Buli Siber: Luka Jiwa di Alam Maya

Buli siber bukan gurauan. 3 daripada 10 remaja Malaysia pernah mengalaminya, dengan kesan hingga kemurungan dan cubaan bunuh diri. Sebagai Muslim, jangan sesekali kita gunakan pancaindera yang dikurnia Allah SWT untuk menyakitkan, sama ada di alam nyata atau di alam maya. Gunakanlah untuk menyebarkan kebaikan, bukan untuk melukakan.

Etika Pengamal Perubatan Menurut Maqasid Al-Syariah

Keyakinan terhadap kepakaran doktor, jururawat tempatan dan kualiti rawatan bertaraf antarabangsa kini menjadi pilihan utama bagi masyarakat setempat serta pelancong antarabangsa. Di sebalik pencapaian yang membanggakan ini, aspek etika dalam amalan perubatan tidak boleh diketepikan. Kemajuan bidang perubatan perlu berjalan seiring dengan pemeliharaan nilai dan prinsip syarak. Di sinilah peranan Maqasid Syariah menjadi panduan penting dalam membentuk etika pengamal perubatan.

Kerja Penat, Gaji Tak Cukup: Krisis Senyap Anak Muda

Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, semakin ramai anak muda yang terperangkap dalam kebuntuan kewangan dan tekanan hidup yang menggusarkan. Gaji yang tidak sepadan dengan kos sara hidup, hutang pelajaran yang belum selesai, peluang kerja yang tidak stabil semua ini mewujudkan satu bentuk keresahan yang sunyi tetapi sangat merosakkan dari dalam. Dapatkan 3 panduan Islam dalam menghadapi keresahan kewangan.

Penggunaan E-Wallet Dari Perspektif Syarak

Di Malaysia terdapat banyak penyedia e-wallet dan penggunaannya sudah menjadi satu kemestian yang hampir tidak boleh dielakkan. Namun, kebanyakan e-wallet ini tidak mengisytiharkan status kepatuhan syariah mereka hanya pada produk-produk tertentu. Apakah pandangan pejabat Mufti berkenaan penggunaan e-wallet ini?

Salah Laku Buli Sebagai Petanda Jiwa Tanpa Rahmah Dan Ancaman Masa Depan Negara

Buli ditakrifkan sebagai perlakuan yang bersifat menindas, mendera atau mempermainkan individu yang dianggap lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, merendahkan atau menekan mangsa agar tunduk kepada sesuatu keadaan. Di sebalik tindakan agresif ini, tersembunyi hakikat yang lebih dalam iaitu kehilangan nilai rahmah dalam diri pelaku dan ketempangan sistem sosial serta pendidikan yang tidak stabil membentuk kemanusiaan.

Etika Majlis Berselawat Dan Zikir Menurut Perspektif Syarak

Majlis selawat dan zikir merupakan salah satu kaedah yang efektif dalam membimbing masyarakat untuk sentiasa mengingati Allah SWT serta menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Sehubungan dengan itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan akan mengupas isu ini dari perspektif syarak dalam penulisan kali ini.

Jangan Biar Hutang Jadi Beban Akhirat

Dalam ajaran Islam, melunaskan hutang merupakan suatu kewajipan yang sangat dititikberatkan. Tanggungjawab ini disokong oleh banyak dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi SAW, yang menegaskan betapa seriusnya urusan hutang dalam kehidupan seorang Muslim.

Hentikan Normalisasi Maksiat

Tindakan menormalisasikan maksiat atas nama kebebasan peribadi adalah satu kesalahan besar dari sudut syarak. Setiap Muslim terikat dengan perjanjian dengan Allah SWT sejak di alam roh lagi, dan kebebasan manusia bukanlah mutlak. Apa yang baik atau buruk bukan ditentukan oleh akal semata-mata, tetapi mesti berpandukan syariat. Justeru, masyarakat perlu membina kekuatan rohani, bertaubat, memperbanyak amal soleh dan menjauhi persekitaran yang mendorong kepada kemaksiatan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑