Ketahui Jenis-Jenis Syirik

Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Apakah jenis-jenis syirik dan adakah semuanya dikira membawa kekufuran?

Bolehkah Bersetubuh dalam Tempoh ‘Iddah?

Saya dan isteri telah bercerai talak satu dan masih di dalam tempoh iddah. Tetapi telah berlaku satu kesilapan yakni saya dan isteri telah terlanjur dan bersetubuh. Sekarang isteri memberitahu saya dia mengesyaki bahawa dirinya telah hamil. Jikalau benar isteri saya hamil apakah yang perlu kami lakukan? 

Dosa Takhbib (Pemecah Rumah Tangga)

Suami saya terlibat dalam pertelingkahan rumahtangga kawannya (perempuan), dan dia sering menasihati kawannya, akhirnya rumah tangga itu makin parah dan menuju perceraian. Dalam masa yang sama hubungan mereka menjadi lebih dari seorang kawan biasa, seterusnya pasangan kawan suami saya itu bercerai, dan suami saya merasa simpati dan ingin memperisterikannya. Apakah itu takhbib?

Hukum Perkahwinan Sepupu

Apakah hukum kalau seseorang mengahwini anak kepada sepupu sendiri? Contohnya Si A dan Si B ini sepupu sama nenek, dan si B ini ingin berkahwin dengan anak sepupunya, Si A. Mohon penjelasan. 

Hukum Suami Tinggal Di Rumah Bekas Isteri Kerana Sakit

Saya bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin dengan isteri kedua, setelah itu saya ditimpa sakit iaitu strok, isteri kedua saya tidak mampu untuk menjaga, kemudian anak-anak saya dari isteri pertama buat keputusan untuk menjaga saya di rumah mereka iaitu bersama satu rumah dengan bekas isteri. Apakah hukum saya berada di rumah bekas isteri dalam masa yang sama saya sedang sakit dan anak-anak hendak jaga saya?

Hukum Membuat Sabun Dengan Susu Ibu

Saya mempunyai susu badan yang berlebihan dan seperti yang diketahui susu badan tidak dapat disimpan dalam tempoh yang lama. Jadi, saya bercadang hendak menukarkan susu itu kepada sabun. Apakah hukum membuat sabun dengan menggunakan susu badan tetapi untuk kegunaan diri sendiri sahaja?

Hukum Trading Forex Untuk Tujuan Bersedekah

Saya jelas Trading Forex adalah haram dan saya telah meninggalkan kerja ini sekian lama. Namun, saya berfikiran bahawa adalah suatu kerugian jika kebolehan saya untuk memperoleh sumber kewangan daripada Forex Trading yang agak banyak tidak dimanfaatkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan kediaman dan negeri saya. Jadi saya nak tahu, apakah hukumnya niat saya ini?

Hukum Jual Beli Barang Tiruan (Seperti Jersi Bolasepak)

Hakikatnya, fenomena penjualan barangan tiruan merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara di bawah undang-undang harta intelek. Namun, barang tiruan ini tetap menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang rendah dan mudah dimiliki. Persoalannya, adakah penjualan dan pembelian barangan tiruan ini dibenarkan oleh syarak?

Hukum Berjenaka Lucah Dan Lawak Tentang Rogol

Bila bersama-sama dengan rakan-rakan, terkadang ada yang membuat lawak lucah atas alasan sekadar suka-suka. Begitu juga mereka yang berani menulis komen di media-media sosial yang berunsur lucah dan membuat lawak tentang rogol kerana merasakan ianya bukan hal serius. Namun, apakah hukumnya di dalam Islam akan hal ini? 

Makan Ketam Batu: Halal Atau Haram?

Terdapat kekeliruan samada umat Islam boleh memakan ketam batu atau tidak. Adakah ketam batu hanya satu jenis sahaja? Jadi, bacalah penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang topik ini supaya kita dapat makan ketam dengan tenang.  

Blog at WordPress.com.

Up ↑