Sa’id bin Zaid, Sahabat Yang Dijanji Syurga oleh Rasulullah SAW

Sa'id merupakan salah satu dari sepuluh orang yang mendapat khabar gembira bakal masuk syurga. Dia memegang teguh janjinya kepada Rasulullah untuk memerangi kaum musyrikin di negeri Parsi, sehingga melalui tangannya dan juga tangan sahabat-sahabatnya, Allah SWT pun memadamkan api yang menjadi sembahan kaum Majusi; dan berkat perjuangannya juga para penduduk Parsi beriman kepada Allah SWT.

Umat Terbaik

Umat yang terbaik adalah umat yang mempunyai dua sifat utama iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta hatinya sentiasa tunduk dan beriman kepada Allah SWT serta mencintai sunnah Rasulullah SAW.

Apa Yang Menghalang Untuk Ke Syurga 

Syurga itu bukan percuma. Segala usaha perlu dipraktikkan secara pengakuan dengan lidah, keyakinan yang jitu dalam hati serta dilaksanakan dalam bentuk perbuatan hanya untuk Allah semata sejak kecil selagi kita masih bernyawa di dunia ini. Kita juga perlu pastikan penghalang besar yang memungkinkan kita terhalang untuk masuk ke syurga Allah SWT ini. Ayuh kita renungi tiga penghalang utama individu Muslim untuk ke syurga.

Adakah Perlu Mengangkat Takbir Ketika Hendak Rukuk Dan I’tidal?

Saya melihat pelbagai cara masyarakat kita mendirikan solat. Contohnya, ketika hendak rukuk, ada yang mengangkat untuk takbir dan ada yang tidak melakukannya. Begitu juga ketika i’tidal. Kadang-kadang, ada yang mengangkat tangan pada satu tempat dan tidak pada tempat yang lain. Bahkan, lebih dari itu, ada yang menegur orang lain supaya mengikut seperti yang dia lakukan. Jadikan bagaimanakah yang sepatutnya dan apa hukumnya?

Qadha Solat Disebabkan Waktu Bekerja

Saya solat Subuh pada jam 8 pagi kerana jarak tempat kerja dari rumah ialah 153km. Saya bertolak dari rumah sebelum azan subuh. Sekiranya saya solat Subuh di pertengahan jalan saya akan lewat masuk kerja dan khuatir rezeki tidak berkat kerana menipu punch card. Adakah saya perlu qadha atau niat seperti solat subuh biasa, saya tiada masalah sekiranya menaiki kereta tetapi masalah akan terjadi bila menaiki motosikal.

Hukum Solat Tasbih

Saya ingin memohon pencerahan tentang solat Sunat Tasbih. Di dalam Whatsapp Group ada yang membantah Solat Tasbih kerana dikatakan ianya amalan bid'ah selain sandaran dalil itu dikatakan adalah hadis mungkar.

Blog at WordPress.com.

Up ↑