Isu berkaitan Imam Mahdi sering menjadi perhatian umat Islam, khususnya apabila muncul individu tertentu yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Justeru, adalah penting untuk umat Islam memahami siapakah sebenarnya Imam Mahdi menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, berdasarkan al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para ulama muktabar.
Hukum Seorang Wanita Menunaikan Umrah Tanpa Mahram
Umrah merupakan salah satu ibadah yang wajib untuk ditunaikan. Hukum asal bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram adalah tidak dibolehkan berdasarkan kepada beberapa hadis yang sahih. Namun begitu para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan haji dan umrah.
Arak Di Dalam Majlis: Bagaimana Muslim Perlu Bertindak?
Isu kehadiran arak dalam sesuatu majlis sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Persoalannya, apakah sikap yang perlu diambil oleh seorang Muslim apabila berdepan dengan situasi sedemikian menurut panduan syarak?
Cara Mengurus Luqatah
Apakah hukum dan tatacara mengurus barang yang dijumpai apabila pemiliknya tidak diketahui? Dalam satu keadaan, seseorang telah menjumpai barangan kemas di tempat awam, namun tidak mengetahui cara untuk menghebahkan penemuan tersebut dan menyimpannya dalam tempoh yang lama.
Cara Lupuskan Nama Mulia
Apakah cara yang betul untuk melupuskan kertas yang mengandungi nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, tetapi tidak mengandungi ayat al-Quran atau hadis? Adakah kaedah pelupusannya sama seperti mushaf al-Quran, atau terdapat cara lain?
Nama Nabi Luth Bukan “Label” Maksiat: Membetulkan Adab Kita Dalam Berbicara
"Kaum Nabi Luth" merujuk kepada bangsa yang didakwah oleh baginda. Namun, apabila istilah ini digunakan oleh netizen untuk merujuk kepada golongan LGBT dengan nada penghinaan, ia seolah-olah mempermainkan nama seorang Nabi. Kita perlu berhati-hati agar nama seorang pesuruh Allah tidak disamakan dengan jenayah seksual yang berlaku pada zaman baginda.
Ibu Susuan Dalam Islam: 5 Perkara Perlu Tahu
Dalam Islam, penyusuan bukan sekadar memberi makanan kepada bayi, tetapi mempunyai implikasi hukum yang besar. Menjadi ibu susuan bermaksud wujud hubungan mahram yang sah seperti hubungan darah, dan ia memberi kesan kepada nasab, perkahwinan serta kekeluargaan. Berikut adalah lima perkara penting yang perlu difahami oleh semua ibu bapa Muslim.
Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal
Hukum mencari yang halal adalah wajib. Namun begitu, makan di restoran yang tidak mempunyai logo halal sama ada di pusat membeli-belah mahupun di tepi jalan adalah diharuskan selagi makanan tersebut diyakini tidak mengandungi bahan yang haram dan proses penyediaannya menepati kehendak syarak. Sekiranya terdapat keraguan berkenaan status halal makanan tersebut, maka perlu ditinggalkan dan mencari restoran makanan halal yang lain.
Zihar Tidak Didengari Isteri
Adakah jatuh hukum zihār sekiranya seorang suami tanpa sengaja menyamakan anggota privasi isterinya dengan ibunya (ibu kandung suami)? Lafaz tersebut diucapkan dengan lafaz yang jelas (ṣarīḥ), namun dalam keadaan sangat perlahan sehingga isterinya tidak mendengar atau menyedarinya.
Memahami Alternatif Patuh Syariah Untuk Pesakit Kanser Yang Mengalami Keguguran Rambut
Bagi pesakit kanser, kehilangan rambut akibat rawatan kemoterapi bukan sahaja memberi kesan pada fizikal, tetapi juga pada emosi dan harga diri. Ramai yang mencari penyelesaian untuk menutup keguguran rambut, dan salah satu jalan yang sering dipertimbangkan ialah penggunaan rambut palsu. Namun begitu, beberapa persoalan syariah timbul terutamanya mengenai hukum penggunaan dan pendermaan rambut manusia.
Beli Emas di Shopee & TikTok Shop: Sah dari Sisi Syarak?
Dalam era digital sekarang, ramai memilih untuk membeli kepingan emas (gold bar) melalui platform seperti Shopee dan TikTok Shop kerana tawaran mudah dan harga menarik. Namun, dari perspektif Islam, adakah transaksi ini benar-benar sah dan halal?
Hukum Zina di Malaysia: Adakah Penzina Terlepas Daripada Hukuman Duniawi Dengan Taubat?
Bagaimanakah hukum terhadap pasangan yang berzina dilaksanakan di Malaysia? Adakah mereka terlepas daripada hukuman dunia sekiranya mereka bertaubat nasuha?
Hukum Menyerap Kos Tambahan Hotel Dalam Sewa Dewan
Apakah hukum berkenaan urusan tempahan hotel apabila dalam sesetengah keadaan kadar sewa dewan dinaikkan bagi menampung kos tambahan seperti bilik penginapan, kadar bilik yang tinggi atau kos jamuan makan?
Kerisauan Melanggar Lafaz Taklik Kepada Isteri
Suami isteri PJJ, isteri anggap suami curang selepas tahu suami tonton video wanita seksi sambil onani. Isteri tuntut cerai dan minta suami lafaz taklik — jika ulang perbuatan itu, jatuh talak. Suami lafaz tiga kali dengan maksud sama dalam keadaan terkejut dan bingung.
Benarkah Nabi SAW Melarang Memakan Ikan Yang Tidak Bersisik?
Tular satu video yang mendakwa bahawa Nabi SAW melarang umat Islam daripada memakan ikan yang tidak mempunyai sisik. Adakah benar dakwaan ini bersumber daripada sabda Nabi SAW?
Pertanyaan Berkenaan Rawatan Talqin Dzikir
Terdapat sebuah pusat rawatan Islam yang menawarkan rawatan Talqin Dzikir dengan bayaran tertentu. Dalam penerangan yang diberikan, dinyatakan bahawa melalui rawatan ini seseorang akan “terhubung dengan Allah 24 jam melalui roh yang berdzikir.” Persoalan timbul sama ada dakwaan seumpama ini bertepatan dengan ajaran Islam dan tidak menyeleweng daripada akidah.
Bila Hati Ingin Berkahwin Lagi: Memahami Hukum dan Batas Dalam Keluarga
Ungkapan “cinta tidak mengenal batas” tidak terpakai di dalam Islam kerana Islam datang untuk memastikan bahawa cinta dan keinginan manusia tidak melanggar batas yang memelihara kehormatan.
Menutup Aurat Kewajipan Agama, Bukan Pilihan Peribadi
Apa hukum meninggalkan pakai tudung atas alasan ingin mencari agama dengan cara sendiri dan mengatakan tidak pakai tudung itu antara dia dengan Tuhan malah lebih dekat dengan tuhan?
Hukum Minum Air Rebusan Paku Dan Tahi Burung Untuk Merawat Kanser
Terdapat petua tradisional berkaitan minum air rebusan paku dan tahi burung merpati yang dipercayai mampu merawat kanser. Ia dikatakan ubat mujarab oleh setengah pihak. Apakah hukum penggunaan tahi burung dalam rawatan?
Hukum Mengecas Kenderaan Elektrik Di Pejabat
Apakah hukum pekerja mengecas kereta elektrik di pejabat? Adakah hukumnya sama dengan mengecas telefon dan komputer riba untuk kerja?