Mukjizat Nabi: Kisah Bulan Terbelah (Shaqq al-Qamar)

Kisah bulan terbelah adalah antara mukjizat agung Nabi Muhammad SAW yang disebut dalam al-Quran dan disahkan riwayat sahih. Peristiwa ini bukan sekadar tanda kekuasaan Allah, tetapi pengingat bahawa hati yang enggan menerima kebenaran tidak akan tunduk walau sebesar mana pun mukjizat ditampilkan.

Kisah Nabi Daud AS dan Katak Yang Diutuskan Allah SWT

Pada suatu ketika, Nabi Daud AS keluar ke pesisir untuk beribadat dan apabila telah genap setahun, Baginda berdoa: “Ya Rabbi ya tuhanku, telah bengkok punggungku dan lemah mataku serta kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana nasibku?” Lalu Allah SWT memerintahkan seekor katak untuk menjawab permohonan Nabi Daud AS itu.

Abu Lahab Dan Kisah Kematiannya

Abu Lahab, sosok yang kacak dan popular di zaman Rasulullah SAW, yang mempunyai empayar perniagaan, akhirnya mati dalam kerugian, amalnya tersia-sia kerana usahanya yang bersungguh dalam menentang agama Allah SWT dan menentang dakwah Rasulullah SAW semasa hidupnya. Harta yang dibanggakannya tidak dapat menolongnya dan tidak pula dapat menolong dirinya. Ikuti kisah kematiannya yang sangat hina.

Khaulah binti Al-Azwar: Wanita Paling Berani di Zamannya

Beliau adalah seorang penyair wanita yang terkenal. Puisi-puisinya penuh dengan keindahan dan kehebatan. Beliau juga terkenal dengan keberanian dan kecantikannya. Beliau merupakan salah seorang wanita paling berani pada zamannya, dan keberaniannya sering disamakan dengan Khalid bin al-Walid dalam serangan-serangannya. 

Kisah Qarun Dalam Al-Quran

Harta dan kemewahan mampu menjadikan manusia itu angkuh, bongkak, lalai dan lupa bahawa segala yang dimilikinya itu adalah kurniaan Allah SWT. Ikutilah kisah Qarun dalam Al-Quran sebagai panduan dan pengajaran.

Siapakah Nabi Zulkifli AS?

وَاذْكُرْ إِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَذَا الْكِفْلِ ۖ وَكُلٌّ مِّنَ الْأَخْيَارِ Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Dzu al-Kifl; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya. (Surah Sad 38:48) Siapakah Nabi Zulkifli AS?

Uthman Bin Affan R.A:  Sahabat Yang Tinggi Budi Pekerti, Penyantun, Lemah Lembut Lagi Pemalu

Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman." Memang Rasulullah SAW biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saidina Uthman r.a akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat. 

4 Women of Paradise

These four women are acknowledged by our beloved Prophet Muhammad s.a.w. as exemplary women in Islam. What lessons can we draw from them and why are they highly praised?

Islamnya Salman Al-Farisi

Ikuti kisah pengembaraan Salman Al-Farisi untuk mencari kebenaran dan akhirnya bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan Islam. Kisah ini diceritakan oleh beliau sendiri kepada Abdullah ibn Abbas r.a.

Blog at WordPress.com.

Up ↑