Mimbar mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersyukur menjadi umat Muhammad SAW dengan menggunakan seluruh nikmat Allah yang Allah kurniakan kepada kita untuk mencari keredaan-Nya, mematuhi suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya secara fizikal dan amalan hati.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Islam Menjulang Keadilan
Khutbah Jumaat kali ini menekankan tentang keadilan yang sangat diutamakan dalam perundangan Islam di mana ianya menghapuskan kezaliman tanpa mengira pangkat dan darjat. Undang-undang Syariah diturunkan bertujuan mengatur dan mengawal kehidupan manusia sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Pengaruh & Taasub Penyemarak Kesesatan
Mimbar mengingatkan jemaah agar menjauhkan diri daripada terjebak dan terpengaruh dengan sebarang perkara mengenai agama yang meragukan oleh mana-mana individu yang cuba menanam sifat taasub kepada dirinya atau orang lain. Jika ini berterusan ia akan memberi kesan besar kepada, umat Islam dan masyarakat seluruhnya.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Menuju Puncak Gemilang
Bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2024 yang ke-50, mimbar mengajak jemaah untuk sama-sama menjadi warga Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedaulatan, keharmonian, kecemerlangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan serta mendoakan agar Allah SWT melimpahkan keberkatan dan mengekalkan kesejahteraan negeri yang kita sayangi ini.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Masjid Rumah Keduaku
Mimbar mengajak jemaah untuk berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua. Hakikatnya, pada hari ini masjid dijadikan sebagai tempat perkembangan syiar Islam. Fungsi masjid bukan sekadar menjadi medan pertemuan jemaah dengan pelbagai sajian majlis ilmu malah kegiatannya dilihat semakin luas dan berkembang. Oleh itu, cadangan dan penghayatan menjadikan masjid sebagai rumah kedua adalah sangat releven dalam hidup kita.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Dirgahayu Tuanku, Jasa Tuanku Tersemat Di Kalbu
Mimbar mengajak jemaah merakamkan rasa syukur kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat serta keafiatan daripada Allah SWT untuk melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia. Selama hampir lima tahun, begitu banyak jasa dan sumbangan yang telah Baginda curahkan yang pastinya menyentuh jiwa dan sanubari kita, para rakyat jelata di seluruh pelosok negara.