Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada sifat lupa, termasuk ketika solat. Sujud sahwi ialah sujud tambahan yang dilakukan untuk menampung kekurangan akibat terlupa sunat ab'adh atau ragu-ragu tentang bilangan rakaat dalam solat.
Lahn Dalam Solat, Adakah Sah Solat Saya?
Adakah sah solat selama ini kerana baru sedar terdapat kesalahan bacaan rukun qauli pada tahiyat akhir.
Hukum Mengerjakan Solat Sunat Wuduk
Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling terbaik yang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku di dalam syurga. Bilal R.A menjawab, Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, aku ini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikan solat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat. Riwayat Al-Bukhari (1149)
Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Solat Istikharah?
Bagaimana kita mengetahui sama ada Allah memberi petunjuk selepas kita melakukan solat istikharah? Sekiranya saya merasakan petunjuk A itu dari Allah, tapi saya pilih B, adakah saya berdosa sebab saya tidak memengendahkan petunjuk Allah?
Hukum Sujud Sahwi Kerana Meninggalkan Sunat Hai’ah
Apakah hukum sekiranya saya sujud sahwi kerana meninggalkan sunat hai’ah dalam solat?
Hukum Kesalahan Dalam Takbir Al-Intiqalat
Saya pernah terbaca takbir (Allahuakhbar) dengan bacaan yang salah semasa hendak bangun daripada sujud, contohnya seperti; (Allahuagbar, Aaallahuakbar, Allahuakhba dan seumpamanya). Bagaimana hendak memperbaiki semula bacaan takbir yang salah tersebut?
Hukum Solat Dalam Gelap
Saya berkongsi bilik dengan seorang rakan dan saya selalu balik lambat ke bilik pada waktu malam. Kadangkala saya nak solat isyak tapi kawan saya dah tidur dan bilik sangat gelap. Saya ingin bertanya, apakah hukum solat dalam gelap?
Membaca Zikir Dan Doa Selain Bahasa Arab Di Dalam Sujud
Bolehkah melafazkan doa ketika sujud menggunakan bahasa yang kita faham?
Hukum Wanita Istihadah Solat Sunat Terlebih Dahulu Sebelum Solat Fardu
Wanita istihadah perlu bersegera melaksanakan solat fardu selepas berwuduk. Namun, bolehkah dia menunaikan solat suna terlebih dahulu sebelum solat fardu?
Qiamullail & Kelebihannya
Marilah kita sama-sama bertekad untuk menyemarakkan malam 10 Ramadan terakhir ini dengan qiamullail. Semoga ibadat dan amalan kita diterima oleh Allah SWT.
Hukum Memanjangkan Bacaan Al-Quran Ketika Tarawih
Adakah seorang imam boleh memanjangkan bacaan al-Quran ketika solat Tarawih? Terdapat sesetengah pengurusan masjid menetapkan agar imam bertugas mengkhatam al-Quran ketika solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan. Adakah perbuatan ini diharuskan?
Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Selepas Makan Makanan Berbau
Solat berjemaah bukan semata melibatkan hubungan seseorang dengan Allah S.W.T, bahkan dalam masa yang sama ia melibatkan hubungan manusia dengan manusia-manusia yang lain. Justeru dilarang bagi mereka yang baru lepas memakan makanan yang berbau untuk hadir ke masjid sebelum menghilangkan baunya.
Hukum Solat Tarawih Secara Bersendirian
Sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah kita mengejar pahala yang ditawarkan. Solat tarawih sememangnya digalakkan di masjid, namun bolehkah jika ianya dilakukan bersendirian dan bukan berjemaah? Apakah hukumnya tarawih bersendirian?
20 Cara-Cara Mendapat Khusyuk Solat
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ(١) ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ(٢) Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (Surah al-Mu’minun 23: 1-2)
Sifat Sujud Nabi SAW
Sujud merupakan salah satu rukun di dalam solat. Tanpa bersujud, maka tidak dinamakan ianya sebagai solat. Begitu juga jika tidak dipenuhi syarat-syaratnya maka ianya tidak dinamakan sebagai sujud. Terdapat dua pendapat yang masyhur tentang sujud.
Solat Jumaat Dalam Musafir
Apakah hukum solat Jumaat ketika bermusafir?
Adakah Terpijak Najis Membatalkan Wuduk?
Wuduk mempunyai rukun, sunat dan syarat tersendiri serta beberapa perkara yang boleh membatalkannya. Menurut mazhab Syafi‘i, perkara yang membatalkan wuduk ada empat.
Bilakah Perlu Mengangkat Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud
Pada waktu bilakah disunatkan untuk mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud? Adakah sewaktu mula mengucapkan ‘Asyhadu alla Ilaha illa Allah’? Selain itu, perlukah saya terus kekal mengangkat jari telunjuk hingga memberi salam?
Status Zikir Ketika Rukuk, Sujud Dan Sujud Sahwi
Apakah bacaan yang betul ketika rukuk, sujud dan sujud sahwi? Sebagai contoh, saya mendapati bahawa kalimah ‘Wabihamdih’ itu dari hadis dhaif. Saya juga mendapati bahawa bacaan 'Subhana man la yanamu wala yashu' ini tiada asal. Adakah ia benar?