Teks Khutbah Jumaat (WP): Andai Baginda Masih Ada

Kita kini berada di bulan penuh keberkatan dan limpahan rahmat. Padanya lahir insan yang teragung dan rasul yang terulung, nabi kita Muhammad bin Abdullah, Rasulullah, kekasih Allah. Rabiulawal yang hadir bagaikan penawar hati buat umat yang sentiasa merindui dan mencintai baginda. Sempena bulan Maulidurrasul ini marilah sama-sama kita menghayati khutbah bertajuk “Andai Baginda Masih Ada”.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Zakat Memurnikan Jiwa Insan

Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang berkelayakan. Zakat pendapatan sewajarnya ditunaikan di tempat kita bekerja dan mencari rezeki. Jika kita bekerja di Wilayah Persekutuan tetapi menetap di luar Wilayah Persekutuan, maka adalah lebih utama kita mengeluarkan zakat di Wilayah Persekutuan. Apatah lagi jika kita menetap dan berkerja di Wilayah Persekutuan, sewajarnya zakat ditunaikan di sini.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Sudahkah Kita Merdeka?

Kemerdekaan di sisi Islam ialah kebebasan atau pelepasan diri daripada segala belenggu dunia yang mengikat diri makhluk yang dicipta kepada ketundukan terhadap Khalik Yang Maha Esa. Hanya dengan ajaran serta amalan agama yang benar manusia dapat dimerdekakan daripada kejahilan, kegelapan dan kezaliman. 

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Tanggungjawab Umat Terbaik

Khutbah hari ini menyeru untuk kita sama-sama merenung dan menghayati tanggungjawab kita sebagai umat terbaik yang diamanahkan melaksanakan amar makruf, nahi mungkar dan beriman kepada Allah SWT. Ini adalah tugas dan tanggungjawab setiap muslim, termasuk pemerintah dan institusi-institusi pemerintahan yang melaksanakan dasar dan penyampaian kepada rakyat.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Riak Dalam Beribadah

Islam amat menjaga umatnya agar sentiasa berada pada jalan yang benar. Umat Islam dididik supaya sentiasa menjaga akhlak dengan mengeluarkan daripada dalam diri sifat-sifat mazmumah dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah. Antara sifat-sifat mazmumah yang wajib dihindari adalah sifat riak. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Nilai Diperkasa, Integriti Dipelihara

Pelbagai isu yang berlaku dalam keluarga dan di tempat kerja seperti konflik dengan pasangan, pengabaian anak, anak yang bermasalah, salah laku dan rasuah di tempat kerja berpunca daripada pengamalan nilai yang rendah. Berdasar kepada kepentingan elemen nilai ini, pembudayaan nilai dalam perkhidmatan perlu diberi keutamaan dan diperkukuhkan.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Perjuangan Demi Nusa Tercinta

Rasa aman, tenteram dan harmoni di negara ini merupakan salah satu nikmat sangat besar yang kita kecapi. Pastinya, nikmat ini merupakan salah satu daripada usaha generasi terdahulu terutamanya dari kalangan perajurit-perajurit negara yang telah berkorban jiwa dan raga mereka mempertahankan kedaulatan tanah air ini.

Teks Khutbah (Khas Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17): Raja Ditaati, Negara Dirahmati

Hubungan raja dan rakyat ini diibaratkan seperti pohon pokok iaitu raja umpama pohon dan rakyat sebagai akarnya. Maka sudah tentulah pohon tidak berupaya hidup tanpa akar yang kuat dan akar pula sangat perlukan pohon yang hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Inilah disebut sebagai hubungan simbiosis yang menunjukkan raja memerlukan rakyat dan rakyat juga memerlukan raja sebagai tempat berlindung.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Remaja Masa Depan

Remaja mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara. Legasi tamadun yang baik perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk kelangsungan memacu kemajuan dan kesejahteraan ummah. Beberapa aspek penting perlu diberi  perhatian agar remaja hari ini boleh berperanan dengan berkesan dan dapat memberi nilai tambah kepada masa depan negara yang mengamalkan lunas-lunas Islam, aman dan makmur. 

Teks Khutbah Jumaat (Selangor) – Hijrah Suatu Kemerdekaan 

Pengertian hijrah bermaksud melakukan perubahan dari sudut tekad, sikap, budaya, cita rasa atau gaya hidup ke arah yang lebih baik. Hijrah maknawiyah meliputi persoalan iktikad (kepercayaan dan keyakinan), fikriyah (pemikiran), syu'uriyah (cita rasa) dan sulukiyah (perjalanan keseluruhan akhlak). Ayuhlah kita berhijrah melaksanakan perubahan ke arah yang lebih baik. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menjejak Tarbiah Maal Hijrah

Di ambang tahun baru Hijrah 1446 ini, marilah kita melihat kembali sejauh mana kemajuan diri, keluarga mahupun umat Islam pada hari ini. Terapkan nilai-nilai dari peristiwa Hijrah seperti ketabahan, persaudaran dan keikhlasan, untuk meningkatkan kualiti hidup sebagai hamba Allah SWT yang lebih bertakwa. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑