Apabila kita berdepan ujian, sama ada tekanan kerja, konflik keluarga atau kegelisahan jiwa, doa ini sangat relevan untuk diamalkan.
8 Persediaan Mukmin Menuju Ramadan
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah rohani yang mendidik jiwa, membentuk akhlak dan menguatkan hubungan seorang hamba dengan Penciptanya. Namun, Ramadan yang diberkati tidak hadir secara automatik. Ia menuntut persediaan dari hati, minda dan amalan. Berikut adalah lapan persediaan penting seorang mukmin dalam menyambut bulan Ramadan agar ia benar-benar menjadi bulan perubahan dan keberkatan.
Mari Amalkan 5 Zikir Harian Yang Mudah Ini
Zikir merupakan amalan yang ringan di lidah tetapi besar ganjarannya di sisi Allah. Dalam kesibukan harian, Islam tidak membebankan umatnya dengan amalan yang rumit, sebaliknya menggalakkan zikir-zikir ringkas yang boleh diamalkan bila-bila masa.
Mencari Cantik: Apakah Hukum Mengambil Suplemen Pemutih Kulit?
Keinginan untuk kelihatan cantik, kemas dan menarik merupakan fitrah semula jadi manusia. Dalam Islam, kecantikan tidak ditolak bahkan diraikan, selagi mana ia selari dengan tuntutan Syariah dan tidak membawa mudarat. Namun, kebelakangan ini timbul kebimbangan apabila penggunaan suplemen pemutih didapati terdedah kepada risiko keselamatan kesihatan. Jadi apakah hukumnya kepada umat Islam untuk menggunakan rawatan ini?
Bila Perkahwinan Menjadi Mudarat: Memahami Perceraian dari Perspektif Rahmah
Perkahwinan sering digambarkan sebagai destinasi kebahagiaan, tempat dua jiwa berteduh, berkongsi kasih dan membina ketenangan. Namun dalam realiti kehidupan, tidak semua perkahwinan berakhir dengan sakinah yang diimpikan. Dalam keadaan beginilah Islam tampil dengan pendekatan yang penuh hikmah: tidak memaksa seseorang terus bertahan dalam penderitaan, dan tidak juga menggalakkan perpisahan tanpa sebab yang wajar.
Hutang Dalam Islam: Antara Keperluan dan Larangan
Isu hutang sering dipandang negatif dalam masyarakat Islam kerana kesannya yang besar terhadap kehidupan dan ketenangan jiwa. Malah, Rasulullah SAW sendiri sering berdoa agar dilindungi daripada beban hutang. Namun begitu, Islam tidak mengharamkan hutang secara mutlak.
Kefahaman Tentang Tafwid Al-Talaq
Lafaz yang diucapkan oleh pihak suami berbentuk memberi pilihan kepada isteri untuk meneruskan atau menamatkan perkahwinan. tergolong sebagai tafwīḍ al-ṭalāq, iaitu penyerahan hak talak kepada isteri, dan termasuk dalam kategori lafaz kināyah yang memerlukan niat serta penerimaan daripada pihak isteri.
Wuduk Atas Stoking: Boleh atau Tidak?
Isu berwuduk dengan menyapu di atas stoking sering menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila melibatkan kemudahan ketika bermusafir, bekerja atau berada di tempat awam. Persoalannya, adakah perbuatan menyapu stoking boleh menggantikan basuhan kaki ketika wuduk menurut hukum syarak?
Panduan Menghadapi Sihir Menurut Islam
Isu sihir merupakan antara ujian yang diakui kewujudannya dalam Islam. Namun begitu, Islam menetapkan garis panduan yang jelas dalam menangani dan merawat sihir agar akidah serta tauhid seorang Muslim sentiasa terpelihara.
Cara Solat Berjemaah di Atas Kerusi
Islam adalah agama yang memberi kemudahan dan tidak membebankan umatnya. Dalam ibadah solat, seseorang yang mempunyai keuzuran seperti sakit, tidak mampu berdiri lama, pening kepala atau kepayahan yang menjejaskan kekhusyukan dibenarkan untuk menunaikan solat secara duduk, termasuklah duduk di atas kerusi. Kebenaran ini terpakai sama ada dalam solat bersendirian atau solat secara berjemaah.
Adakah Wujud Tanda Menuju Kematian?
Isu berkaitan tanda-tanda sebelum kematian sering menjadi perbincangan dalam masyarakat, terutamanya apabila tersebar pelbagai dakwaan tentang petanda tertentu yang kononnya pasti berlaku sebelum seseorang meninggal dunia. Persoalannya, sejauh manakah dakwaan-dakwaan ini benar dan mempunyai sandaran menurut ajaran Islam?
Bayar Yuran Penyelenggaraan Rumah Tidak Wajib? Baca Penjelasan Mufti
Di banyak kawasan perumahan, terdapat sebahagian penghuni yang enggan membayar yuran penyelenggaraan rumah dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak diwajibkan. Apakah kedudukan hukum yuran penyelenggaraan rumah ini, dan sejauh manakah kewajipan pembayarannya menurut perspektif syarak? Ikuti penjelasan Mufti di bawah.
Lima Amalan Pembuka Pintu Rezeki Menurut Al-Quran dan Sunnah
Rezeki adalah kurniaan Allah SWT yang luas dan tidak terbatas. Ia bukan sekadar harta dan wang ringgit, tetapi merangkumi ketenangan hati, kesihatan, keluarga yang harmoni serta keberkatan dalam kehidupan. Islam mengajar bahawa rezeki bukan hanya dicari dengan usaha zahir semata-mata, tetapi turut dipermudah melalui amalan rohani yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berikut adalah antara lima amalan utama sebagai pembuka pintu rezeki.
Tebus Emas Orang Lain: Siapa Pemilik Sebenar Emas Tersebut?
Dalam kehidupan seharian, ada sahaja berlaku situasi di mana seseorang membantu menebus emas yang digadai di pajak gadai bagi pihak ahli keluarga atau kenalan terdekat. Namun, persoalan yang sering timbul ialah: adakah orang yang menebus emas tersebut berhak memiliki emas itu, terutamanya jika dia yang mengeluarkan wang tebusan?
Tak RSVP, Tak Boleh Pergi Kenduri?
Dalam Islam, memenuhi jemputan majlis perkahwinan (walimah) adalah satu kewajipan bagi mereka yang dijemput, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke walimah, maka hadirlah.” Namun, bagaimana pula jika jemputan disertakan dengan permintaan RSVP dan tetamu hadir tanpa mengesahkannya?
Amalan Paling Ringan, Paling Mudah Tetapi Besar Ganjarannya
Dalam Islam, tidak semua amalan memerlukan tenaga besar atau masa panjang. Ada amalan yang sangat ringan, sangat mudah, dan boleh dilakukan sesiapa sahaja namun nilainya di sisi Allah amatlah besar.
Cara Sujud Sahwi
Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada sifat lupa, termasuk ketika solat. Sujud sahwi ialah sujud tambahan yang dilakukan untuk menampung kekurangan akibat terlupa sunat ab'adh atau ragu-ragu tentang bilangan rakaat dalam solat.
Mukjizat Nabi: Kisah Bulan Terbelah (Shaqq al-Qamar)
Kisah bulan terbelah adalah antara mukjizat agung Nabi Muhammad SAW yang disebut dalam al-Quran dan disahkan riwayat sahih. Peristiwa ini bukan sekadar tanda kekuasaan Allah, tetapi pengingat bahawa hati yang enggan menerima kebenaran tidak akan tunduk walau sebesar mana pun mukjizat ditampilkan.
8 Ciri Mesti Ada Pada Penuntut Ilmu
Menuntut ilmu bukan sekadar mengumpulkan maklumat, tetapi satu perjalanan pembentukan jiwa dan akhlak. Dalam tradisi Islam, para ulama menekankan bahawa keberkatan ilmu tidak hanya terletak pada apa yang dipelajari, tetapi bagaimana ilmu itu dituntut, diamalkan, dan disampaikan. Berdasarkan hadis dan Al-quran, berikut adalah antara ciri penting yang mesti ada pada setiap penuntut ilmu.
Amalan Meminta Doa Dari Jemaah Haji
Apabila seseorang pulang dari Tanah Suci, kita biasanya menyambut mereka dengan penuh kegembiraan. Dalam budaya kita, sering juga ada yang meminta, “Doakan saya juga ya!” Persoalannya, apakah amalan ini benar dan wajar dari sudut Islam?