ASMAUL HUSNA – AL-NUR (Yang Maha Bercahaya) 

Asmaul Husna yang ke-93 ialah An-Nur iaitu Tuhan yang Maha Bercahaya. Manusia amat memerlukan cahaya. Tanpa cahaya bererti gelap-gelita. Dengan adanya cahaya, manusia dapat melihat alam dan sekalian makhluk. Dengan wujudnya sesuatu kejadian membuktikan wujudnya Pencipta. 

ASMAUL HUSNA – AL-MANIK’ (Yang Membela) 

Apabila sesuatu kemudaratan dapat dihalang dan setiap perbuatan jahat dapat ditegah, bukan bererti manusia tersebut begitu bijak sehingga berjaya menghalangnya. Sebaliknya Allah SWT yang berkuasa menghalang atau mencegah segala kerja jahat manusia yang ditujukan kepada seseorang.

ASMAUL HUSNA – AL-MUQSITH (Yang Maha Mengadili)

Asmaul-Husna yang ke-86 ialah Al-Muqsith yang bererti Tuhan yang bersifat Maha Adil. Tidak mungkin Allah SWT bersifat zalim dan berat sebelah, kerana Dia telah mengharamkan sifat zalim itu ke atas Zat-Nya yang Maha Agung. Bersikap adil bukan sahaja terhadap kawan tetapi juga terhadap lawan. Asas keadilan ialah kepatuhan terhadap Allah SWT.

Blog at WordPress.com.

Up ↑