Adakah Hibah Merupakan Helah Untuk Lari Daripada Faraid?

Pada dasarnya, hibah banyak memainkan peranan penting terhadap sistem faraid khususnya dalam situasi tertentu seperti contoh memberikan keutamaan kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan, menjaga kebajikan anak angkat ataupun memberikan bahagian kepada individu yang tidak layak menerima pusaka tanpa menyalahi prinsip dan ketentuan faraid.

Kaedah Dan Peringkat Pengeluaran Fatwa

Institusi fatwa merupakan suatu badan yang berperanan dan berautoriti dalam mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan isu-isu serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Ini merupakan garis panduan dan prosedur bagi pengeluaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sokongan Terhadap Rancangan Pembangunan Bandar Wakaf Malaysia Di Gaza

Isu Palestin yang mendapat perhatian kita semua sejak dua tahun lalu telah menunjukkan kepada cahaya di hujung terowongnya. Kejayaan gencatan senjata yang bermula pada 19hb Januari 2025 telah memberikan sedikit kelegaan buat umat Islam seluruh dunia khususnya rakyat Palestin. Maka, inilah waktu untuk kita menggandakan bantuan dan sokongan kerana mereka masih lagi berada dalam keadaan terdesak yang di saat-saat yang sangat getir ini dengan sama-sama membangunkan Bandar Wakaf di Bumi Palestin dengan anggaran kos RM 120 juta.

Isu Pembekuan Jenazah Bayi Muslim Di Hospital Swasta

Baru-baru ini tular suatu berita berkenaan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa menahan dan membekukan jenazah bayi selama dua minggu hanya kerana pesakit tidak mampu membayar kos kelahiran bayi tersebut. Di sini dikongsikan pandangan Islam secara umum yang menuntut umatnya supaya mempercepatkan proses pengurusan jenazah.

Penyelewengan Dalam Ajaran Al-Arqam

Al-Arqam merupakan salah satu ajaran salah yang terawal difatwakan di Selangor dan ajaran kedua difatwakan selepas Fatwa Ajaran Salah (Haji Kahar) sebagaimana direkodkan di dalam buku Warta Kerajaan Fatwa Ajaran Sesat terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Justeru umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Selangor mestilah sentiasa cakna dan peka serta menjauhkan diri dari sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas serta mengelakkan diri dari segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑