Waspada Penyebaran Ajaran Sesat Baharu ‘Agama Ahmadi’

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat yang menggunakan nama ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’. Ianya dikepalai oleh seorang individu yang mengaku bahawa dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq. Mereka juga mempunyai kitab ‘suci’ mereka sendiri. Ajaran sesat ini aktif di pelbagai platform media sosial dan agak popular melalui live stream di platform TikTok sehingga mempunyai lebih 30,000 followers. Artikel ini menjelaskan kekeliruan dan penyelewengan yang ditimbulkan ajaran tersebut.

Adakah Sambut Hari Raya Sebulan Itu Bid’ah?

Hari raya ialah hari kemenangan bagi orang yang beriman di dunia seperti hamba yang dilepaskan oleh tuannya. Semua ini hanya berlaku pada 1 Syawal dan bukan pada hari-hari lain dalam bulan Syawal. Bahkan di 1 Syawal umat Islam diharamkan berpuasa. Persoalannya, bolehkah kita terus ziarah-menziarahi, menjamu makanan, bermaaf-maafan dan memberi duit raya dalam bulan Syawal atas nama sambutan Aidilfitri? Adakah ia termasuk dalam perkara bid’ah yang tercela?

Jaga Kesucian Ramadan Dan Syawal

Umat Islam diingatkan agar sentiasa menjaga kesucian Ramadan dan Syawal daripada dicemari oleh hiburan yang menimbulkan kontroversi dan reaksi kurang senang masyarakat Islam di Malaysia. Meskipun berada di ambang Syawal dan perayaan Aidilfitri, kesucian bulan Ramadan tetap perlu dijaga bahkan umat Islam ditekankan untuk terus beribadah dan mengejar kebaikan di fasa akhir bulan ini.

Memelihara Kemuliaan Nama Allah Satu Tanggungjawab 

Isu berkaitan kesucian nama Allah kembali timbul dan hangat diperkatakan dengan tersebarnya berita sebuah kedai serbaneka menjual stoking yang tertulis kalimah suci. Peletakan nama Allah pada tempat dan pakaian tersebut telah mencerminkan penghinaan terhadap kalimah suci berkenaan sehingga boleh menimbulkan sensitiviti dan kemarahan dalam kalangan umat Islam. Dapatkan penjelasan serta nasihat kepada pihak yang terlibat daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) tentang isu ini.

Dakwaan Menyamakan Ulama Dengan Pendeta Gereja Di Zaman Gelap Eropah

Terdapat golongan aliran pemikiran di Malaysia mengkritik ulama sebagai individu yang memiliki autoriti dalam bidang agama dan beranggapan bahawa sebahagian masyarakat Islam melakukan kesilapan dengan mendewakan ulama yang dianggap sebagai maksum dan memutuskan semua persoalan yang timbul dalam kehidupan mereka. Benarkah dakwaan menyamakan ulama dengan pendeta gereja di Zaman Gelap Eropah?

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Ancaman Untuk Yang Melalaikan Solat

Mimbar mengingatkan jemaah tentang ancaman mereka yang meninggalkan solat. Setiap orang Islam perlu menanam tekad dalam diri dan menyeru ahli keluarga untuk istiqamah mendirikan solat fardu lima waktu, berusaha untuk melakukan solat secara berjemaah di masjid atau surau dan menyempurnakan solat dengan melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah.

Bahagia: Hakikat Dan Cara Kita Meraihnya

Artikel ini membincangkan dengan khusus berkaitan kebahagiaan yang sering dinyatakan dan diwar-warkan oleh pelbagai pihak. Hakikatnya, bahagia yang dicanang seolah-olah hilang dan tidak muncul dalam kehidupan seseorang. Ada pula yang menyangkakan kerjaya, amalan, tingkahlaku yang dilakukan itu boleh membawa kebahagiaan sedangkan ia bercanggah dengan agama. Justeru, bukanlah bahagia kalau kita berada dan bergelumang dalam maksiat, tetapi bahagia yang hakiki tatkala kita dapat menempatkan diri kita dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Kahwin Kontrak

Terdapat laporan di dada akhbar baru-baru ini terutama tentang janda dan anak dara tua beralih memilih lelaki asing sebagai pasangan bagi mengelak stigma masih tidak berkahwin. Namun, terdapat terma dalam perkahwinan ini yang menjadikan ia bertentangan dengan maqasid syariat dalam perkahwinan kerana ia dilakukan untuk jangka waktu tertentu.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Binalah Kasih Sayang Dengan Ukhuwah

Khutbah Jumaat Negeri Selangor menekankan betapa pentingnya bagi umat Islam berpegang teguh kepada dasar akidah Islam sebagai kunci penyatuan. Walaupun berbeza pandangan dalam pelbagai isu namun, selagi perbezaan itu tidak melanggar batas akidah dan syariat, seharusnya umat Islam kekal bersatu dan bersaudara. Pemimpin umat Islam juga diingatkan agar sentiasa menyeru kepada perpaduan, bukannya kepada api permusuhan.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Tuntutan Melunaskan Hutang

Khutbah Jumaat minggu ini mengingatkan jemaah tentang tuntutan melunaskan hutang. Hutang adalah amanah yang wajib dibayar. Lantas, membuat hutang bererti meletakkan beban tanggungjawab membayar amanah tersebut dalam hidup seseorang. Sesiapa yang berhutang perlu menetapkan niat dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk segera membayar hutangnya mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kewajipan Memelihara Keluarga

Menjadi seorang suami atau bapa itu adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Ahli keluarga kita sama ada suami, isteri, ibu bapa atau anak-anak, semuanya mempunyai nilai tersendiri dan Islam menuntut kita untuk menunaikan kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap mereka. Dalam khutbah kali ini, Khatib menasihatkan ketua dalam sesebuah keluarga untuk menentukan hala tuju ahli keluarga kita sama ada bakal menghuni syurga atau menerima azab neraka di akhirat kelak.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menjadi Mukmin Berjaya 

Dalam merancang kehidupan dan masa depan yang lebih baik, kita hendaklah menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama lebih-lebih lagi kita sebagai mukmin beriman bahawa kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara dan jambatan menuju akhirat yang abadi. Khutbah kali ini mengupas ciri-ciri mukmin yang berjaya yang disebut di dalam surah al-Mu’minuun sebagai panduan semua.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Zakat Payung Asnaf

Khutbah Jumaat di Selangor kali ini menekankan tentang kepentingan untuk menunaikan zakat di tempat seseorang berkhidmat. Sesungguhnya zakat itu besar peranannya dalam memayungi kemaslahatan umat Islam dan pengurusan zakat yang baik akan menatijahkan kebaikan kepada umat Islam di negeri Selangor. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Muhasabah Membentuk Peribadi Muslim

Sempena kedatangan tahun baharu 2024, Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menekankan tentang kepentingan muhasabah diri untuk menilai kekurangan serta membersihkan diri dan kembali taat kepada Allah SWT. Jemaah juga disarankan berazam untuk mempertingkatkan ilmu, amal dan  kesyukuran kita kepada Allah SWT di samping menunaikan tanggungjawab kepada agama, negara, bangsa, keluarga dan masyarakat.

Jesus In Islam: Getting to Know the Miracle Prophet

Jesus, or Prophet Isa a.s, is an important figure in our human history. Prophet Muhammad s.a.w. once said, "Both in this world and in the Hereafter, I am the nearest of all the people to Jesus, the son of Mary." (Sahih Al-Bukhari). As Muslims, we take pride in loving all our Prophets a.s. So who is Jesus in the Islamic Tradition?

​​Teks Khutbah Jumaat (Selangor)

Khutbah Jumaat Negeri Selangor minggu ini membawa tajuk "Jangan Mengundang Persengketaan" di mana mimbar mengingatkan jemaah agar jangan berprasangka buruk, jangan menyebarkan semua perkara yang kita tahu, lebih teruk lagi, apabila ia suatu yang tidak dapat dipastikan. Jangan suka melaga-lagakan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Jangan jadikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara sebagai taruhan dalam memperolehi kepentingan individu atau kumpulan tertentu. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑