Masalah penyelewengan akidah dan kejadian gejala sosial sosial dilihat semakin berleluasa di dalam masyarakat dan ini adalah petanda awal suatu kehidupan yang memesong jauh daripada kehendak syarak. Antara cara untuk menghindarinya ialah dengan menjadikan ketetapan agama sebagai benteng kehidupan seseorang yang mengaku beriman. Justeru carilah kekuatan dan luangkanlah masa untuk hadir mendalami ilmu agama melalui pembelajaran formal atau hadir ke majlis-majlis ilmu, tausiah dan tazkirah di masjid atau surau.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Merealisasi Umat Terbaik
Dengan penghayatan dan pengamalan Islam seolah-olah menjadi semakin lemah, pudar dan luntur dalam diri kita ditambah dengan isu-isu kecurangan suami isteri yang semakin membimbangkan dan mampu menggugat serta meruntuhkan institusi rumah tangga dan banyak lagi, umat Islam perlu sedaya upaya bangkit sedar untuk melakukan islah iaitu penambahbaikan dengan penuh kesedaran dan membuka mata hati dengan seluasnya dengan apa yang sedang membarah dalam masyarakat.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Kita Menyambut Syawal?
Bulan Syawal ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan bertungkus lumus melawan godaan hawa nafsu di bulan Ramadhan, dan ia bukannya Eidulfitri waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik. Jadikanlah bulan Ramadhan yang dilalui sebagai pendidik untuk kita terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ziarah Tautkan Ukhuwah
Bulan Syawal merupakan bulan yang sinonim dengan amalan mengeratkan ukhuwah, berkasih sayang dan ziarah menziarahi dalam kalangan sanak saudara mahu pun rakan taulan. Justeru, mimbar mengajak para jemaah untuk menyuburkan amalan berziarah bagi merapatkan hubungan persaudaraan.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Nasihat Akhir Ramadan
Sepuluh malam terakhir ini juga disebutkan terdapatnya malam al-qadr (malam yang memiliki kelebihan dan kebaikan yang melebihi 1000 bulan). Berusahalah mendapatkannya dengan beriktikaf di masjid, qiamullail, membaca al-Quran, bersedekah dan amalan-amalan lainnya kerana belum tentu lagi kita dapat bertemu dengan Ramadan akan datang.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kemuliaan Malam Al-Qadr
Pada 10 malam terakhir Ramadhan, terdapat keberkatan yang tidak terhingga. Salah satu malam terpenting yang harus kita manfaatkan adalah pada malam Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di saat-saat yang sangat istimewa ini, marilah kita sama-sama merenungi nikmat yang terkandung di dalamnya.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Cahaya Al-Quran
Generasi terdahulu telah membawa amanah menyebarkan cahaya al-Quran ke seluruh dunia. Dan sebagai kaum muslimin hari ini, sepatutnya kita mengambil tanggungjawab sebagai penjaga dan pemelihara al-Quran walaupun pada hakikatnya Allah SWT jualah sebenar-benar Penjaga dan Pemelihara bagi Kalamullah yang suci itu. Kita bertanggungjawab membaca, merenungi maksudnya, serta mengamalkan segala ajaran yang terkandung padanya kerana tidak ada satu pun isi al-Quran tersebut yang samar-samar dan tidak ada keraguan langsung padanya bagi orang yang beriman.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Ramadhan dan Al-Quran
Marilah kita berusaha menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk berinteraksi dengan al-Quran. Kita juga hendaklah berazam untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran kita di bulan yang mulia ini. Di samping membaca al-Quran, kita juga disarankan untuk mendengar bacaan alQuran daripada orang lain sama ada semasa solat berjemaah, bacaan alQuran di televisyen, radio dan sebagainya. Mudah-mudahan bacaan kalam Allah SWT yang didengari ini mendapat keberkatan, yang akan masuk ke dalam jiwa, seterusnya berakhlak dengan akhlak al-Quran.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Zakat Fitrah: Kewajipan Penuh Makna
Hukum menunaikan zakat fitrah adalah wajib dan mengingkarinya adalah satu dosa. Namun kewajipan zakat fitrah bukan sekadar melepaskan diri kita daripada dosa kerana zakat fitrah juga mempunyai makna yang sangat mendalam kepada golongan fakir miskin demi memberikan kegembiraan kepada mereka di hari raya. Mimbar menggesa agar jemaah menyegerakan pembayaran zakat fitrah untuk kemudahan semua pihak.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Al-Quran Pedoman Insan
Ramadan adalah bulan al-Quran. Pada bulan ini al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW mimbar mengajak semua umat Islam untuk memperuntukkan sejumlah masa untuk membaca, menghayati serta mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Puasa Bukan Sekadar Menahan Lapar Dan Dahaga
Jadikanlah ibadah puasa ini sebagai madrasah, mentarbiah dan melatih diri kita supaya bersifat amanah, jujur, berintegriti dan rasa tanggungjawab memikul tugas sebagai hamba Allah SWT. Semoga sifat ini menjadi amalan yang berterusan di dalam kehidupan kita, bukan hanya di bulan Ramadan sahaja.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Suburkan Tarbiah Ramadan
Rasulullah SAW pernah mengingatkan tentang wujudnya golongan manusia yang berpuasa, namun tidak mendapat sebarang ganjaran daripada ibadahnya melainkan merasai lapar dan dahaga sahaja tanpa memperoleh ganjaran pahala. Siapakah mereka?
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bahana Pemberi Dan Penerima Rasuah
Mimbar menyeru semua pihak agar sama-sama berusaha memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi memperkasa urus tadbir dan tata kelola terbaik dalam perkhidmatan kerajaan, agensi-agensi badan berkanun, badan swasta dan pelbagai lapisan masyarakat umumnya. Inilah yang dikehendaki dan selaras dengan tuntutan syarak, juga mendorong hasrat kerajaan dalam usaha meningkatkan integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Waspada Jarum Beracun
Dunia Islam hari ini berhadapan dengan “perang saraf” atau serangan pemikiran yang meliputi fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme, hedonisme dan bermacam lagi yang memberi impak sangat besar terhadap umat Islam dari aspek kepercayaan mahupun amalan dalam beragama. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dengan dakyah dan tipu daya hiasan iblis melalui golongan ingkar yang sentiasa berusaha memadam cahaya kebenaran (Islam) walaupun Allah SWT telah menjamin keselamatan dan pemeliharaan cahaya Islam di muka bumi ini.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Anak Amanah Berharga
Khutbah hari ini mengingatkan jemaah tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita hendaklah sentiasa memberikan penjagaan dan didikan yang terbaik kepada mereka serta memastikan keselamatan mereka walau di mana mereka berada dan dalam apa jua keadaan.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Terima Kasih Pembayar Zakat
Pengurusan Zakat Selangor mengucapkan jazakumullahu khairan wabarakallahu fiikum dan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat di negeri Selangor atas kesetiaan dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini. Lembaga Zakat Selangor menyeru agar kita semua berganding bahu untuk menjadikan pengurusan zakat di negeri ini terus kekal sebagai institusi pengurusan zakat contoh kepada pihak lain, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Cegah Normalisasi Kemungkaran
Perbuatan maksiat dan perlakuan dosa seperti zina sangat dilarang oleh agama Islam. Ia membawa kepada kerosakan nasab keturunan dan dalam masa yang sama meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam. Sebagai umat Islam, mimbar mengingatkan kita agar tidak menormalisasikan kemungkaran yang membawa kepada keruntuhan masyarakat.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kelebihan Umat Muhammad SAW
Mimbar mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersyukur menjadi umat Muhammad SAW dengan menggunakan seluruh nikmat Allah yang Allah kurniakan kepada kita untuk mencari keredaan-Nya, mematuhi suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya secara fizikal dan amalan hati.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Islam Menjulang Keadilan
Khutbah Jumaat kali ini menekankan tentang keadilan yang sangat diutamakan dalam perundangan Islam di mana ianya menghapuskan kezaliman tanpa mengira pangkat dan darjat. Undang-undang Syariah diturunkan bertujuan mengatur dan mengawal kehidupan manusia sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Pengaruh & Taasub Penyemarak Kesesatan
Mimbar mengingatkan jemaah agar menjauhkan diri daripada terjebak dan terpengaruh dengan sebarang perkara mengenai agama yang meragukan oleh mana-mana individu yang cuba menanam sifat taasub kepada dirinya atau orang lain. Jika ini berterusan ia akan memberi kesan besar kepada, umat Islam dan masyarakat seluruhnya.