Apakah hukum seorang isteri yang sudah tidak mempunyai rasa cinta terhadap suaminya? Dalam keadaan seperti ini, persoalannya: adakah hubungan yang hambar tanpa kasih sayang ini masih wajar diteruskan? Apakah pandangan agama dan bagaimana cara terbaik untuk mencari jalan keluar secara berhemah dan berlandaskan syariah?
Penggunaan E-Wallet Dari Perspektif Syarak
Di Malaysia terdapat banyak penyedia e-wallet dan penggunaannya sudah menjadi satu kemestian yang hampir tidak boleh dielakkan. Namun, kebanyakan e-wallet ini tidak mengisytiharkan status kepatuhan syariah mereka hanya pada produk-produk tertentu. Apakah pandangan pejabat Mufti berkenaan penggunaan e-wallet ini?
Status Kesucian Sesuatu Barang
Sekiranya seseorang membeli sesuatu barang menggunakan wang yang bersumber halal, namun menggunakan wang yang syubhah atau haram (bukan hasil curian dan tidak melibatkan pengambilan hak orang lain) untuk membayar kos penghantaran, apakah status kesucian barang tersebut?
Cara Betul Melupus Al-Quran
Mohon pencerahan tentang cara melupus al Quran di premis sendiri dan adakah habuk sisa Al-Quran yg dibakar boleh dibuang di mana-mana kawasan sungai atau laut?
Hukum Haramkan Pengambilan Makanan Daripada Daging Haiwan Yang Halal
Sejak kebelakangan ini, aktivisme dalam kalangan penuntut di beberapa universiti luar negara dilihat semakin giat menjalankan kempen kesedaran untuk membanteras kezaliman terhadap haiwan. Antara dakwaan utama yang diketengahkan adalah bahawa krisis global seperti perubahan iklim dan pemanasan dunia berpunca daripada tabiat pemakanan manusia yang berasaskan daging. Situasi ini menimbulkan persoalan penting: Apakah hukum mengharamkan makanan halal yang berasaskan daging disebabkan oleh faktor alam sekitar dan kesejahteraan haiwan?
Hukum Mewakafkan Harta Si Mati Tanpa Pengetahuan Waris
Apakah hukum mewakafkan harta si mati tanpa pengetahuan waris?
Hukum Menggunakan Air Panas Untuk Memandikan Jenazah
Apakah hukumnya memandikan jenazah dengan menggunakan air panas? Adakah perbuatan tersebut dibenarkan?
Bolehkah Pemiutang Menghalalkan Hutang Yang Berbaki Selepas Kematiannya?
Seseorang mempunyai hutang sejumlah wang yang besar dengan rakannya dan membuat bayaran secara ansuran. Rakannya pernah menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal dunia sebelum hutang itu dilangsaikan sepenuhnya, maka baki hutang tersebut dianggap dihalalkan. Persoalannya, adakah pernyataan seperti ini sah dan dibenarkan dalam Islam?
Adakah Makan Selepas Had Masa Buffet Dikira Haram?
Ada situasi di mana seseorang makan di restoran buffet All You Can Eat yang menghadkan masa makan selama 90 minit. Setelah selesai makan, pelanggan masih duduk bersembang dan staf tidak meminta mereka beredar. Jika masa telah melebihi 90 minit dan pelanggan terminum sedikit air di dalam cawan, atau nibble makanan yang ada, apakah itu hukumnya haram?
Adakah Terbatal Taklik Talak Jika Pernah Bercerai Dan Rujuk Semula?
Jika suami melafazkan taklik dan pasangan telah bercerai dan rujuk semula dalam tempoh iddah (talak raj'ie), adakah taklik yang asal terbatal?
Adakah Sebatan Hukuman Takzir Boleh Dilakukan Di Depan Khalayak Sama Seperti Hukuman Hudud?
Adakah dibenarkan ke atas pemerintah untuk melaksanakan hukuman sebatan terhadap pesalah bagi jenayah ta’zir di depan khalayak ramai sama seperti hukuman hudud?
Adakah Sah Nikah Apabila Mas Kahwin Guna Duit Yang Dipinjam?
Apakah hukum pengantin lelaki meminjam duit daripada individu lain sebagai contoh ibunya untuk dijadikan mahar atau mas kahwin? Akad tersebut dilakukan menggunakan akad TUNAI. Adakah sah atau tidak pernikahan tersebut? Dan jika tidak sah, apa tindakan yang perlu dilakukan?
Adakah Hibah Merupakan Helah Untuk Lari Daripada Faraid?
Pada dasarnya, hibah banyak memainkan peranan penting terhadap sistem faraid khususnya dalam situasi tertentu seperti contoh memberikan keutamaan kepada ahli keluarga yang kurang berkemampuan, menjaga kebajikan anak angkat ataupun memberikan bahagian kepada individu yang tidak layak menerima pusaka tanpa menyalahi prinsip dan ketentuan faraid.
Taubat Bukan Penghalang Daripada Mengumpulkan Habuan Dunia
Seorang artis menyatakan bahawa keputusan taubatnya dipengaruhi oleh keinsafan terhadap amaran dalam Surah al-Humazah mengenai azab neraka Al-Hutamah yang ditujukan kepada golongan yang sentiasa mengagungkan harta. Adakah benar tindakan taubat artis tersebut?
Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Jiran Non Muslim
Sefaham saya orang yang melakukan korban perlu mengagihkan 1/3 daripada dagingnya kepada sesiapa sahaja. Bolehkah saya mengagihkan daging korban kepada penduduk taman yang termasuk daripada golongan non muslim?
Hukum Pemakaian Gelang Tangan Haji Bagi Jemaah Lelaki
Apakah hukum pemakaian gelang oleh jemaah haji dari kalangan orang lelaki? Bukankah ini menyerupai perhiasan wanita?
Jika Wanita Ingin Putus Tunang & Lelaki Tidak Setuju, Apakah Status Pertunangan?
Adakah pertunangan dianggap batal jika perempuan menyatakan hasrat untuk memutuskan pertunangan dan lelaki tidak setuju. Sebaliknya, pihak lelaki memberi tempoh bertenang (untuk berfikir)?
Hukum Penggunaan Minyak Angin Dalam Keadaan Ihram
Adakah boleh menggunakan minyak angin ketika sedang berada dalam ihram?
Hukum Menggunakan Payung Ketika Ihram
Adakah dibolehkan bagi seseorang yang sedang berihram untuk menggunakan payung kerana setahu saya kita tidak boleh menutup kepala ketika sedang berihram.
Berapa Kalikah Rasulullah SAW Pernah Menunaikan Umrah?
Berapa kalikah Nabi Muhammad SAW pernah pergi menunaikan ibadah umrah?