Tips Mengelak Dari Mengumpat & Cara Bertaubat Daripada Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah memperkatakan hal yang tidak disukai seseorang yang dilakukan di belakangnya. Imam Ibnu Hajar berpendapat bahawa boleh dianggap mengumpat juga jika ia dilakukan di hadapannya. Walaupun cerita yang disampaikan itu adalah benar tetapi ia tetap tidak diharuskan. Jelas betapa seriusnya Islam dalam menjaga kehormatan diri dan hak orang lain.

Solat Dhuha Sedekah Kepada 360 Sendi

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut. Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha. Solat ini dilakukan sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat 360 sendi yang dicipta di tubuh manusia.

Cara Takbir Aidilfitri

Ayuh kita sama-sama memeriahkan malam dan pagi Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bacaan Takbir Raya bersama-sama insan tersayang dan saudara seagama. Lelaki dan perempuan boleh sama-sama bertakbir, mengagungkan kebesaran Allah SWT.

Barang Yang Sama

Saya dan kakak saya masing-masing ada beli minuman jenama dan perisa sama. Kami simpan di peti ais yang sama. Pada asalnya, saya letak air saya dengan posisi yang berbeza supaya mudah dibezakan. Tetapi, minuman kami telah dialihkan sehingga tidak tahu mana satu saya punya. Bila berlaku situasi seperti ini, boleh tak saya ambil mana-mana daripada minuman itu?

Adab Berhari Raya Dan Kesilapannya

Umat Islam di Malaysia akan menyambut kedatangan 1 Syawal tidak lama lagi, insyaAllah. Dalam kita teruja untuk merayakan Aidilfitri, pastikan kita jelas tentang hukum-hukum dan larangan yang perlu dititikberatkan agar kita semua mendapat keberkatan Allah SWT di hari bahagia ini.  Kami kongsikan tulisan Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri tentang Adab Hari Raya dan kesilapannya. 

Doa-Doa Dari Al-Quran Untuk Ibu Bapa Tercinta

Salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan anak-anak ialah sentiasa menitipkan doa yang ikhlas kepada ibu bapa walaupun mereka tidak lagi bersama kita. Rasulullah SAW menyarankan kita untuk terus mendoakan ibu bapa kita kerana sesungguhnya doa akan terus memberi manfaat kepada mereka.

Uthman Bin Affan R.A:  Sahabat Yang Tinggi Budi Pekerti, Penyantun, Lemah Lembut Lagi Pemalu

Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman." Memang Rasulullah SAW biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saidina Uthman r.a akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat. 

Hadith Luruskan Saf

Apakah benar ucapan ini daripada Nabi SAW kerana ia sering diucapkan oleh para imam sebelum melaksanakan solat? سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ Maksudnya: “Luruskanlah saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat”

Blog at WordPress.com.

Up ↑