Adakah Hibah Merupakan Helah Untuk Lari Daripada Faraid?

Pada dasarnya, hibah banyak memainkan peranan penting terhadap sistem faraid khususnya dalam situasi tertentu seperti contoh memberikan keutamaan kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan, menjaga kebajikan anak angkat ataupun memberikan bahagian kepada individu yang tidak layak menerima pusaka tanpa menyalahi prinsip dan ketentuan faraid.

Is Our Faith Weakening?

The present-day Muslim’s guide to maintain Islamic faith amidst contemporary pressures, emphasising the importance of emotional regulation, community connection and holistic well-being through Islamic principles.

Masih Wujudkah Khawarij?

Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Namun, terdapat banyak nas-nas syarak dan hadis yang menunjukkan bahawa kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Jika Khawarij terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik.

Halusinasi: Pandangan Para Ulama 

Marilah kita berkenalan dengan penyakit halusinasi yang juga dikenali sebagai skizofrenia. Dengan kata lain ia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan di antara alam realiti dan alam fantasi. Tulisan ini melihat penyakit halusinasi dari sudut pandang para ulama.

Kaedah Dan Peringkat Pengeluaran Fatwa

Institusi fatwa merupakan suatu badan yang berperanan dan berautoriti dalam mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan isu-isu serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Ini merupakan garis panduan dan prosedur bagi pengeluaran sesuatu fatwa yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sokongan Terhadap Rancangan Pembangunan Bandar Wakaf Malaysia Di Gaza

Isu Palestin yang mendapat perhatian kita semua sejak dua tahun lalu telah menunjukkan kepada cahaya di hujung terowongnya. Kejayaan gencatan senjata yang bermula pada 19hb Januari 2025 telah memberikan sedikit kelegaan buat umat Islam seluruh dunia khususnya rakyat Palestin. Maka, inilah waktu untuk kita menggandakan bantuan dan sokongan kerana mereka masih lagi berada dalam keadaan terdesak yang di saat-saat yang sangat getir ini dengan sama-sama membangunkan Bandar Wakaf di Bumi Palestin dengan anggaran kos RM 120 juta.

Amanah Dalam Kehidupan

Sifat amanah merupakan salah satu sifat yang mulia dalam ajaran Islam. Amanah juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi Rasulullah SAW. Sifat ini akan memandu manusia dalam amalan seharian dan menentukan baik buruk akhlak seseorang dalam urusan seharian. 

Isu Pembekuan Jenazah Bayi Muslim Di Hospital Swasta

Baru-baru ini tular suatu berita berkenaan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa menahan dan membekukan jenazah bayi selama dua minggu hanya kerana pesakit tidak mampu membayar kos kelahiran bayi tersebut. Di sini dikongsikan pandangan Islam secara umum yang menuntut umatnya supaya mempercepatkan proses pengurusan jenazah.

Blog at WordPress.com.

Up ↑