Tular di media sosial ada sebahagian pihak yang mendakwa bahawa produk air suling yang telah lama dipasarkan di Malaysia sebagai minuman termasuk hukum air mutanajjis kerana terhasil daripada proses rawatan air sisa kumbahan. Baca penjelasan.
Hukum Meminta Semula Hadiah Hantaran Apabila Putus Tunang
Saya telah bertunang dengan seorang wanita dan selepas sebulan majlis pertunangan, pihak perempuan ingin memutuskan pertunangan atas sebab yang saya sendiri tidak tahu. Bolehkah saya mengambil kembali hadiah hantaran pertunangan yang telah saya berikan?
Sifat Bacaan Nabi SAW Ketika Solat
Bagaimanakah bacaan Nabi SAW ketika solat?
Hukum Melafazkan Niat Dalam Ibadat Di Sisi Hukum Syarak
Niat merupakan merupakan rukun bagi sesebuah ibadat baik ibadat tersebut adalah ibadat yang sunat mahupun ibadat yang wajib dan tempat menentukan niat ialah di dalam hati. Jadi, adakah tidak sah solat jika melafazkan niat melalui bibir mulut? Apakah penjelasannya?
Qiyas Iblis
Setiap qiyas yang membawa kepada perlanggaran hukum dan arahan Allah S.W.T adalah merupakan qiyas iblis. Golongan yang melakukan qiyas seumpama ini dianggap sebagai pengikut Iblis.
7 Terapi Menangani Depresi
Depresi merupakan gangguan mental dan emosi yang mungkin berpunca daripada tekanan hidup yang dihadapi oleh seseorang, ditambah lagi dengan keadaan sosio-ekonomi yang tidak menentu, ditambah pula persekitaran tempat tinggal mahupun pekerjaan yang tidak banyak membantu yang mengakibatkan tekanan. Hakikatnya, depresi adalah bentuk ujian kehidupan yang perlu ditangani. Dalam Islam konsep terapi itu sendiri terkandung dalam penghayatan akidah, ibadah dan tasawuf yang menjadi intipati amalan seseorang muslim.
Itqan (Tekun) Dalam Setiap Pekerjaan Lambang Keislaman
Islam menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana, bekerja merupakan salah satu wasilah atau cara untuk mendapatkan rezeki, dan sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda keislaman.
Pertelingkahan Manusia Di Hadapan Allah SWT Pada Hari Kiamat
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” Riwayat Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)
Hukum Membalas Whatsapp Ketika Khutbah
Semua mengetahui bahawa makmum tidak dibolehkan bercakap-cakap waima berzikir ketika khutbah. Namun, bolehkah seseorang membalas Whatsapp ketika khatib sedang menyampaikan khutbah?
Hadir Ke Majlis Ilmu Tetapi Tidak Beramal
Orang-orang yang selalu menghadiri majlis ilmu juga tidak terlepas daripada tipu daya Iblis di mana apabila keluar dari majlis ilmu itu, dia tetap meneruskan maksiatnya dan tidak mengamalkan apa yang dipelajarinya.
Tanda Allah SWT Menerima Taubat Seseorang
Adakah boleh dipastikan bahawa Allah SWT telah menerima taubat yang telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh? Dan apakah tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang?
Hukum Taubat Berulang-Ulang Kali
Sebagai manusia, kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan kemudiannya bertaubat. Apabila nafsu kembali menguasai diri, ramai yang kembali mengulangi maksiat tersebut dan kemudiannya cuba bertaubat kembali. Apakah hukumnya bertaubat berulang kali?
Hebatnya Kelebihan Solat Sunat Fajar
Solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.
Doa-Doa Untuk Melangsaikan Hutang
Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap orang yang terbeban dengan hutang. Di sini kami bawakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang.
Hukum Ibu Bapa Menggunakan Duit Raya Anak-Anak
Apakah hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak-anak selain daripada keperluan anak tersebut?
Tips Mengelak Dari Mengumpat & Cara Bertaubat Daripada Dosa Mengumpat
Mengumpat ialah memperkatakan hal yang tidak disukai seseorang yang dilakukan di belakangnya. Imam Ibnu Hajar berpendapat bahawa boleh dianggap mengumpat juga jika ia dilakukan di hadapannya. Walaupun cerita yang disampaikan itu adalah benar tetapi ia tetap tidak diharuskan. Jelas betapa seriusnya Islam dalam menjaga kehormatan diri dan hak orang lain.
Solat Dhuha Sedekah Kepada 360 Sendi
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut. Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha. Solat ini dilakukan sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat 360 sendi yang dicipta di tubuh manusia.
Solat Sunat Isyraq Banyak Kelebihannya
Apakah waktu sebenar Solat Sunat Isyraq dan kelebihannya serta perbezaannya dengan Solat Sunat Dhuha?
Hukum Berzikir Dalam Hati
Apakah hukumnya seseorang itu berzikir di dalam hati dan adakah mendapat pahala jika melakukannya?
Kedudukan Selawat Berbanding Zikir
Adakah kedudukan selawat itu lebih tinggi berbanding zikir?