyarakat yang penuh kasih sayang, saling menghormati dan menjalin keharmonian. Hindari perkataan-perkataan yang buruk dan tercela yang bercanggah dengan identiti umat ini. Kembalikan keindahan budi pekerti yang dianjurkan Islam.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ahli Sunnah Wal-Jamaah: Benteng Akidah Zaman-Berzaman
Malaysia merupakan sebuah negara majoriti umat Islam yang menganut fahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah. Islam mula bertapak di alam Melayu dengan fahaman akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Sehingga hari ini, ia telah berjaya diterapkan dengan baik dan sempurna. Oleh itu, marilah sama-sama kita bersatu padu dalam menjayakan usaha murni ini demi memelihara akidah dan keharmonian beragama.
Teks Khutbah Jumaat: Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Perceraian
Perkahwinan merupakan suatu ibadah dalam Islam. Ia juga merupakan satu ikatan perjanjian yang diikat oleh Allah SWT antara seorang lelaki (suami) dengan seorang perempuan (isteri). Pimpin dan bimbinglah keluarga kita ke jalan yang diredai Allah SWT agar bersama-sama mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta perkahwinan yang diimpikan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Amalkan Kesederhanaan, Hindari Ketaksuban
Khutbah kali ini mengingatkan jemaah agar menghindari ketaksuban. Kembalilah ke pangkuan Islam yang sebenar. Berwaspadalah dengan apa juga bentuk ajaran dan fahaman ekstrem. Apa juga bentuk kesesatan dan kezaliman kerana ia diharamkan Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kenapa GISBH Buat Begini Kepada Kanak-Kanak?
Laporan menyebutkan beberapa kesalahan serius yang disyaki dilakukan oleh GISBH adalah seperti penderaan terhadap pelajar, eksploitasi terhadap kanak-kanak, buruh paksa, kesalahan jenayah seksual termasuk liwat di beberapa rumah amal termasuklah di sekolah-sekolah agama Islam di bawah kendalian pihak GISBH sendiri. Kenapa ini berlaku?
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Berpegang Atas Manhaj Yang Benar
Negara kita telah menetapkan bahawa pegangan umat Islam di negara ini ialah berdasarkan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Lalu, bagaimana yang dikatakan sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah, ketika masing-masing mendakwa merekalah Ahli Sunnah wal Jamaah?
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Teladan Rasulullah SAW Dalam Bernegara
Pada bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW ini, umat Islam juga seharusnya mencerminkan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kasih sayang dan rahmah.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Eratkan Dakapan, Tingkatkan Keprihatinan
Mutakhir ini kita dipaparkan dengan pelbagai isu yang melibatkan eksploitasi dan jenayah terhadap kanak-kanak. Sesungguhnya, kebimbangan kita adalah dituntut. Agar nanti lahir tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil selaras ingatan Allah SWT di dalam Al-Quran.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Andai Baginda Masih Ada
Kita kini berada di bulan penuh keberkatan dan limpahan rahmat. Padanya lahir insan yang teragung dan rasul yang terulung, nabi kita Muhammad bin Abdullah, Rasulullah, kekasih Allah. Rabiulawal yang hadir bagaikan penawar hati buat umat yang sentiasa merindui dan mencintai baginda. Sempena bulan Maulidurrasul ini marilah sama-sama kita menghayati khutbah bertajuk “Andai Baginda Masih Ada”.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Zakat Memurnikan Jiwa Insan
Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang berkelayakan. Zakat pendapatan sewajarnya ditunaikan di tempat kita bekerja dan mencari rezeki. Jika kita bekerja di Wilayah Persekutuan tetapi menetap di luar Wilayah Persekutuan, maka adalah lebih utama kita mengeluarkan zakat di Wilayah Persekutuan. Apatah lagi jika kita menetap dan berkerja di Wilayah Persekutuan, sewajarnya zakat ditunaikan di sini.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Sudahkah Kita Merdeka?
Kemerdekaan di sisi Islam ialah kebebasan atau pelepasan diri daripada segala belenggu dunia yang mengikat diri makhluk yang dicipta kepada ketundukan terhadap Khalik Yang Maha Esa. Hanya dengan ajaran serta amalan agama yang benar manusia dapat dimerdekakan daripada kejahilan, kegelapan dan kezaliman.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Membangun Jiwa Merdeka
Bersempena sambutan hari kemerdekaan negara yang akan kita sambut esok, mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk, “Membangun Jiwa Merdeka”.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Tanggungjawab Umat Terbaik
Khutbah hari ini menyeru untuk kita sama-sama merenung dan menghayati tanggungjawab kita sebagai umat terbaik yang diamanahkan melaksanakan amar makruf, nahi mungkar dan beriman kepada Allah SWT. Ini adalah tugas dan tanggungjawab setiap muslim, termasuk pemerintah dan institusi-institusi pemerintahan yang melaksanakan dasar dan penyampaian kepada rakyat.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Pertahankan Kesucian Rumah Allah
Usaha mempertahankan dan membela Masjid Al-Aqsa akan dapat dijayakan jika umat Islam kembali membangunkan peranan masjid-masjid mereka dan kita semua bertanggungjawab untuk mengembalikan kemuliaan dan kesucian masjid agar ia dipandang tinggi dan dihormati di mata dunia.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Riak Dalam Beribadah
Islam amat menjaga umatnya agar sentiasa berada pada jalan yang benar. Umat Islam dididik supaya sentiasa menjaga akhlak dengan mengeluarkan daripada dalam diri sifat-sifat mazmumah dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah. Antara sifat-sifat mazmumah yang wajib dihindari adalah sifat riak.