Penentuan Air Liur Dari Perut Atau Mulut?

Saya pernah tertidur ketika masih memakai telekung selepas solat. Apabila sedar, ada air liur pada bahagian luar mulut yang terkena pada telekung. Jadi saya tidak dapat memastikan sama ada ianya dari perut atau mulut. Jadi adakah air liur itu najis dan saya perlu membasuh telekung tersebut?

Hukum Solat Dalam Gelap

Saya berkongsi bilik dengan seorang rakan dan saya selalu balik lambat ke bilik pada waktu malam. Kadangkala saya nak solat isyak tapi kawan saya dah tidur dan bilik sangat gelap. Saya ingin bertanya, apakah hukum solat dalam gelap? 

Hukum Zakat Fitrah Yang Tertunggak

Saya tidak mengeluarkan zakat fitrah sudah hampir 10 tahun sedangkan saya berkemampuan untuk membayarnya dan telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat fitrah. Adakah saya wajib mengeluarkan zakat fitrah pada tahun-tahun sebelumnya?

Maksud Dan Konsep Niat

Yang mana satu betul tentang niat kerana saya ada masalah was2 apabila berniat di dalam hati, kerana selalu lidah saya terikut sekali apa yang diniatkan sehingga saya tidak yakin niat saya sah atau tidak.

Isu Pemilihan Nama Pendaftaran Bagi Bayi Yang Tidak Dapat Ditentukan Jantina

Seorang bayi baru dilahirkan seminggu lalu dengan dua jantina lelaki dan perempuan. Doktor mengesahkan bayi tersebut mempunyai alat jantina yang berfungsi dengan baik. Untuk mengesahkan alat kelamin mana yang lebih aktif perlu menunggu sehingga datang haid dan keluar air mani. Persoalannya bagaimana nama yang lebih awla (utama) nama untuk pendaftaran sama ada nama lelaki atau perempuan?

Blog at WordPress.com.

Up ↑