Hukum Melipat Seluar Untuk Mengelakkan Isbal Dalam Solat 

Apakah hukum melipat seluar untuk mengelakkan isbal semasa solat. Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa "kami simpulkan bahawa melipat pakaian ketika solat sama ada pada seluar atau lengan baju adalah makruh berdasarkan kepada hadith sahih di atas". Hal ini kerana, saya akan melipat seluar ketika solat untuk mengelakkan isbal. Jika hukumnya makruh, mohon pencerahan. 

Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat

Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.

Tanggungjawab Seorang Pendakwah

Saya merupakan anak bagi seorang pengajar agama yang mempunyai mahaad tahfiz. Pada mulanya semua dalam keadaan baik saja tetapi apabila ekonomi tidak menentu, hal ini telah membebankan kami sekeluarga. Disebabkan itu, ayah saya bekerja siang malam untuk menampung mahaad tahfiz itu lebih daripada menampung kami sekeluarga. Dan dari situ berlakulah keruntuhan rumahtangga yang telah puluhan tahun dibina disebabkan mahaad tahfiz yang cuba dibina. Jadi soalan saya, wajarkah tindakan ayah saya?

Zihar Atau Tidak?

Suami bergurau mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya. Di mana hendak maksudkan buncit seperti ibunya yang sudah tua. Kadang-kadang suami juga sering bergurau mengatakan perut isterinya sama besar seperti perut suaminya. Adakah situasi di mana suami mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya dianggap lafaz zihar? 

Solat Sunat Rawatib Yang Mu’akkad Dan Tidak Mu’akkad

Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu. Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. Dapatkan penjelasan tentang solat-solat rawatib yang mu'akkad (ditekankan) dan ghairu mu'akkad (tidak ditekankan).

5 Adab Di Media Sosial Dan Iklan

Penyampaian dalam media sosial adakalanya dalam bentuk maklumat, data, grafik mahupun gambar serta video. Namun dalam kecanggihan teknologi pada hari ini, kita masih dituntut untuk sentiasa berada di landasan yang ditetapkan dalam Islam.

Blog at WordPress.com.

Up ↑