Awas Propaganda Media Sosial!

Platform media sosial sudah menjadi saluran komunikasi utama rakyat Malaysia. Namun, apakah kandungan yang ditonton atau dibaca itu benar-benar sahih ataupun lebih bersifat publisiti dan propaganda semata-mata? Lantas, pengguna media sosial perlulah mengamalkan konsep tabayyun iaitu semak atau periksa sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum disebarkan.

Teks Khutbah Jumaat: Hakikat Cinta Rasul SAW 

Kelahiran Nabi SAW adalah nikmat terbesar kepada manusia sejagat. Mencintai Rasulullah SAW adalah salah satu tonggak keimanan kepada Nabi Utusan Allah. Sempena Maulidur Rasul, khatib ingin mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini untuk mengingatkan kaum Muslimin agar meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan seterusnya menzahirkan kecintaan tersebut dengan meningkatkan penghayatan terhadap akhlak Baginda yang mulia.

Teks Khutbah Jumaat: Awas Jerat Penipuan

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes penipuan terutamanya penipuan dalam talian, bahkan terdapat juga penipuan dalam bentuk pelaburan syariah. Mimbar menasihatkan seluruh masyarakat agar sentiasa berwaspada supaya kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada jenayah-jenayah atas talian ini.

Teks Khutbah Jumaat: Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

Sempena sambutan Hari Malaysia 2023, Khatib menasihatkan jemaah agar sama-sama memperbaiki dan membina hubungan yang baik di antara kita. Peganglah agama sekuat-kuatnya sebagai asas perpaduan dan persaudaraan untuk kehidupan yang aman dan damai serta saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dalam membina negara Malaysia yang diredai dan diberkati Allah SWT.

Al-Kindi and Islamic Philosophy

This article is an introduction about Islamic Philosophy and one prominent Muslim philosopher named al-Kindī. He has shown us how both philosophy and religion do not necessarily go against each other. Learn about al-Kindī and his work in philosophy.

Teks Khutbah Jumaat: Derma Organ; Mulianya Sifat Kemanusiaan

Syariat Islam diturunkan antaranya bertujuan untuk memelihara nyawa dan jiwa manusia, bukan sahaja nyawa sendiri, tetapi juga menyelamatkan nyawa orang lain. Mimbar mengajak sidang jemaah untuk menyahut dan menyokong seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tampil menjadi penderma organ kerana di sisi Islam, para penderma dianggap telah membuat amal kebajikan yang besar dan akan beroleh ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

Fighting for Allah versus Fighting for Something Else

The Prophet explained that a person can keep doing something that may appear to people as something else – be that part of a good or wicked mode of life. However, in its capacity as a supplier and discloser of the truth, death often does not allow that truth to go unnoticed. It takes care of making known, not who people appeared or pretended to be, but who, in reality, they were. 

LENSA MYMUSLIMIN: Pantai Tanjong Lobang, Miri, Sarawak

Pantai Tanjong Lobang atau dikenali juga sebagai Pantai Brighton, Miri, Sarawak merupakan pantai yang paling digemari pengunjung di bandar ini. Salah satu tarikan Pantai Tanjong Lobang ialah keindahan langit dan suasananya di waktu senja tatkala matahari terbenam, memberi detik-detik romantis yang mengagumkan.

Teks Khutbah Jumaat:  Mewujudkan Keharmonian Dalam Perbezaan

Khutbah kali ini menyentuh tentang bahaya budaya fanatik dan taksub. Sikap fanatik dan taksub telah dicela dalam Islam, dan ia pernah menjadi punca umat terdahulu ditimpa kebinasaan. Justeru, bagi mencairkan sikap fanatik dan taksub dalam beragama, Islam mengajarkan penganutnya prinsip wasatiyyah iaitu berseimbang dan bersederhana ketika berbeza pandangan.

Teks Khutbah Jumaat: Kukuhkan Perpaduan Erat Persaudaraan

Contohilah Rasulullah SAW dan para sahabat, suasana harmoni dan saling menyayangi sesama umat ternyata wujud dalam sistem sosial di bawah pimpinan Baginda SAW. Mereka tidak bermusuhan sesama sendiri sebaliknya sanggup berkorban harta, malah nyawa demi menjulang nilai akhlak Islam iaitu hubungan baik sesama Muslim.

Teks Khutbah Jumaat: Kesatuan Menjamin Kemakmuran

Sesungguhnya Islam merupakan agama yang mencintai kedamaian. Islam menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan sehingga menggugat keamanan negara. Sentiasalah berlapang dada dan bertolak ansur menjalani kehidupan. Marilah kita bersatu padu dan berganding bahu dalam membasmi segala anasir yang boleh menggugat kestabilan dan kemakmuran negara.

Teks Khutbah Jumaat: Kebersihan Asas Kesempurnaan Ibadah 

Kebersihan mengandungi makna yang mendalam dari sudut fizikal, mental dan rohani. Kebersihan fizikal merangkumi kebersihan tubuh badan yang zahir, kebersihan mental merangkumi minda dan akal yang sihat dalam berfikir manakala kebersihan rohani pula merangkumi keluhuran naluri, hati yang dapat mendidik nafsu dan tingkah laku yang baik dan mulia.

Blog at WordPress.com.

Up ↑