Menurut UNHCR, sehingga pertengahan tahun 2023, 110 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik, peperangan, dan penindasan. 36.4 juta terpaksa melarikan diri ke negara lain. Mereka ini dikenali sebagai Al-Muhajirin dan Al-Laji’in, atau pelarian dalam bahasa kita. Di Malaysia, terdapat 188,210 orang pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar. Kebanyakan mereka dari etnik Rohingya, Syria, Yaman, Palestin, dan lain-lain. Krisis pelarian ini sebenarnya adalah medan ujian buat kita untuk bergelar mukmin sebenar.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Zulhijjah Bulan Menuju Reda Allah SWT
Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Zulhijjah yang mulia ini. Ibadah haji dan ibadah korban disyariatkan pada bulan ini dan umat Islam juga disyorkan untuk mengisi Zulhijjah dengan amalan-amalan sunat yang lain.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ibrah Pengorbanan Keluarga Ibrahim A.S.
Nabi Ibrahim a.s adalah seorang rasul yang agung, digelar bapa para nabi dan tokoh besar yang menjadi rujukan dan teladan umat manusia dan umat Islam secara khususnya. Lahir bersama nabi terulung ini ahli keluarga yang hebat untuk menjadi suri teladan. Marilah kita soroti kisah pengorbanan keluarga ini untuk mengambil pengajaran dan pelajaran dalam mendidik diri dan keluarga.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Perpaduan Dalam Kepelbagaian
Islam sebagai cara hidup yang syumul menyediakan pedoman lengkap berkaitan hukum-hakam, undang-undang, peradaban dan tatasusila kehidupan umat Islam bersama masyarakat bukan Islam. Prinsip utama melayani semuanya secara sama rata melainkan atas beberapa aspek sahaja. Riwayat daripada Safwan bin Sulaim RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah sesiapa yang menganiaya seseorang bukan Islam (kafir) yang membuat perjanjian, mengurangkannya atau membebaninya di luar kemampuannya atau dia mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaannya maka aku akan menjadi pembelanya kelak pada hari Kiamat.” (Riwayat Abu Daud)
Teks Khutbah Jumaat (WP): Keutamaan Zulhijjah
Bulan Zulhijjah memiliki beberapa keistimewaan dan keutamaan yang perlu kita manfaatkan dengan melaksanakan amal-amal soleh yang dianjurkan.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Tuntutan Melunaskan Hutang
Mimbar ingin mengingatkan hadirin Jumaat agar menyemai tanggungjawab melunaskan segala hutang piutang seperti pembiayaan peribadi, sewa beli kenderaan, pembiayaan perumahan, pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain termasuklah hutang dengan orang lain walaupun nilainya kecil. Letakkanlah keutamaan terhadap pembayaran hutang terlebih dahulu berbanding perbelanjaan sampingan yang lain.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Akidah Sahih Penyelamat Ummah
Mimbar pada hari ini menyentuh isu penyelewengan akidah yang sedang berlegar dalam masyarakat terutamanya di media sosial melalui penstriman langsung (live streaming) dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi biarpun mereka berada dan beroperasi di luar negara. Justeru, jemaah perlu berwaspada dan mengawasi ahli keluarga supaya tidak terjebak ke dalamnya.
Rukun, Syarat dan Sunat Khutbah Jumaat
Ketahui rukun, syarat dan sunay khutbah Jumaat. Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Didik Anak Ikut Rasulullah SAW
Khutbah hari ini menekankan peranan dan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak agar menjadi manusia yang beriman kepada Allah SWT. Dan contoh teladan terbaik yang boleh dicontohi ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah Rasullullah SAW.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Masa Anugerah Berharga
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Abu Barzah al-Aslami Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Tidak akan melangkah kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia ditanya tentang empat hal, tentang umurnya bagaimana ia gunakan, tentang masa mudanya bagaimana ia habiskan, tentang hartanya dari mana ia dapat dan di mana ia keluarkan, dan tentang ilmunya apa yang ia amalkan dengannya."
Teks Khutbah Jumaat (WP): Guru Mengangkat Martabat Insan
Guru adalah murabbi, mudarris, muaddib, mu’allim dan mursyid yang sangat mulia di sisi agama. Islam menyanjung tinggi martabat seorang guru kerana jasa dan peranan mereka yang sangat besar dalam mengangkat martabat insan.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Lambaian Kaabah
Khutbah Jumaat hari ini menekankan tentang salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukallaf iaitu ibadat Haji.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Murabbi Insani Generasi Luhur Budi
Khatib mengingatkan jemaah agar sentiasa menghormati dan mendorong para murabbi dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk generasi yang berakhlak mulia, seterusnya menyumbang kepada masyarakat yang bertamadun, beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Takwa dan Pekerjaan
Takwa adalah kunci kejayaan setiap mukmin kerana Allah SWT akan sentiasa berada di sisi hamba-Nya yang bertakwa kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Setiap pekerjaan yang dilakukan kerana Allah SWT hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketekunan. Maka, sama-samalah kita terapkan sifat takwa dengan menjadikan pekerjaan sebagai aktiviti yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT kerana pekerjaan yang dilakukan dari sumber yang halal dan dibelanjakan kepada yang halal juga dapat memperolehi keberkatan di dunia dan kebaikan di akhirat.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Usah Tertipu Lagi!
Mimbar mengingatkan jemaah agar berhati-hati dan tidak terjebak dengan penipuan scammer yang terlalu licik memperdaya. Usahlah rambang mata dengan skim yang menawarkan ganjaran lumayan tanpa perlu berusaha. Amalkan tindakan proaktif dan kawalan diri sebagai langkah penting dalam pencegahan jenayah penipuan dalam talian.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Hindari Ajaran Sesat
Fenomena ajaran sesat tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memberi impak kepada keseluruhan elemen dan sistem kepercayaan umat Islam yang boleh terdedah kepada unsur-unsur yang berkaitan dengan keyakinan, dakwaan atau perbuatan yang membawa kepada syirik, kufur dan murtad.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Bekerja Kerana Allah
Bekerja merupakan suatu amanah yang terkait juga padanya etika dan moral serta kaitan dosa pahala. Setiap kerja yang dilakukan menuntut kepada kesediaan mental dan fizikal serta paling penting sifat ikhlas dan penyerahan diri kepada Allah SWT kerana nanti pada akhirnya setiap yang dilakukan itu akan dinilai oleh Allah SWT.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Mendidik Hati Dan Merawat Jiwa
Masalah penyelewengan akidah dan kejadian gejala sosial sosial dilihat semakin berleluasa di dalam masyarakat dan ini adalah petanda awal suatu kehidupan yang memesong jauh daripada kehendak syarak. Antara cara untuk menghindarinya ialah dengan menjadikan ketetapan agama sebagai benteng kehidupan seseorang yang mengaku beriman. Justeru carilah kekuatan dan luangkanlah masa untuk hadir mendalami ilmu agama melalui pembelajaran formal atau hadir ke majlis-majlis ilmu, tausiah dan tazkirah di masjid atau surau.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Merealisasi Umat Terbaik
Dengan penghayatan dan pengamalan Islam seolah-olah menjadi semakin lemah, pudar dan luntur dalam diri kita ditambah dengan isu-isu kecurangan suami isteri yang semakin membimbangkan dan mampu menggugat serta meruntuhkan institusi rumah tangga dan banyak lagi, umat Islam perlu sedaya upaya bangkit sedar untuk melakukan islah iaitu penambahbaikan dengan penuh kesedaran dan membuka mata hati dengan seluasnya dengan apa yang sedang membarah dalam masyarakat.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Kita Menyambut Syawal?
Bulan Syawal ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan bertungkus lumus melawan godaan hawa nafsu di bulan Ramadhan, dan ia bukannya Eidulfitri waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik. Jadikanlah bulan Ramadhan yang dilalui sebagai pendidik untuk kita terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani.