Status Agama Individu

Setahu saya, kita dilarang panggil seseorang yg kafir itu sebagai Muslim. Contohnya jika seseorang itu jelas menolak Islam, maka kita tak boleh panggil dia muslim kerana jelas dia kafir. Kenapa sistem di Malaysia banyak menghalang orang kafir dari mendaftar status mereka sebagai kafir?

Hukum Persenda Agama Islam

Adakah seseorang itu jatuh kafir jika mempersendakan agama atau menjadikan syariat agama bahan lawak? Apakah yang termasuk dalam kategori persendakan agama? Sebagai contoh, ustaz yang sedang menyebar ilmu agama dan dalam memastikan pendengar tidak bosan, ustaz melawak sikit. Adakah itu termasuk dalam kategori persenda agama? 

Hukum Pemerintah Mengharamkan Pembunuhan Haiwan Terancam

Setahu saya, Islam menghalalkan membunuh haiwan yang merbahayakan manusia seperti kala jengking. Tetapi, apakah hukumnya apabila pemerintah membuat undang-undang yang mengharamkan rakyat daripada membunuh haiwan terpelihara seperti harimau dan sesetengah jenis gagak atas alasan pemeliharaan spesis tersebut?

Hukum Kesalahan Dalam Takbir Al-Intiqalat

Saya pernah terbaca takbir (Allahuakhbar) dengan bacaan yang salah semasa hendak bangun daripada sujud, contohnya seperti; (Allahuagbar, Aaallahuakbar, Allahuakhba dan seumpamanya). Bagaimana hendak memperbaiki semula bacaan takbir yang salah tersebut?

Adakah Wajib Menyimpan Duit Untuk Mengerjakan Haji?

Kaedah Islam menetapkan bahawa “apabila suatu perkara yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan suatu perkara lain, maka perkara lain itu menjadi wajib.” Disebabkan kewajipan haji tidak dapat disempurnakan melainkan dengan simpanan wang yang mencukupi, maka adakah menyimpan wang itu menjadi wajib?

Blog at WordPress.com.

Up ↑