Mencari Cantik: Apakah Hukum Mengambil Suplemen Pemutih Kulit?

Keinginan untuk kelihatan cantik, kemas dan menarik merupakan fitrah semula jadi manusia. Dalam Islam, kecantikan tidak ditolak bahkan diraikan, selagi mana ia selari dengan tuntutan Syariah dan tidak membawa mudarat. Namun, kebelakangan ini timbul kebimbangan apabila penggunaan suplemen pemutih didapati terdedah kepada risiko keselamatan kesihatan. Jadi apakah hukumnya kepada umat Islam untuk menggunakan rawatan ini?

Bila Perkahwinan Menjadi Mudarat: Memahami Perceraian dari Perspektif Rahmah

Perkahwinan sering digambarkan sebagai destinasi kebahagiaan, tempat dua jiwa berteduh, berkongsi kasih dan membina ketenangan. Namun dalam realiti kehidupan, tidak semua perkahwinan berakhir dengan sakinah yang diimpikan. Dalam keadaan beginilah Islam tampil dengan pendekatan yang penuh hikmah: tidak memaksa seseorang terus bertahan dalam penderitaan, dan tidak juga menggalakkan perpisahan tanpa sebab yang wajar.

Kefahaman Tentang Tafwid Al-Talaq 

Lafaz yang diucapkan oleh pihak suami berbentuk memberi pilihan kepada isteri untuk meneruskan atau menamatkan perkahwinan. tergolong sebagai tafwīḍ al-ṭalāq, iaitu penyerahan hak talak kepada isteri, dan termasuk dalam kategori lafaz kināyah yang memerlukan niat serta penerimaan daripada pihak isteri.

Wuduk Atas Stoking: Boleh atau Tidak?

Isu berwuduk dengan menyapu di atas stoking sering menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya apabila melibatkan kemudahan ketika bermusafir, bekerja atau berada di tempat awam. Persoalannya, adakah perbuatan menyapu stoking boleh menggantikan basuhan kaki ketika wuduk menurut hukum syarak?

Adakah Wujud Tanda Menuju Kematian?

Isu berkaitan tanda-tanda sebelum kematian sering menjadi perbincangan dalam masyarakat, terutamanya apabila tersebar pelbagai dakwaan tentang petanda tertentu yang kononnya pasti berlaku sebelum seseorang meninggal dunia. Persoalannya, sejauh manakah dakwaan-dakwaan ini benar dan mempunyai sandaran menurut ajaran Islam?

Tebus Emas Orang Lain: Siapa Pemilik Sebenar Emas Tersebut?

Dalam kehidupan seharian, ada sahaja berlaku situasi di mana seseorang membantu menebus emas yang digadai di pajak gadai bagi pihak ahli keluarga atau kenalan terdekat. Namun, persoalan yang sering timbul ialah: adakah orang yang menebus emas tersebut berhak memiliki emas itu, terutamanya jika dia yang mengeluarkan wang tebusan?

Tak RSVP, Tak Boleh Pergi Kenduri?

Dalam Islam, memenuhi jemputan majlis perkahwinan (walimah) adalah satu kewajipan bagi mereka yang dijemput, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke walimah, maka hadirlah.” Namun, bagaimana pula jika jemputan disertakan dengan permintaan RSVP dan tetamu hadir tanpa mengesahkannya?

Mendengar Khutbah dengan Tulus: Etika dan Adab di Hari Jumaat

Khutbah Jumaat bukan sekadar perkataan di mimbar, ia adalah saat untuk kita menyambung jiwa dengan nasihat Ilahi, dan menambah keimanan kita. berkata-kata atau melakukan perkara sia-sia (“laghâ”) ketika imam atau khatib sedang berkhutbah adalah perbuatan makruh kuat, malah boleh menyebabkan solat Jumaat kita kehilangan pahala keutamaan.

Adakah Makan Selepas Had Masa Buffet Dikira Haram?

Ada situasi di mana seseorang makan di restoran buffet All You Can Eat yang menghadkan masa makan selama 90 minit. Setelah selesai makan, pelanggan masih duduk bersembang dan staf tidak meminta mereka beredar. Jika masa telah melebihi 90 minit dan pelanggan terminum sedikit air di dalam cawan, atau nibble makanan yang ada, apakah itu hukumnya haram?

Hiburan Tidak Patuh Syariah

Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Keinginan untuk berhibur dan kecintaan kepada kecantikan serta keindahan merupakan ftrah insani yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Adakah Wajib Menyimpan Duit Untuk Mengerjakan Haji?

Kaedah Islam menetapkan bahawa “apabila suatu perkara yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan suatu perkara lain, maka perkara lain itu menjadi wajib.” Disebabkan kewajipan haji tidak dapat disempurnakan melainkan dengan simpanan wang yang mencukupi, maka adakah menyimpan wang itu menjadi wajib?

Blog at WordPress.com.

Up ↑